Ketahui Apa Punca Jerawat
Tiada sesiapa pun suka pada jerawat sebab jerawat ni boleh buat kita hilang keyakinan diri hingga membuat kita merasa rendah diri dan malu untuk bergaul dengan orang ramai.
Klinik Dr Bazilah Klinik Aesthetic KL Solusi masalah Jerawat Dan Acne |
1. Stres – badan yang alami tekanan akan mengalam kemerosotan fungsi badan menyebabkan tumbuhnya jerawat, malahan bahan yang dilepaskan ketika tekanan, neuropeptiedes akan menyebabkan masalah jerawat makin kronik.
2. Kelenjar sebum – Apabila berlaku perubahan hormon, kelenjar sebum akan aktif, sebum keluar dengan jumlah yang banyak hingga terjadinya jerawat. Mereka yang punya kulit jenis berminyak pun mudah ditumbuhi jerawat.
3. Jangkitan kuman – Bila sebum terhasil dengan banyak, kemungkinan liang pori akan tertutup hingga terjadi pengumpulan bakteria yang menjadi punca jerawat. Ini juga boleh menyebabkan masalah keradangan kulit.
4. Alat solek tidak bersih – Sekiranya alat solek anda tidak dijaga dan dibersihkan, kemungkinan ia boleh jadi tempat pembiakan bakteria yang akan mengakibtakan jerawat. Pastikan anda mencuci alat solekan yang digunakan seperti berus mekap atau sponge.
5. Debu dan kotoran – Persekitaran juga yang antara penyebab terjadinya jerawat terutama tempat yang berdebu dan kotor. Jadi pastikan anda mencuci muka setelah pulang dari kerja, tempat riadah atau pulang dari berhibur di luar.
6. Penjagaan muka tidak konsisten – Pastikan anda rajin konsisten dalam melakukan rutin penjagaan muka.
7. Suka Memicit Jerawat – Elakkan jari anda memicit jerawat kerana ini akan menyebabkan jerawat akan tumbuh dan merebak di bahagian lain.
Kenali Jenis-Jenis Jerawat
Klinik Dr Bazilah Klinik Aesthetic KL Solusi masalah Jerawat Dan Acne |
Dua jenis jerawat yang tidak menyebabkan keradangan iaitu
1. Closed comedo (komedo tertutup)
Jerawat ini dikenali sebagai whitehead. Ia terjadi bila kumpulan minyak dan sel kulit mati bercampur dan menyumbat liang pori. Keadaan ini akan memerangkap sebum (minyak), dan bakteria dan akan kelihatan bintik putih di atas permukaan kulit anda.
2. Open comedo (komedo terbuka)
Jerawat ini dikenali sebagai blackhead. Ia terjadi bila kumpulan minyak dan sel kulit mati yang terbuka dan teroksidasi dengan udara yang menyebabkan ia berwarna hitam. Hitam yang kelihatan itu adalah pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.
Tiga jenis jerawat yang menyebabbkan keradangan iaitu
1. Papule
Jerawat blackhead yang menjadi radang kerana tidak dirawat dan dijangkiti bakteria. Ia membentuk benjolan merah atau merah muda pada kulit. Jerawat ini sangat sensitif kepada sentuhan. Perbuatan memicitnya akan membuatkan keradangan menjadi lebih teruk dan mengakibatkan parut.
2. Pustule
Jerawat ini berlaku apabila bintik merah meradang dan tidak diubati dan akan kelihatan jerawat bernanah sama ada berwarna putih atau kuning. Ada yang memanggilnya sebagai jerawat matang. Jangan sesekali memicit atau meremas jerawat ini kerana perbuatan itu boleh menyebabkan parut dan masalah jerawat yang semakin kronik.
3. Nodule
Jerawat ini dikenali sebagai jerawat batu. Ianya adalah besar dan terdapat benjolan meradang. Jerawat ini boleh berlaku apabila liang pori tersumbat dan bakteria sudah masuk ke lapisan paling bawah.
Jerawat jenis ini akan menjadi semakin serius sekiranya tidak dirawat dan akan menyebabkan anda hilang keyakinan diri dan merasa rendah diri.
