Kieslect Lady Calling Watch Lora Harga Mampu Milik Dengan Pelbagai Fungsi Untuk Wanita | Dah lama umi berkenan nak dapatkan smartwatch dengan pelbagai fungsi tapi bila tengok harga, alahai tak sanggup sebab harga rata-rata smartwatch di pasaran tu harga yang mampu tengok jer. Bukan sekadar nak ikut peredaran dan keperluan tapi harga yang mampu milik pun kena diambil peduli.
Memang ada smartwatch yang harga murah tapi tak pulak menepati seperti keinginan. Haa, jenuh kan bila impian tu besar, tetapi memang umi perlukan smartwatch bukan sekadar sebagai jam tangan tapi meliputi banyak perkara selain melihat waktu dalam memudahkan urusan seharian tapi dalam masa yang sama yang boleh bantu dalam kesihatan.
Tak sangka, bila kat timeline ternampak pulak smartwatch jenama Kieslect, bukan sekali dua tapi kerap sungguh. Macam tahu jer keinginan umi kan. Jadinya, umi pun ambil kesempatan menghadiri pelancaran jenama ni yang bertempat di Bukit Jalil baru-baru ini.
SMARTWATCH KIESLECT BUKAN JENAMA BARU
Pengeluar smartwatch Kieslect ditubuhkan pada 2017, dan telah membekalkan smartwatch ke 5000 retail outlet di lebih kurang 60 buah negara. Syarikat ini juga mempunyai lebih kurang 600 orang pekerja di seluruh dunia.
Syarikat ini juga telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa antaranya Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.
Pihak Kieslect amat memahami kehendak pasaran yang inginkan teknologi dengan gabungan fesyen, maka terhasillah smartwatch antranya Kieslect Lady Calling Watch LORA.
Kieslect Lady Calling Watch Lora
Tahu tak Kieslect Lady Calling Watch Lora ni menampilkan 3 warna lembut menawan dan menarik iaitu Purple, Pink dan Yellow dan tali jam ini menggunakan Quick Release Magnetic Strap. Serius tau tali bermagnet ni kuat jadi tak perlu risau terlucut.
Dalam setiap kotak smartwatch ini terdapat seutas jam mengikut pilihan warna (Purple, Pink atau Yellow) dengan tali bermagnet dan pengecas type C dan ada satu tali jam tambahan yang bling bling yang boleh disesuaikan dengan gaya. Jadi boleh la tukar tali bila dah jemu dengan magnetic strap ni.
Ada 5 muka jam yang boleh ditukar mengikut kesukaan samada analog atau digital pun boleh dan terdapat 3 tema yang boleh ditukar ikut apa yang kita suka.
Fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora
Setiap unit smartwatch ni mempunyai 3D Full View Colorful Display, yang membolehkan kita melihat dengan lebih jelas walau dalam keadaan gelap. Ianya seakan kanta pembesar yang membolehkan kita melihat dengan font yang besar dan jelas.
Memang bijak smartwatch ni yang membolehkan kita ambil tahu tahap SPO2, Heart Rate, Sleeping Monitoring, malah jumlah pergerakan kita dalam kilometer serta bilangan kalori. Cukup menarik bukan!
Dah namanya Lady Watch, jam ini mempunyai fungsi Female Menstrual Reminder yang boleh rekodkan kitaran haid setiap bulan walau kita lupa.
Sarung aluminium tanpa pudar, ditambah dengan bekas aluminium tanpa pudar yang memberi gaya. dan penampilan dalam pakaian formal dan casual si pemakai.
Guna AI Voice Assistant yang akan membantu membuat panggilan, sama seperti memberi arahan kepada SIRI atau Google Voice sewaktu kita memandu.
Bila bosan, anda boleh bermain dengan built in games yang tersedia dalam smartphone ini dan layan muzik kesukaan dengan Hif Hefnition hanya di pergelangan tangan yang sangat bagus sambungannya melalui Bluetooth 5.2 berbanding jamtangan Huawei GT. Muziknya sangat jelas sama seperti bila kita menjawab panggilan telefon hanya dari smartwatch Kieslect Lady Calling Watch Lora, tanpa ada ganguan dan sangat terang.
