Rangkaian Supplemen GK Bio (GKB) Baik Untuk Kesihatan Perut Dan Penghadaman

Rangkaian Supplemen GK Bio (GKB) Baik Untuk Kesihatan Perut Dan Penghadaman.  | Rutin harian yang umi lalui setiap hari memang mengekang diri untuk melakukan senaman, rehat yang cukup dan sentiasa berkejar dengan waktu. Kepenatan membataskan segalanya.


Apatah lagi tugasan sebagai penulis upahan dan blogger yang sering buat review makanan dan kerja memasak untuk keluarga menambah risiko timbul masalah kesihatan disebabkan pemakanan yang tidak teratur, berlemak, berminyak dan kerap juga makan makanan segera.


Rangkaian Supplemen GK Bio (GKB) Baik Untuk Kesihatan Perut Dan Penghadaman

Bukan tak risau dengan pelbagai penyakit bila usia dah semakin lanjut, bimbang pulak kena pelbagai penyakit disebabkan makan tak teratur seperti gastrik, sembelit dan yang pasti masalah berat badan yang makin menaik. Memang dok terfikir yang umi perlu berbuat sesuatu untuk kekal sihat dengan mengambil supplemen yang diiktiraf sebagai jalan penyelesaian.


Mujur baru-baru ini umi diperkenalkan dengan  rangkaian produk yang baik untuk kesihatan badan dan selepas mencuba beberapa hari, memang terbukti faedahnya untuk sistem penghadaman dan pencernaan.


Rangkaian Supplemen GK Bio (GKB) Baik Untuk Penghadaman Dan Kesihatan Perut

Mungkin ramai yang masih tidak mengenali jenama GK Bio yang mengeluarkan produk dengan memfokuskan kepada faedah probiotik, membantu menghadam makanan yang tidak terurai., meningkatkan metabolisme dengan fungsi pengekstrakan tenang daripada nutrien makanan, menyingkir toksin, membantu mengekalkan kesihatan usus disamping menghasilkan vitamin B untuk kesihatan dalaman badan.


(GK BIO International Sdn. Bhd.) ditubuhkan pada tahun 2018, sebuah syarikat usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan. Matlamat GKB adalah untuk mempromosi kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan yang berkualiti tinggi untuk membantu mengawal fungsi tubuh badan dengan harga mampu milik.


Produk GKB menawarkan kebaikkan kultur probiotik dan dengan pengunaan lebih 40 jenis cendawan yang dikembangkan oleh 145 orang penyelidik. GKB amat menitik berat kandungan probiotik di dalam produknya adalah 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, tiada kesan sampingan.


Setiap produk kesihatan GKB diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF, GMP, TQF, Halal dan sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.


Ini membuktikan produk kesihatan GKB selamat digunakan dengan jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian pembuatan produk pada tahap yang  tertinggi.


5 PRODUK SUPPLEMEN GKB UNTUK ATASI MASALAH PERUT

Terdapat 5 produk supplemen keluaran GKB yang baik untuk mengatasi masalah perut seperti berat badan, gastrik, sembelit antaranya adalah :


1. GKB LACTOBACILLUS PLANTARUM GKM3


Produk ini membantu meningkatkan metabolisma badan dan mengurangkan berat badan dengan mengawal minyak dan mengurangkan kalori, membantu sistem penghadaman, menjadikan badan lebih langsing, serta meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh cahaya matahari.


GKM3 ini mengandungi Lactobacillus Plantarum GKM3, probiotk yang baik dalam menyerap lemak didalam badan.


Bagi anda yang mencari cara untuk menurunkan berat badan, saya syorkan produk ini tapi suka diingatkan gaya hidup dan tahap metabolisma kita tidak sama, jadi kalau anda baru mencuba menggunakan produk ini, jangan cepat putus asa tapi lihat kembali cara pemakanan kita.


Produk ini sangat membantu saya yang cukup berselera dengan makanan dan secara otomotik berat pun bertambah tapi pengambilan produk ini membantu saya menurunkan berat secara konsisten dan dalam waktu yang sama saya masih boleh menikmati makanan kesukaan.