Klinik Dr Bazilah Klinik Aesthetic KL Solusi masalah Jerawat Dan Acne |
Sekiranya jerawat batu atau Acne Conglobata tidak dirawat dengan segera akan mencacatkan kulit muka dan ada sesetengah jerawat batu ini turut tumbuh di ketiak, kelengkang atau juga di bawah lipatan buah dada. Ini adalah disebabkan masalah penyumbatan folikel hingga menyebabkan timbul biji yang akan membesar dan bernanah. Jerawat jenis ini mempunyai jaringan di bawah kulit dan dipenuhi dengan nanah (interconnecting abscesses and sinuses).
Bagi mereka yang mengalami masalah ini, parut jerawat kelihatan tebal (hypertrophic) atau nipis (atrophic) hingga kulit kelihatan menjadi seperti gunung ganang.
Jangan bertangguh, dapatkan rawatan segera dari pakar aesthetic dengan segera untuk masalah Acne Conglobata ini, ia juga boleh dijadikan penanda aras untuk masalah genetik dipanggil Papa Syndrom, sejenis penyakit genetik autoinflammatory disorder melibatkan sendi dan kulit iaitu Pyogenic Arthritis, Pyogenica Arthritis, Pyoderma Gangrenosum dan Acne yang dipanggil Papa Syndrome.
Pencegahan Awal Sangat Penting
Jerawat terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia. Jadi adalah sebaiknya anda cegah jerawat ini dengan menjaga pemakanan, kebersihan diri serta persekitaran.
Rawat Masalah Jerawat Dan Acne Di Klinik Dr Bazilah
Klinik Dr Bazilah Klinik Aesthetic KL Solusi masalah Jerawat Dan Acne |
Jangan biarkan masalah jerawat atau acne mengganggu kehidupan seharian hingga menyebabkan anda rasa hilang keyakinana diri, rawat masalah jerawat dan acne Klinik Dr Bazilah, klinik aesthetic KL yang boleh merawat dalam masalah kulit berjerawat dan acne.
Antara rawatan yang ditawarkan adalah rawatan aesthetic, jerawat, alergik, skin pigmentation, fungal, eczema, Psiorisis, Hair Removal, Hair Loss, Minor Surgery dan Sexual Transmitted Disease.
Baca Juga : Laser Jeragat
Berkesankah Rawatan Di Klinik Dr Bazilah ?
Klinik Dr Bazilah Klinik Aesthetic KL Solusi masalah Jerawat Dan Acne |
Rupanya memang ramai sudah mendapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah dan ternyata berkesan sepertimana yang anda boleh lihat dalam gambar sebagai bukti keberhasilan serta rawatan yang diberikan.
Anda tak perlu risau, mereka adalah pengamal kesihatan bertauliah, diiktiraf dan berdaftar serta mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Doktor di Klinik Dr Bazilah ini memberi fokus kepada rawatan masalah kulit serta rambut yang berkaitan dan dengan menggunakan kaedah terbaik yang terbukti secara klinikal selamat dan berkesan untuk masalah dermatologi.
Klinik Dr Bazilah Klinik Aesthetic KL Solusi masalah Jerawat Dan Acne |
Bagi masalah aesthetic, rawatan kombinasi inovatif yang akan memberi hasil lebih cepat dan berkesan untuk merawat masalah jerawat, parut jerawat, pigmentasi dan masalah penuaan.
Sekiranya anda mempunyai masalah jerawat, acne atau masalah kulit lain, cuba dapatkan rawatan di Klinik Dr Bazilah, klinik kulit dan estetik yang terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor ni.
Bagi mendapatkan temujanji atau sebarang promosi, boleh jengah terus ke sosial media (FB dan IG) Klinik Dr Bazilah atau hubungi cawangan Klinik Dr Bazilah yang berdekatan yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang, seperti tertera dibawah :
Whatsapp : +6019-6571563 / klik http://temujanjidrbazilah.wasap.my/
Web : www.klinikdrbazilah.com | FB : @drbazilah | IG : @klinikdrbazilah
Emel : klinikdrbazilah@gmail.com
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur. |
No Tel : 013-817 7005
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5 Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor | No Tel : 03-8922 9681 / 0111-590 5931
Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam,
40100, Selangor. | No Tel : 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!