Ayam Gepuk Pak Gembus Lancar Sate Ayam Crispy Jogya Dan Air Keladi Semarang

Ayam Gepuk Pak Gembus Lancar Sate Ayam Crispy Jogya Dan Air Keladi Semarang | Ayam Gepuk Pak Gembus merupakan ayam gepuk komersial pertama di Malaysia, terkenal dengan slogan “Tentukan Sendiri Pedasmu, Anda Pedas Kami Puas!” ini kini hampir mencapai 50 cawangan seluruh Malaysia dan semakin berkembang.  


Ayam Gepuk Pak Gembus
Ayam Gepuk Pak Gembus Lancar Sate Ayam Crispy Jogya Dan Air Keladi Semarang


AYAM GEPUK PAK GEMBUS LANCAR PRODUK BARU

Baru-baru ini, Ayam Gepuk Pak Gembus (AGPG) Malaysia melancarkan dua produk terbaru iaitu “Sate Ayam Crispy Jogja" dan air "Keladi Semarang”, yang bertujuan bagi mempelbagaikan menu dan pilihan untuk penggemar serta pelanggan AGPG.  


Ayam Gepuk Pak Gembus


Sate Ayam Crispy Jogja disalut tepung campuran istimewa bersama gabungan rempah asli Indonesia dan Malaysia yang kemudian digoreng sehingga perang keemasan. Lebih sempurna jika dimakan bersama celupan kicap sambal yang diberikan dalam pilihan ‘ala-carte’. Rasa rempah istimewa unik ini tidak boleh didapati di mana-mana dan rasanya berbeza berbanding sate yang ada dalam pasaran. 


Ayam Gepuk Pak Gembus

Sate Ayam Crispy Jogja boleh dijadikan 'add-on' di dalam mana-mana pilihan nasi Set A, Set B, Set C atau Set D. Pelanggan juga boleh memilih secara 'ala-carte' 3 cucuk, 5 cucuk atau 10 cucuk. Sate ini sesuai bagi semua golongan sama ada kanak-kanak atau dewasa.  

 

Untuk menghilangkan rasa pedas pula, air Keladi Semarang merupakan minuman pilihan terbaik. Rasa enak dan lemak Keladi Semarang ini meninggalkan pengalaman makan pedas yang indah buat sesiapa yang mencuba. Rasa air yang diberikan nafas berbeza ini sempurna untuk anda menghilangkan rasa pedas tanpa menghilangkan nikmat kepedasan itu. Air Keladi Semarang ini boleh dijadikan "add-on" di dalam mana-mana Set atau boleh didapati dalam bentuk "ala-carte". 

 

AYAM GEPUK PAK GEMBUS RAI RAKAN MEDIA 

Ayam Gepuk Pak Gembus turut mengadakan majlis berbuka puasa dengan kehadiran rakan media dan juga pempengaruh media sosial tempatan untuk mencuba sendiri produk yang baharu dilancarkan ini. Rakan media telah dijamu dengan Set A bersama dua cucuk Sate Ayam Crispy Jogja bersama air Keladi Semarang.  

 

Majlis ini bertempat di Ayam Gepuk Pak Gembus cawangan Pandan Indah pada 14 April 2023. Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua pemasaran Ayam Gepuk Pak Gembus, Encik Mohd Effandy Bin Saadon. 

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!