Kalau sebut Pengerang, pasti orang ramai akan terus teringat Ahli Parlimen Pengerang yang cukup hebat, YB Dato Sri Azalina Othman. Selain dari itu umum tahu Pengerang juga adalah kawasn minyak macam Kertih. Sebenarnya umi dan blogger serta influencer lain berkesempatan menjejak kaki ke Pengerang bagi memeriahkan parti OhBolaKaw bersempena Piala Dunia 2022. Kalau World Cup kini berlangsung di Qatar, kami di Malaysia pun turut tak lepas peluang untuk sama-sama merasa dan menyokong pasukan pilihan.
Awak pilih team dari negara mana?
Singgah Pengerang Semarakkan World Cup Dengan OhBolaKaw |
Singgah Pengerang yang merupakan salah sebuah rangkaian hotel milik anak syarikat Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), KOPETRO Hotel & Resorts Sdn. Bhd., telah menganjurkan sebuah program ‘Parti Bola Kaw’ iaitu sesi tayangan perlawanan Piala Dunia di Singgah Cafe dengan mengajak orang ramai untuk menonton dan bersorak bagi pasukan pilihan mereka. Dianggarkan lebih 40 orang pengunjung termasuk para pempengaruh media sosial (Influencer), penghuni Hotel di Singgah Pengerang serta para jemputan yang berada di sekitar Pengerang telah hadir memeriahkan program tersebut.
Singgah Pengerang Semarakkan World Cup Dengan OhBolaKaw |
Tetamu yang hadir pada program ini yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur telah dihidangkan dengan makanan yang disediakan daripada Singgah Cafe. Turut memeriahkan tayangan Piala Dunia adalah pelbagai aktiviti lain antaranya ialah permainan mini, cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik, termasuk pemberian jersi bola sepak edisi terhad.
Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah berkata ini merupakan program yang diadakan buat julung kalinya bertujuan untuk mengumpulkan peminat-peminat sukan bola sepak untuk hadir dan beramah mesra sambil menonton pasukan pilihan mereka beraksi.
“Tayangan bola sepak ini diadakan menerusi beberapa siri bermula pada 9 Disember (peringkat suku akhir), 10 Disember (peringkat suku akhir), 14 Disember (peringkat separuh akhir), 17 Disember (perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat) dan akhir sekali pada 18 Disember nanti bagi perlawanan peringkat akhir,” ujar Ahmad Shakir.
Tambah Ahmad Shakir, selain menyemarakkan semangat bola sepak program ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap jenama rangkaian hotel Singgah milik KOPETRO.
Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel.
Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.
Bermula Januari 2021, KOPETRO Hotel & Resorts mula mengembangkan jenama Singgah dengan memperkenalkan Singgah Cafe selari dengan pembukaan cawangan hotel di Pengerang. dengan Menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa, Singgah Cafe adalah lokasi paling sesuai untuk berehat dan menghabiskan waktu hujung minggu menikmati hidangan makanan dan minuman berkelas premium pada harga berpatutan.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, layari laman web www.singgah.com.my atau ikuti akaun Facebook dan instagram @SinggahPengerang atau emel rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my untuk membuat tempahan.
MENGENAI KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD (KOPETRO)
Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya. KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan.
Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020, anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.
Facebook: https://www.facebook.com/kopetroberhad
Instagram: https://www.instagram.com/kopetroberhad
2 Comments
bestnya dapat tgk game bola beramai-ramai. meriah habis tu!!!!
ReplyDeletemmg havoc habis, mujur tak sampai sakit tekak diaorg tu..hehehe
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!