Jadi, apakah cara terbaik yang patut dilakukan sebelum tertidur? Pesanan Rasullullah s.a.w ini wajar dijadikan amalan supaya tidur kita tidak diganggu dengan mimpi buruk.
Amalan Sebelum Tidur
Sesiapa yang berwirid lalu tertidur kemudian bangun, ALLAH mengira waktu tidurnya sebagai waktu berzikir, sehingga orang itu dianggap sebagai orang yang berzikir terus-menerus manakala tidurnya bukan tidur biasa tetapi tidur dalam keadaan berzikir.
Apabila kita sering beristighfar sebelum tidur iaitu memohon keampunan daripada ALLAH, untuk diri sendiri, orang tua, jua untuk orang lain sebagi tanda kita tidur di dalam hati yang bersih seolah-olah memohon kepada semua orang yang pernah kita lakukan kesalahan.
Kepada ereka yagn telah tiada orang tua, dengan beristighfar kit telah memohon keampunannya dan semoga mereka tenang di alam barzakh. Bagaimanapun, manfaat paling besar apabila kita beristifar ialah untuk menenteramkan tidur daripada sebarang gangguan.
Cuba amalkan membaca tiga (3) Qul kemudian hembuskan (ala-ala meludah) tiga (3) kali ke atas telapak tangan . Kemudian sapukan pada seluruh anggota badan bahagian atas sahaja. InsyaALLAH tidur kita akan dilindungi oleh ALLAH dan makhluk halus tidak akan berani mendekat.
Jadikan tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali sebelum tidur sebagai rutin harian. Kemudian bacalah doa tidur. InsyaALLAH, berkesan untuk perlindungan daripada anasir jahat.
Bacaj juga : Solat Tahajud ubat keresahan hati
Di samping itu, jika mengalami mimpi buruk semasa tidur, bacalah isti'azah kemudian mengalih tubuh ke bahagian lain (Maksudnya, kalau sebelum ini mengiring ke kanan, beralihlah mengiri ke kiri pula.
3 Comments
Tk perkongsiannya
ReplyDeleteTerima KAsih untuk perkongsian...
ReplyDeletegood sharing & good reminder.. tq!
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!