Satu lagi sebab kenaikan harga itu adalah kerana rendang tradisional melibatkan kemahiran dan masa yang lama untuk dimasak, khasnya ketika menyediakan campuran rempah dan kerisik. Apabila ramuan telah tersedia di atas dapur, proses memasak adalah lama dan perlu sentiasa di kacau sehingga pekat.
Jangan risau. Anda juga boleh menyediakan rendang tradisional seperti yang dimasak oleh nenek di kampung, malah pada tempoh yang lebih pendek dengan Pek Permulaan Rendang Raya Ayam Brand™. Dijamin sedap kerana hanya perlu tambahkan protein pilihan anda sambil menjimatkan wang.
Pek Permulaan Rendang Raya Ayam Brand™ terdiri daripada Pes Rendang Ayam Brand™, Kerisik Kelapa Ayam Brand™ dan Santan Kelapa Ayam Brand™ yang sebaik ramuan segar. Segalanya lengkap. Anda hanya perlukan ayam, daging, makanan laut atau daging berasaskan tumbuhan untuk menyediakan rendang asli yang lazat di rumah.
Sediakan hidangan rendang anda hanya 3 langkah:
Langkah 1:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan Pes Rendang Ayam Brand™ dan tumis sehingga nak bau.
Langkah 2:
Tambahkan 500g ayam/daging/makanan laut dan kacau sehingga ia separa masak sebelum dimasukkan 120ml Santan Kelapa Ayam Brand™. Kacau sehingga rata dan sehingga daging dimasak sempurna.
Langkah 3:
Tambahkan satu pek Kerisik Kelapa Ayam Brand™ 40g untuk memekatkan dan menambah tekstur hidangan. Kacau sehingga ayam/daging/makanan laut sebati dengan kerisik yang telah digaringkan. Pastikan anda mengacau sekali-sekala sehingga naik minyak. Inilah satu petanda rendang anda telah masak.
Tahap tahan pedas orang Nogori adalah luar biasa bagi Rendang Minang yang merupakan hidangan istimewa Negeri Sembilan. Jika anda suka pedas, tambahkan cili padi yang telah ditumbuk dan lada hitam ke dalam masakan pada Langkah 1 dan teruskan dengan langkah-langkah seterusnya. Rendang Minang merupakan satu hidangan yang pedas tetapi amat lazat!
Rendang Johor
Adalah mudah untuk menikmati keenakan rendang Johor. Sediakan resipi rendang asas, kemudian, tambah daun kunyit dan limau purut sebelum memasukkan Kerisik Kelapa Ayam Brand™ ke dalam hidangan.
Rendang Hijau
Tambahkan cili hijau yang telah dikisar atau ditumbuk ke dalam Pes Rendang Ayam Brand™ dan tumis sehingga naik bau. Langkah ini akan mengambil masa yang lebih lama kerana anda mahukan rasa bercampur sebati sebelum memasukkan protein pilihan.
Manfaatkan idea-idea ini bagi membolehkan anda menyesuaikan Pek Permulaan Rendang Raya Ayam Brand™ mengikut cita rasa anda.
Bersedia untuk menambah hidangan dan keenakan hidangan tradisi dalam kemahiran memasak anda? Cubalah pes mudah, ringkas dengan kelazatan resipi tradisi daripada Ayam Brand™ termasuk Pes Rendang Ayam Brand™, Pes Kari Ayam Brand™, Pes Sambal Tumis Ayam Brand™ dan Pes Asam Pedas Ayam Brand™.
Setiap pek 180g dijual pada harga RM5, sementara Kerisik Kelapa Ayam Brand™ dijual pada harga RM1.20 untuk pek 40g dan RM2.60 untuk pek 100g. Kelazatan terjamin dalam masa singkat.
Adakah anda mempunyai resipi Raya yang menarik? Sertai peraduan Ayam Brand™ Bok Bok Raya Tuang, Masak & Menang.
Kategori A: Sediakan resipi berbuka puasa anda menggunakan Pes Masakan Ayam Brand™ atau Santan Kelapa Ayam Brand™ bersama dengan mana-mana produk Ayam Brand™ yang lain. Kategori B: Tunjukkan resipi Kuih Raya anda menggunakan Santan Kelapa Ayam Brand™ termasuk mana-mana produk Ayam Brand™ yang lain. Muat naik gambar atau video resipi (maksimum 30 saat) ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #30ResipiBokBok dan #BokBokRaya dan tag @AyamBrandMy di Instagram atau @AyamBrandMalaysia di Facebook.
Anda berpeluang untuk memenangi hadiah berjumlah lebih daripada RM25,000 termasuk dua hadiah utama Dyson Cyclone V10 Fluffy Vacuum Cleaners, enam unit Samsung 35L Convection Microwave Ovens with HotBlast, enam hadiah wang tunai Duit Raya sebanyak RM500 seorang dan 50 hadiah mingguan berupa Shopee baucar tunai RM100!
Layari pautan https://www.instagram.com/ayambrandmy/ untuk mendapatkan butiran lanjut. Produk-produk Ayam Brand™ boleh didapati secara meluas dari rangkaian pasar raya dan pasar raya besar Aeon, Aeon Big, Giant, Cold Storage, Jaya Grocer, Hero (terpilih sahaja), Mydin, Econsave, Matahari atau layari laman rasmi Ayam Brand™ di Shopee dan Lazada.
Mengenai Ayam Brand™
Ayam Brand™, adalah satu jenama terkemuka di Malaysia dan Asia selama lebih 131 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal. Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Piliham FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2021 oleh Kantar Worldpanel.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™, sila layari www.ayambrand.com.my atau sertai https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!