Minum Pagi Di Lepak Ngopi De Kelulut Kangar | Selesai bersarapan di Dusun Nakawan, kami teruskan perjalanan yang dijanjikan DH. Kalau tadi umi cuma minum air masak dan teguk sikit teh tarik dari DH sebab nak singgah minum ke lokasi yang istimewa.
Istimewanya Lepak Ngopi De Kelulut, sajian yang disajikan tidak menggunakan gula tapi madu. Loksi pun tak berapa jauh dari Dusun Nakawan dan perjalanan masih melalui kawasan hutan simpan dan pusat konservasi hidupan liar Sg Batu Pahat.
Minum Pagi Di Lepak Ngopi De Kelulut Kangar |
Minum Pagi Di Lepak Ngopi De Kelulut Kangar |
Ingatkan tak ramai orang sebab kat tengah hutan, tapi masa kami sampai tu dah ramai pengunjung sedap melayan selera.
Seperti Dusun Nakawan, Lepak De Kelulut ni DH dah pernah singgah makan dan minum, tu yang dia boleh bawa kami tu.
Memandangkan kami dah kenyang, jadi kami cuma order 2 teh o limau dan 1 kopi untuk DH. Memang minuman plain tanpa gula sebab kita boleh pilih nak madu lebah atau madu kelulut untuk diisi ke dalam gelas dan ikut berapa banyak yang kita suka.
Di setiap meja disediakan 2 botol madu iaitu madu lebah dan madu kelulut untuk anda pilih untuk dituangkan ke dalam gelas minuman atau makanan anda.
Ada dua pilihan tempat duduk samada di meja makan atau wakaf yang kita boleh duduk bersila tapi dah penuh.
Waktu tengah minum tu sempat la berisauan dengan kehadiran lebah yang menempel kat botol madu. Tapi tak perlu risau sebab lebah-lebah tu bukan mendarat kat pengunjung tertarik dengan botol madu di atas meja.
.
4 Comments
seram jugak tu kalau kena hurung lebah. hihih
ReplyDeletetak perlu risau sbb lebah yang hurung tu x banyak sebenarnya
DeleteCuya follower baru disini. Salam kenal! :)
ReplyDeleteterima kasih Cuya
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!