Pilihan 15 Resipi Masakan Daging
Banyak jenis daging dengan harga murah pastinya daging import yang lazimnya datang dari India ni adalah daging kerbau. Dagingnya agak kasar tapi sedap la juga. Kalau nak lagi sedap beli jer daging batang pinang tempatan, harganya RM50 sekilo. Memang mahal tapi sesekali kalau teringin, apa salahnya.
1.Asam Pedas Daging
15 Resipi Masakan Daging Memikat Selera |
Bahan-bahan:
500 gm daging cincang / tetel
1/2 sudu kecil halba
1 batang serai
2-3 helai daun limau purut
1/2 cawan air pati asam jawa
1 kuntum bunga kantan
6 tangkai daun kesum
1 sudu besar kerisik
garam dan gula secukup rasa
2 biji tomato
sedikit air, untuk lebih berkuah
Bahan-bahan kisar :
15 tangkai cili kering, direbus dan ditos
1/2 sudu besar lada hitam
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
1 ketul kecil belacan
sedikit air
- Rebus daging hingga empuk.
- Panaskan minyak dan tumis serai hingga naik bau dan masukkan bahan yang dikisar, tambah sedikit air dan renih hingga agak kering. Ulang proses tambah air 3 - 4 kali hingga pecah minyak.
- Masukkan jus asam jawa dan daun kesum, renih hingga mendidih dan masukkan daging yang direbus. Masak dalam 10 minit dan tambah air supaya daging sebati dan mesra
- Masukkan bunga kantan, daun limau purut, kacau dan biarkan dan kemudian masukkan kerisik
- Bila kuah dah mengelegak, masukkan tomato, garam serta gula secukupnya. Biardalam 5 minit dan ditutup api
Tip:
- Asam pedas Melaka lazimnya meletakkan kerisik
- Kalau suka boleh masukkan terung bulat dan bendi
Baca Juga : Sedap cicah Asam Pedas dengan roti Gardenia
2. Bistik Daging
Bahan-Bahan:
1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 cm kulit kayu manis
Bahan perasa
Kacang pis untuk hiasan
Bahan (kuah):
300 ml air
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar tomato puree
1 kiub stok daging
Bahan (dikisar):
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara Penyediaan :
- Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam. Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
- Masukkan daging dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.
- Masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.
- Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
- Masukkan daging dan semua bahan-bahan kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
- Setelah itu, masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
3. Resepi Daging Masak Hitam
1 kg daging
20 tangkai cili kering, dibuang biji dan dikisar
rempah 3 sekawan
1 mangkuk kecil kicap manis
1 mangkuk kecil kicap pekat
1 senduk cuka
1 sudu makan sos tiram
1 sudu gula
Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 sudu kecil lada hitam
1 biji buah keras
1 sudu makan kismis
Cara Penyediaan :
- Campurkan kesemua bahan A dan perap dalam 1 jam.
- Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan hingga naik wangi dan masukkan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
- Masukkan daging, renih hingga empuk dengan api sederhana. Masak hingga air yang keluar dari daging menjadi kering
- Bila dah kering sedikit, masukkan sos tiram serta gula dan gaul supaya sebati dan dimasak hingga betul-betul kering dengan api kecil. Kacau kerap supaya tidak hangit dan dimasak dengan baik. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan
4. Resepi Daging Masak Lada
Bahan-bahan
500 gm daging lembu
1 mangkuk air asam jawa
1 batang cili merah, dihiris memanjang
Bahan untuk dikisar/ditumbuk halus
2 sudu lada hitam
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan hitam
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan untuk ditumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Cara Penyediaan :
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang hingga naik bau. Masukkan bahan yang dikisar hingga nampak sedikit kekuningan dan masukkan daging. Tambah air supaya daging dimasak dengan sempurna. Biarkan dengan api sederhana dan biarkan daging direnih hingga empuk.
- Bila air agak kekeringan dan daging nampak sudah lembut, masukkan air asam jawa. Kacau biar sebati dan sekali lagi biar daging direnih dan bahan-bahan masuk sebati dengan daging. Sekiranya suka tanpa berkuah, biarkan daging dimasak lagi tapi kalau suka daging yang basah-basah, boleh tutup api, masukkan cli merah dan perasakan dengan garam secukupnya. Siap!
5. Resepi Daging Goreng Kunyit
Bahan bahan:
1/2 kg daging, direbus dan dihiris
Bahan lain:
1 mangkuk kacang panjang
1/2 batang karot
1 biji bawang besar kuning
1 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
Minyak
- Potong daging dengan nipis, perap dengan serbuk kunyit dan garam.
- Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap. Goreng daging hingga air kering dan pecah minyak. Goreng sehingga daging empuk.