70 mod sukan, Kieslect Lady Calling Watch Lora menawarkan pilihan untuk wanita termasuk bilangan kalori dan setiap langkah yang dilakukan oleh si pemakai antaranya
Badminton | Running | Yoga | Running | Gymnastic | Cycling | Steps Count | Skipping | Sit-Ups | Dancing | Strength-Training
Secara ringkas dibawah ini adalah fungsi yang terdapat dalam smartwatch ini.
Stopwatch | Timer | Find Phone | Flashlight | Calculator | Camera | Built-In Games | Customizable Watch Faces | IP8 Waterprood | Password Protection | Quick Message Reply | SOS |
Kieslect Lady Calling Watch Lora Teman Baru Dalam Semua Situasi
Kieslect Lady Calling Watch Lora ni dah jadi teman baru yang sentiasa ada pada saya, melekap cantik di pergelangan tangan dalam semua situasi baik untuk bersantai, berlibur, melakukan aktivit kesihatan, membeli belah dan juga waktu melakukan kerja rumah.
Pengunaan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini membantu saya mengambil peduli tahap oksigen dalam badan, kadar degupan jantung, menerima dan membuat panggilan dengan menggunakan arahan sewaktu memandu di waktu kecemasan dengan mudah, memberitahu bilangan kalori dan banyak lagi.
Secara jujurnya Kieslect Lady Calling Watch Lora ni bukan sekadar untuk kegiatan sukan tapi berfungsi untuk menerima dan membuat panggilan dengan kestabilan smbungan Bluetooth 5.2 yang kuat berbanding jenama jam lain. Lebih menarik speaker dan microphone untuk membuat panggilan ini sangat terang dan tak tersangkut-sangkut dan boleh membuat dialing menggunakan jam tangan ini!
Bab bateri memang tak jadi masalah sebab saya hanya caj jam ini selepas 2 ke 3 hari memandangkan saya menggunakannya setiap hari dan waktu membasuh pinggan kalau terlupa nak buka pun tak jadi masalah sebab jam ni adalah water proof dengan tahap IP68, cuma tak boleh la dipakai untuk berenang, surfing atau mandi ya.
Jadi kalau anda nak jam tangan yang sehebat ini, tak perlu tengok yang lain, Kieslect Lady Calling Watch Lora adalah disyorkan kerana harganya yang berpatutan dan punya fungsi dan kelebihan yang sehebat jenama terkenal.
Selain Kieslect Lady Calling Watch Lora, terdapat juga jam pintar lain dalam siri Fashion Smartwatch yang dikeluarkan oleh Kieslect
Kieslect Calling Watch Ks
Kieslect Calling Watch Ks sesuai untuk mereka yang, didatangkan dengan 1.78" Ultra Amoled Display 368* 448 Pixel yang memberikan resolusi lebih jelas, bertukar lebih smooth dan dengan penjimatan tenaga.
Menariknya jam ini akan memberi amaran sekiranya kita mempunyai kadar denyutan jantung yang abnormal dan terdapat 100 mod sukan dalam jam ini.
Jadi, mungkin anda boleh hadiahkan jam ini pada suami tersayang!
WARANTI
Setiap unit jam Kieslect ini didatangkan dengan waranti selama satu tahun yang mana pelanggan boleh menukar jam yang rosak dengan baru tetapi penukaran ini tidak tertakluk pada aksesori dan human error.
Kesemua produk Kieslect mempunyai sijil E, RoHS, FCC dan UKCA yang diperakui di seluruh dunia!
Pasti ramai dah jatuh hati dengan jam ni kan, jadi jomlah grab smartwatch Kieslect hari ni. Pembelian boleh dibuat di Kieslect Official Selling Platform Shopee.
Berita baik! Jom dapatkan diskaun dengan vocher tapi terhad tau!
Kieslect Lady Calling Watch Lora Bonus diskaun RM5 voucher: KIESLORA
Kieslect Calling Watch Ks Bonus diskaun RM10 voucher: KIESKS
Ikuti Kieslect untuk maklumat lanjut dengan mengikut media sosial Kieslect seperti berikut :
Bagi yang berminat untuk dapatkan Kieslect Lady Calling Watch Lora ini. boleh beli di Kieslect Official Selling Platform Shopee
Untuk mklumat lanjut, jangan lupa follow media sosial Kieslect :
FACEBOOK | INSTAGRAM | TWITTER | TIKTOK | LEMON8
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!