Pengambilan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 ini dapat meningkatkan tenanga, meningkat kelempatan kulit, mengurangkan berat badan dan amat sesuai pada mereka yang punya masalah sembelit.


2. G-PRO Gold 


GKB G-Pro Gold mengandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, setiap kapsul vegetarian mengandungi 80 bilion jumlah bakteria probiotik hidup. Produk ini amat sesuai untuk anda yang punya masalah sembelit. 


Sekiranya anda punya masalah sembelit atau cirit birit yang teruk hingga menyebabkan dehidrasi, cuba amalkan G-Pro Gold.


Produk kesihatan dalam bentuk pil ini wajib ada di rumah sekiranya anda punya rutin yang sibuk hingga kerap terlepas waktu makan atau sering mengambil sajian tidak lengkap seperti serat dan sebabnya yang akan menyebabkan anda mengalami masalah sembeli.



3. PROBIO+



Produk ini amat bagus untuk anda yang punya masalah pencernaan kerana ia memberi pelindungan kepada saluran usus. Probio+ ini mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang aktif dan 4 jenis prebiotik. Kombinasi probiotik dan prebiotik ini memberi  perlindungan tambahan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus serta dapat  meningkatkan imuniti.


Produk di dalam sachet ini berbentuk granul (mudah larut) ini mudah diambil bila-bila masa walau tanpa air kerana ia mudah larut tanpa menyebabkan tercekik atau tersedak


Cara pengambilan : Koyakkan sachet, masukkan serbuk terus ke mulut dan ia akan mencair dengan mudah atau boleh dibancuh dengan air atau jus kegemaranmelarut dengan tanpa perlu dikacau. 


Pengambilan GKB Probio+ dapat membantu penyerapan nutrien daripada makanan sekaligus dapat mengekalkan keseimbangan mikroflora usus serta meningkatkan imuniti. 


Adalah disyorkan anda yang punya masalh sembelit, mengambil produk ini  kerana ia boleh membantu masalah pencernaan usus dan mengurangakn sembelit serta cirit-birit.


Kalau nak tahu, probiotik GKB ini punya teknologi paten lapisan pelindug pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB juga satu-satunya syarikat makanan tambahan kesihatan dengan 4 lapisan pelindung untuk probiotiknya untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi.



4. PROBIZYMES



Produk ini amat disarankan bagi yang mempunyai masalah gastrik, penghadaman dan pencernaan. Ia dapat menangani masalah perut kembung akibat gastrik dan mengurangkna simptom refluks asid dengan berkesan dan badan akan jadi lebih ringan 


Probizymes diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak.


Produk dalam bentuk serbuk ini sedap dengan hanya dikoyak dan dituang ke mulut dan diambil bila tiada keselesaan dalam perut. Bagi mereka yang punya masalah gastrik dalam bulan puasa ni, memang wajar ambil untuk kelegaan



5. LACTOBACILLUS RHAMNOSUS PLUS


Formulasi di dalam GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus dapat melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Ianya untuk kecantikan kulit terutama bagi anda yang punya masalah kulit kering dan sensitif. Difahamkan produk ini juga dapat membantu mencegah jangkitan alat kelamin. 


GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus baik dan disarankan untuk wanita yang membantu mencegah masalah jangkitan kuman seperti UTI, sejenis jangkitan pada bahagian saluran kencing, meningkatkan imuniti badan dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. 




Alhamdulillah, supplemen kesihatan dari GKB (GK Bio International Sdn Bhd) memang baik dan terbukti untuk saya, jadi pada anda yang punya masalah penghadaman, wajar mencuba. Kalau nak dapatkan produk ni boleh ke terus ke GKB Official Selling Platform dan semua farmasi besar di Malaysia termasuk cawangan Alpro Pharmacy yang berikut :


Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy


Anda boleh lihat senarai farmasi terkini di : https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 


Untuk info berkenaan produk-produk keluaran GKB ini boleh didapati di www.mygkb.com atau ikuti informasi di laman media sosial seperti dibawah



Facebook : www.facebook.com/mygkb | Instagram : www.instagram.com/mygkb

Tik tok :  www.youtube.com/gkbmsia | YouTube : www.youtube.com/@mygkb01

Post a Comment

0 Comments