- Masukkan lobak merah (kalau ada), masak hingga nampak lembut. Masukkan kacang panjang, kacau dan masukkan bawang kuning. Akhir sekali cili merah dan cili api. Bila semuanya nampak lembut, tutup api dan sedia untuk dihidangkan
6. Daging Dendeng
Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
Bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
Bahan D
air rebusan daging
- Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak. Lagi banyak bawang goreng akan lagi menyedapkan masakan
- Bahan A direbus sehingga daging lembut tapi jangan terlampau empuk kerana bimbang bila ditumbuk daging akan relai/hancur
- Simpan air rebusan untuk digunakan nanti.
- Daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk guna lesung batu buat sampai habis. Goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika menggunakan minyak bawang tadi dan digoreng jangan terlalu lama
- Masukkan minyak 3 sudu besar dna tumis cili merah kisar, daun limau purut, serai. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukupnya, masukkan kicap manis dan air asam jawa
- Masukkan air rebusan dalam 5 senduk dan masukkan daging yang telah digoreng tadi. Kacau dan tutup dengan penutup dan biarkan ianya agak kering
- Akhir sekali masukkan bahan B, kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit dan tambah garam bila perlu
7. Sambal Tumis Daging
Bahan-bahan
500 gm daging
15 tangkai cili kering, direbus, ditos dan dikisar
1 labu bawang besar, dihiris
5 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
air asam jawa
sedikit gula dan garam
Cara Penyediaan :
- Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, kacau biar sebati.
- Masukkan daging, air asam jawa dan garam, biar sebati dengan cili tumisan, kacau dan biarkan hingga agak garing.
- Masak hingga sambal garing dan pecah minyak. Siap.
8. Gulai Daging Dengan Kentang
500 gm daging batang pinang atau bahagian lain yang lembut
3 biji ubi kentang, dipotong 4
1 peket rempah kari ikan
3 cawan santan pekat
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
4 ulas bawang merah, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dihiris halus
3 cm halia, dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
1 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
- Daging dipotong kecil (ikut kesukaan) dan kemudian dibasuh. Toskan
- Campurkan rempah kari ke dalam bekas berisi daging, gaul biar diperap dalam 5 minit atau masukkan rempah kari ke dalam bekas, masukkan air supaya menjadi pes.
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan tumis sehingga bawang kekuningan dan naik bau wangi.
- Masukkan daging yang diperap dengan rempah kari, dimasak hingga nampak daging kecut.
- Masukkan santan, kacau biar sebati. Bila kuah mula mendidih, masukkan ubi kentang dan garam secukupnya. Kacau kuah dan bila daging serta ubi kentang telah empuk baru la di tutup api dapur.
9. Masak Kurma Daging
Bahan-bahan :
400 gm daging, di potong, di basuh dan di tos
4 sudu serbuk rempah kurma Adabi
2 sudu besar kerisik
1 biji kentang, dibelah 4/6
2 biji cili hijau, dipotong tidak putus
2 labu bawang besar, di potong baji
Santan secukupnya
2 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Minyak
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji buah keras
Bahan tumis:
1 biji bawang merah, di hiris
2 ulas bawang putih, di hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang serai, di ketuk
Cara Penyediaan :
- Campurkan bahan yang dikisar bersama rempah (jadi pes) tapi jangan terlalu pekat
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga naik bau wangi.
- Masukkan pes kurma (campuran bahan kisar dan rempah), kacau hingga pecah minyak. Pastikan dengan api sederhana supaya tidak hangit
- Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging dimasak perlahan hingga nampak kecut.
- Masukkan santan, kerisik dan kentang. Masak hingga daging dan kentang empuk.
- Akhir sekali masukkan garam dan asam gelugur dan biarkan dimasak hingga kuat menjadi pekat dan boleh ditutup api.
10. Padprik Daging
Bahan-bahan
1/2 kilo daging
2 senduk besar cili kisar
1 senduk besar cili sos
1 senduk besar sos tiram
3 ulas bawang putih, diketuk
1 labu bawang besar, dimayang
Sayuran : kacang panjang, tomato, putik jagung, cili benggala, cili api, cili merah
3 helai daun limau purut
Sayur ikut citarasa sendiri
Daun limau purut
Tomato dibelah 6
Cili api dan cili merah untuk hiasan
Garam gula dn perasa secukupnya
- Rebus daging hingga empuk dan dihiris nipis. Air rebusan daging, disimpan untuk digunakan kemudian nanti.
