F&N Lancar Rangkaian Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange, Sajian Jus Segar Serba Baharu

F&N Lancar Rangkaian Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange, Sajian Jus Segar Serba Baharu | Konfeksi ais dalam tiub keriangan dan tab boleh dikongsi kaya dengan Vitamin C yang pertama di Malaysia


F&N Creameries Sdn Bhd, yang terkenal dengan jenama-jenama konfeksi ais termasuk Magnolia dan King’s, akan memperluaskan divisyen aiskrimnya menerusi jalinan kerjasama dengan Sunkist Growers menerusi pengenalan rangkaian Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange. Rangkaian baharu ini membawa pembaharuan dan meningkatkan tanda aras konfeksi ais komersial dengan menggunakan jus oren dan bukan bahan perisa oren.




Bersandarkan gabungan warisan dan keyakinan jenama F&N dalam memberikan kegembiraan dan kenikmatan sebenar selama 140 tahun berserta pengalaman selama 130 tahun Sunkist Growers dalam menjana hasil luar biasa di ladang-ladang sitrus milik keluarga di California dan Arizona, Konfeksi Sunkist Tropical Orange secara inovatif menggabungkan rasa umph dan manfaat kesihatan buah sitrus untuk kategori konfeksi ais serba baharu yang Citrusly Syok!



Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange merupakan konfeksi ais komersial pertama di Malaysia yang kaya dengan Vitamin C bersama jus oren bagi rasa yang menyegarkan, berjus dan penuh nikmat.


Boleh didapati dalam bentuk tab boleh dikongsi dan tiub sajian tunggal, rangkaian baharu itu merupakan konfeksi ais komersial pertama di Malaysia yang kaya dengan Vitamin C bersama jus oren bagi rasa yang menyegarkan, berjus dan penuh nikmat.



Sajian harian yang sejuk dan sihat kaya dengan vitamin C untuk hidangan Citrusy Syok yang berjus.

Format tiub Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange adalah umpama sorbet dengan tiada kandungan susu, menjadikannya sesuai untuk golongan vegan dan mereka yang tidak toleran laktosa. Sementara tab Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange menggabungkan bahagian bawah dengan vanila berkrim bersama riak oren sos serta tekstur yang seperti aiskrim artisan atau mewah.


“Semasa dilaksanakan arahan untuk kekal di rumah, kami melihat terdapat peningkatan dalam jualan produk-produk aiskrim memandangkan ia merupakan satu pilihan sajian yang menenangkan. Trend ini diteruskan di Malaysia dan rantau ini. Menerusi kerjasama dengan Sunkist Growers, kami membangunkan rangkaian Sunkist Tropical Orange yang kaya dengan Vitamin C dengan menggunakan jus oren sebagai kategori baharu aiskrim yang turut menyediakan manfaat kesihatan. Pengenalan rangkaian ini berikutan permintaan dan potensi pasaran yang kami lihat. Sehubungan itu, kami menjemput orang ramai untuk menikmati sajian enak ini,” kata Encik Siew Peng Yim, Ketua Pegawai Eksekutif F&N Creameries Sdn Bhd.


Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange dalam tiub adalah pilihan sempurna bagi menyejukkan diri dalam cuaca panas dan lembap di Malaysia. Hanya ambil satu untuk menyejukkan dan menyegarkan diri serta mendapatkan tambahan Vitamin C daripada jus oren yang terkandung dalam setiap hirupan. Tiub yang direka khusus ini mudah dipegang sebelah tangan dengan kurang risiko untuk tumpah atau menitik, membenarkan anda terus membuat kerja atau tugasan, beriadah mahupun menikmati waktu rehat dengan tenang.


Bagi sajian istimewa di rumah, Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange dalam tab menggabungkan keseimbangan sempurna kemanisan dan kelazatan berkrim serta rasa hebat. Kongsikan rasa Citrusly Syok bersama insan tersayang dan rakan-rakan selepas  waktu sekolah atau sebagai penceria selepas waktu kerja mahupun sebagai snek sejuk yang lebih sihat.


Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange kini boleh didapati di seluruh negara dan secara online. 


Dapatkan tiub sajian tunggal 75ml pada harga RM2.50 setiap tiub (RM2.70 di Malaysia Timur), tiub pelbagai pek yang terdiri daripada 4 tiub pada RM9.80 satu pek (RM10.50 di Malaysia Timur) dan tab 1.5 liter berharga RM15 sebekas (RM16.50 di Malaysia Timur). Rangkaian menyegarkan serba baharu ini juga boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi F&N di https://my.fnlife.com/chilled-frozen/ice-cream/sunkist.html.




Bagi meningkatkan pengalaman Citrusly Syok, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan Gold of Sunkist yang menawarkan hadiah berupa jongkong emas dan syiling emas berjumlah RM30,000! 


Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mendapatkan produk-produk Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange berharga RM10 ke atas dalam satu resit pembelian dan menghantar foto resit menerusi aplikasi WhatsApp ke talian 017-6487654. Peraduan ini dibuka dari 1 Mac sehingga 30 April 2023.


Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, peraduan, aktiviti, promosi dan barangan percuma Konfeksi Ais Sunkist Tropical Orange, ikuti laman-laman sosial 


INSTAGRAM | FACEBOOK  



Mengenai F&N Creameries Sdn Bhd

F&N Creameries Sdn Bhd adalah sebahagian daripada Divisyen Aiskrim F&N, Fraser and Neave Limited, sebuah Kumpulan Pengguna Asia Tenggara terkemuka dengan kepakaran dan kedudukan yang tegug dalam industri Makanan & Minuman serta Penerbitan & Pencetakan yang tersenarai di papan bursa Singapura serta mempunyai lebih 7,700 tenaga kerja di seluruh dunia.


Divisyen Aiskrim F&N komited dalam merealisaskan janjinya untuk menyediakan kegembiraan dan kenikmatan sebenar menerusi portfolio jenama-jenama aiskrim terkemuka yang merangkumi Magnolia Ice Cream, King’s Ice Cream, 100Plus dan kini, Sunkist. Kesemua aiskrim yang dikeluarkan F&N dipasarkan dan dijual di segenap rantau ini termasuk Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Jepun, China, Hong Kong dan Taiwan.


Ia mempunyai pusat Penyelidikan & Pembangunan khusus di Thailand dan Malaysia bagi membolehkan jenama-jenamanya serta rakan niaga menjadi peneraju inovasi rasa. Dihasilkan menggunakan teknologi terkini dengan penyumberan teliti bahan mentah bersama pemantauan yang rapim pengguna boleh yakin akan kualiti tertinggi produk yang dihasilkan. Kilang-kilang F&N Creameries Sdn Bhd telah menghasilkan lebih 300 jenis aiskrim yang merangkumi pelbagai pilihan tab dan sajian tunggal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.fnncreameries.com/


Mengenai Sunkist Growers

Sunkist Growers adalah sebuah koperatif pemasaran sitrus yang diasaskan pada tahun 1893 dan dimiliki serta dikendalikan bagi ribuan keluarga petani yang menanam buah-buahan sitrus di California dan Arizona. Untuk maklumat lanjut, layari laman www.sunkist.com. 

Sunkist adalah tanda dagang berdaftar Sunkist Growers, Inc., USA 2023.

Post a Comment

3 Comments

  1. terus telan air liur...sedap nmpk nye

    ReplyDelete
  2. yg perasa oren, apa2 ice cream pun mmg rs segar, fresh, tak muak..

    ReplyDelete
  3. sedap ice creamnya.. masam manis sesuai mkn time cuaca panas ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!