Staycation 1 Malam Di Hotel Singgah Pengerang, Johor

Staycation 1 Malam Di Hotel Singgah Pengerang, Johor | Mukim Pengerang bukanlah suatu tempat yang asing bagi orang Johor dan warga tempatan. Kalau disebut Pengerang, pastinya ramai orang akan teringat akan Ahli Parlimen Malaysia, Dato Seri Azalina Othman Said.


Pengerang, Johor

Pengerang amat terkenal dengan industri petroleum, juga agak popular sebagai destinasi percutian kerana dikelilingi pantai, hotel dan tempat menarik untuk diterokai.

Baru-baru ini, umi berkesempatan menginap di Hotel Singgah Pengerang bersama beberapa orang inflluencer  atas tajaan pihak KOPETRO bagi menjayakan parti OhBolaKaw bersempena Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar.


Staycation 1 Malam Di Hotel Singgah Pengerang, Johor


Hotel Singgah Pengerang, sebuah hotel butik yang merupakan hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts Sdn Bhd (KHRSB). 


Staycation 1 Malam Di Hotel Singgah Pengerang, Johor


Memang tak sangka hotel ini cukup menarik apabila umi menjejaki kaki ke dalam bahagian lobi hotel, disambut mesra oleh pekerja di bahagian pendaftaran yang beroperasi 24 jam. Ruangan yang tidak terlalu kecil tapi cukup selesa dengan susun atur yang simple tapi menarik.


Hotel dengan 58 buah bilik penginapan ini bertempat di antara deretan rumah kedai tapi  anda tak perlu risau sebab ada lif untuk naik ke tingkat 1 dan tingkat 2. Bila anda keluar dari lif sahaja, anda akan nampak mural cantik seperti Istana Besar Johor atau Sungai Senget menghiasi dinding dengan warna yang sedap mata memandang.


3 Kategori Bilik @ HOTEL SINGGAH PENGERANG


Terdapat 3 jenis bilik penginapan iatu bilik Standard, bilik Superior dan bilik Deluxe yang terbahagi kepada standard queen room, standard twin room, superior queen room, superior twin room, deluxe queen room & deluxe twin room. Ada juga kategori bilik dengan balkoni dan tanpa balkoni yang boleh anda pilih sewaktu membuat tempahan.


Istimewanya di Hotel Singgah Pengerang, terdapat bilik khas untuk OKU, yang menyediakan kerusi  roda buat penginapnya. Ruangan dibilik ini agak luas yang memberi kemudahan buat tetamu istimewa bergerak.


Harga semalam bermula dengan harga serendah RM150 dan keatas, dan setiap kategori bilik berbeza harga.


Pendek kata, Hotel Singgah Pengerang bukan hanya menawarkan penginapan yang selesa buat ahli perniagaan, pelancong tempatan  tapi  sesuai untuk seisi keluarga. 


Kemudahan dan Fasiliti Hotel

Menariknya hotel ini menyediakan WIFI secara PERCUMA, sarapan buat 2 orang dan ruang letak kereta percuma (tertakluk pada kekosongan) 




Setiap unit bilik dilengkapi dengan tv LCD, sambungan internet berkelajuan tinggi, perabut premium seperti meja bekerja, mini bar, cerek elektrik berserta kopi dan teh, air mineral dan sejadah serta penunjuk arah kiblat.


Semua bilik di hotel ini  bilik air yang cukup moden di setiap unit bilik dilengkapi dengan pemanas air, tuala dan sabun mandi.


Selain kaunter pendaftaran masuk tetamu beroperasi 24 jam, perkhidmatan bilik, ruang tempat letak kereta (tertakluk kepada kekosongan) serta Wi-Fi percuma turut disediakan oleh pihak hotel.


Makan di Cafe Singgah


Pengunjung yang menginap di sini tidak perlu risau kerana cafe Singgah menyediakan sarapan pagi hingga ke makan malam dan hantaran ke bilik tetamu. Jadi tetamu boleh menikmati makanan tempatan seperti nasi lemak hingga ke juadah barat seperti Spagetti tanpa perlu keluar untuk mengisi perut.



Sedap sungguh sarapan kami dengan nasi lemak dan rendang ayam yang cukup rasa dan kena dengan selera umi. Tak cukup nasi lemak, boleh saja makan roti bakar dengan butter dan jem strawberi, kenyang sampai petang.


Jadi, jika anda  berkunjung ke sini atas urusan kerja atau percutian hujung minggu, Singgah Pengerang wajib berada dalam senarai hotel pilihan.


Lokasi Hotel Singgah Pengerang

Alamat : No. 21-25, Jalan Kelicap 3, Bukit Pelali, 81600 Mukim Pengerang Johor

No. telefon : +607 824 6011

Email : singgahpengerang@kopetro.com.my


Terima Kasih KOPETRO



Terima kasih tak terhingga kepada pihak KOPETRO yang turut menyediakan pengangkutan pergi dan balik dengan bas persiaran yang cukup selesa malah pilot dan tour guide pun sangat friendly dan sangat berinformasi.


Harap-harap lepas ni boleh la KOPETRO jemput kami untuk merasa menginap di Singgah Kerteh pulak.


Post a Comment

0 Comments