- Panaskan minyak dan tuumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan cili sos, kacau biar sebati dan masukkan daging serta air rebusan
- Bila air rebusan hampir kering, masukkan kesemua sayuran, renih sampai masak, masukkan garam dan bila sayur masak, boleh tutup api dan dihidangkan
11. Daging Masak Blackpepper
Bahan-bahan
500g daging batang pinang, dihiris
1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk ksar
4 ulas bawang putih
2 sudu besar sos tiram
kicap manis
2 tangkai cili merah, dihiris kasar
1 biji bawang besar holland
1 biji cili benggala merah/hijau
daun bawang
Cara Penyediaan :
- Panaskan minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
- Tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan lada hitam, kicap dan sos tiram, kacau sebentar dam masukkan daging.
- Masak menggunakan sederhana dan kerapkan kacau supaya tidak melekat
- Bila sudah nampak pecah minyak, masukkan bawang holland dan cili benggala. Masak hingga nampak layu dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Taburkan hirisan daun bawang sebagai hiasan
12. Daging Goreng Jintan
500 gm daging batang pinang (kalau guna daging bahagian lain pun boleh)
2 tangkai cili kering, digoreng rangup
1 mangkuk jus asam jawa
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
- Tumbuk jintan manis, jintan putih dan lada hitam hingga lumat. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumbuk tapi jangan terlalu halus.
- Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan daging, serbuk kunyit, air asam jawa dan garam secukupnya.
- Bila daging dah masak, masukkan cili kering yang digoreng (kalau suka) Kacau dan biarkan nampak pecah minyak. Tutup api, siap untuk dihidang.
12. Gulai Daging Kerisik
Bahan-bahan
500 gm daging, dihiris kecil
3 sudu rempah cap O
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
2 sudu kerisik
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
Bahan ditumbuk
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan kisar halus
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Penyediaan :
- Satukan daging dengan serbuk rempah serta bahan yang ditumbuk di dalam periuk atau besen, kacau biar mesra dan letak tepi
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar, cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, hingga naik bau.
- Masukkan daging dan air, renih hingga masak. Bila nampak agak kering masukkan santan dan kerisik. Kacau biar sebati.
- Bila kuah mendidih, masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam secukupnya. Biar mendidih dan tutup api. Siap
13. Sup Kambing Berempah
Bahan-bahan:
1.5 daging dan tulang kambing
Rempah 4 sekawan
2 biji kentang, dipotong 4
2 biji lobak merah
2 biji tomato
daun sup/daun bawang
Bahan A - kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar lada hitam biji
Bahan B:
1 sudu besar rempah sup/kurma
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk lada sulah
Cara Penyediaan :
- Rebus isi dan tulang daging kambing hingga empuk. Bagi yang punya pressure cooker boleh la guna tapi saya menggunakan periuk tembikar untuk merebus dan merenih daging. Campurkan bawang kuning dan akar ketumbar. Masak dengan api sederhana dan tutup periuk. Buka tutup periuk supaya air tidak melimpah keluar.
- Campurkan kesemua bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A yang telah dikisar. Gaul biar mesra dan sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau dan masukkan rempah yang telah dicampur tadi, dimasak hingga naik wangi.
- Kemudian masukkan bahan yang ditumis ke dalam periuk berisi daging kambing yang sedang direnih. Tambahkan air secukupnya, jika perlu. Kacau biar sebati dan tutup periuk.
- Masukkan kentang dan lobak merah, biarkan dalam 5 minit atau hingga keduanya lembut. Masukkan tomato dan daun sup. Biar seketika dan tutup api. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap
14. Rendang Daging Campur Paru
- Campurkan bahan dikisar dengan daging dan paru. Panaskan minyak dan masukkan daging dan paru dan dimasak dengan api sederhana. Tambah air supaya kesemua bahan menjadi mesra.
- Masukkan santan dan daun kunyit yang dihiris serta asam gelugur. Kacau dan biarkan hingga kuah menjadi pekat.
- Akhir sekali masukkan kerisik, garam secukupnya. Kalau suka kering, boleh biarkan ianya dimasak sehingga kering tapi rendang ni sedap kalau dibiarkan basah dan sedikit berkuah. Siap!
15. Paru Goreng Berlado
500gm paru
1 batang serai, diketuk
1-2 keping asam gelugur
1 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
7 tangkai cili merah
4 ulas bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
- Paru dibasuh, kemudian direbus dengan hirisan halia dan bawang putih untuk menghilangkan bau hamis.
- Toskan paru yang sudah direbus, biarkan sejuk dan dipotong nipis atau tebal (ikut kesukaan). Gaulkan dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng garing.
- Panaskan minyak yang banyak dan goreng paru hingga garing
- Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis serai dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan kemudian masukkan paru, kacau hingga sebati
1 Comments
Hayırlı ramazanlar dilerim :)
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!