Perlis : Nikmati Sarapan Pagi Dalam Hutan Di Dusun Nakawan

Nikmati Sarapan Pagi Dalam Hutan Di Dusun Nakawan  | Terkejut jaga jam 4.15 pagi tapi DH dan ipar serta anak buah tak sampai lagi. Kata kakak sepupu DH, selalunya mereka yang ke laut candat sotong ni akan sampai jam 4 pagi tapi bila sedar dan tengok jam,  tiada bunyi mahupun kelibat 6 orang ni. Kata DH siang tu, mereka akan ke tengah laut tu dekat dengan pelantar tok arab.


Cuba berjaga sambil scroll social media, mata tak mengantuk, hanya risau. Jeda.


Jam 5.45, dapat mesej dari DH katanya baru sampai ke pelantar, air surut jadi bot tak boleh masuk muara. Alhamdulillah, lega rasa hati dan dalam berjaga tu nak terlelap tapi dengar bunyi kenderaan dan DH ketuk tingkap. Apa lagi cergas la bukan pintu, bertambah lega dapat tengok DH dah balik dengan habuan dari laut. Bukan habuan yang dinanti, tapi kekasih hati yang pastinya penat berada di lautan semalaman.


Balik Kampung


Sotong! 2 bekas sotong dengan anggaran 3 kilo dan semata-mata sotong. Memang musim orang mencandat sotong dan pernah katanya anak buah mencandat sotong dan dapat dalam 20 kilo. Rezeki!


Selesai mandi dan solat subuh, DH terus bersiap tanpa rehat sebab dia sempat dapat 1 ekor sotong jer dan boleh pula tidur dalam bot. Tapi rasanya tetap rasa penat sebab tidur terbuai-buai dalam bot tanpa tilam, tanpa bantal.


Jam 7.30 pagi kami berempat dah ready to go! Memang dah bagitau pada kakak ipar DH yang kami akan bertolak awal pagi jadi tak perlu siapkan apa-apa sebab nak breakfast di luar. DH janji nak bawa kami breakfast di dalam hutan. 


Lebih kurang jam 7.45 kami dah bergerak keluar rumah, singgah rumah kakak sepupu DH dan meneruskan perjalanan dengan perut yang tak sabar nak diisi. Kalau dulu mesti nak tunggu dan makan nasi lemak kuning kat rumah pusaka, tapi kali ni memang lain sama sekali.



Perjalanan mengambil masa kurang 1 jam dan sewaktu kami sampai (lebih kurang jam 8.45 pagi), dah ramai juga orang menikmati sarapan dengan keluarga. 


Memang banyak betul sajian yang menarik sampai ambil masa la juga nak pilih, antaranya pulut ikan masin, pulut durian (favorite DH tapi dah warning, no durian ya), ubi kayu cicah nyioq tapi akhirnya kami pilih Nasi Lemak Sotong, Ketupat dgn rendang, Naai Lemak Ayam dan Lontong




Perjalanan yang mengambil masa dalam kurang 10 minit melalui hutan simpan yang cukup menenangkan.

Kalau angpa lalu kat sini, jangan risau sebab ada jer kenderaan ke sini, walau nampak sunyi tapi memang banyak kenderaan melalui jalan ni untuk ke Dusunn Nakawan



Banyak pilihan tempat duduk kat sini, nak makan sambil bersila kat bangsal atau bawah rumah atau makan kat luar tanpa bumbung dan ada yang berbumbung. Memang best kalau duduk di kerusi berbumbungkan langit sebab cuaca yang tidak panas.



Thumbs up untuk kebersihan tempat makan dan kawasan penyediaan makanan kat sini dan gadis kat kaunter pembayaran pun sangat peramah.


Tak perlu risau sebab kawasan untuk meletak kereta tu cukup luas dan bila sampai tu teruja sebab kemas, bersih dan tenang jer tempat ni.



Memang best kat sini dan memang saya recommend sangat untuk anda kalau berada kat Bukit Ayer Perlis ni, sila ke sini.


Alamat : Dusun Nakawan, Jalan Bukit Ayer, 01000 Kangar, Perlis

Waktu operasi : 7 pagi hingga 12 tengahhari (tutup hari Khamis & Jumaat)


Next stop kami, tunggu next entri kemana kami pergi selepas sarapan.

Post a Comment

10 Comments

  1. Unik nama dusun tu kak, next time turun utagha tau dah mana nak tempat nak serok nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama dusun tu sempena Banjaran Nakawan, sempadan Malaysia Thailand tu. Memang recommended Kinah

      Delete
  2. Opis kita pernah buat xtvt candat sotong ni.. mmg mostly yg join semua tak tahan muntah sepanjang kat tgh laut tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke...selalunya muntah sebab hidu bau minyak diesel dan kalau nak tahu org tu tak mabuk kalau dia boleh membaca sewaktu dalam kereta..wallahualam

      Delete
  3. Perlis byk tempat menarik dan unik kan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun Pn Hazel, Malaysia ni banyak tempat menarik yg kita tak tahu sebenarnya

      Delete
  4. Menarik juga nampaknya cafe tu.Boleh masuk dlm list tempat nak pergi nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mokja...mmg recommend utk singgah kalau ke Perlis ni

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!