Cerita Raya Kami, Pagi Di Bandar, Malam Di Kampung | Hari ni dah msuk 20 Syawal, tapi baru umi sempat nak menitip cerita raya kami. Syawal yang sama banyak dinanti dan sama banyak tak ingin Ramadan pergi. Semakin usia meningkat ni, semakin rasa payah nak lepaskan Ramadan pergi setiap tahun sejak Allahyarham abah dijemput Illahi.
Entah dimana hilang rasa teruja raya tapi persiapan raya tetap dilakukan dari shopping pakaian raya hingga kelengkapan rumah yang seadanya. Sebenarnya bab mengemas, beli langsir tu hasil kerja anak-anak gadis dan DH juga.
Buat pertama kalinya pada bulan Ramadan kali ini, umi langsung tak buat kuih untuk juadah berbuka seperti kuih lopes, kuih lepat liat, buah melaka seperti tahun-tahun lalu kecuali Nasi Ulam. Entah mana hilangnya rasa nak buat semua tu, walau tu semua kuih kesukaan DH terutama di bulan Ramadan
TARIKH RAYA JADI TANDATANYA
Berbalik tarikh hari raya yang jadi tanya tanya, terungkai bila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan yang raya jatuh pada hari Sabtu, 22 Mei. Lega!. Rsanya ramai yang lega walau ramai dah bersiap lebih awal andai raya jatuh pada hari Jumaat. Umi pun dah ke pasar beli santan subuh Rabu, beli daging tempatan segar pun hari Rabu.
1 SYAWAL 1444H | SABTU
Seperti kebiasaan, pagi raya umi dan DH dah bangun pagi untuk mandi sunat Aidil Fitri, solat Subuh berjemaah seperti hari-hari biasa dan umi terus ke dapur siapkan sarapan untuk habibi sebelum dia ke masjid untuk solat sunat Aidil Fitri.
Selesai makan, DH dan 3 hero pun berangkat ke masjid, sementara the girls bersiap berpakaian dan bersolek sementara tunggu DH balik dari masjid untuk sesi mohon kemaafan seperti tahun-tahun. Sesi ni yang paling indah, manis dan penuh drama.
Dalam DH ke masjid dengan 2 hero yang lain, umi dah siap-siap hidangkan kat atas meja dan the girls pun dah siap bersiap dengan pakaian baru
Lepas sesi berraya sesama anak beranak, kami gerak ke rumah bonda, beraya dengan bonda dan sempatlah juga jumpa famili adik yang sampai awal. Memang kami tak tunggu lama sebab nak gerak balik ke Kedah memandangkan umi ni bukan boleh cuti lama sebab rutin jaga bonda.
Dah banyak tahun kami balik tak cukup korum, kekadang salah seorang hero akan ikut tapi lazimnya hanya berenam. Ayong tak ikut sebab standby kalau perlu bantu Tok Mak (bonda) dan Angah pula akan naik kerja hari Selasa. Lagipun diaorang pun dah besar, boleh tolong tengokkan kucing-kucing kat rumah.
Gitulah putaran hidup bila anak-anak dah besar dan kalau ada yang dah berkeluarga. mereka pun akan sibuk dengan keluarga sendiri atau balik kampung sebelah suami atau isteri. Maka nanti tinggalah umi dah DH, menanti anak cucu macam kawan-kawan yang lain.
Sejak kedua orang tua DH dah tiada ni, kami memang tak rush la balik kampung, drive pun macam makan angin walau laju jugak sebab nak sampai seawal yang mungkin dan rehat.
Kami stop kat R&R Sg Perak arah Utara dengan perut lapar sebab cuma kan ketupat palas dengan gulai daging jer kan. DH cakap kenapa tak bawa sekali, ehhh...
Next time kalau singgah sini, memang akan cari mee kari kat gerai Cha Noodles ni, no bad dan tidak sejuk gedi macam sesetengah gerai yang makanan yang kita beli tu sejuk
Perjalanan kami so far ok, tak sesak sangat sebab ramai dah balik awal tapi ada je kemalangan jalan raya yang berlaku yang buatkan highway perlahan tapi bergerak.
Akhirnya kami sampai Kerpan lebih kurang jam 8 malam, adik DH dah lama sampai dan dah siapkan dinner untuk makan bersama. Perut dah lapar, dapat nasi dengan sambal belacan ulam timun serta ayam kicap pun dah sedap. DH pula pulun makan bertambah sebab ada udang ketak atau udang lipan yang direbus. Heeee memang umi tak makan la udang ni sebab tengok yang hidup tu memang nampak macam lipan dan lipas pun ada. Tapi the girls suka sebab manis dan sebab udang ni fresh jadi isinya manis
2 SYAWAL 1444H | AHAD
Selepas subuh, terus umi dah DH ke pekan Kerpan yang terletak kat jalan besar. Kalau jalan kaki dalam 10 minit dah sampai tapi kami naik motor sambil menikmati udara pagi dengan pemandangan cantik
Kami keluar beli breakfast sebab anak-anak nak makan nasi lemak kuning. Raya kedua dah ramai yang meniaga pulak tu. Perut kena isi sebab nak kunjung mengunjung ke rumah saudara mara bukan nak duduk lama-lama kan dan yang pasti nanti kembung dengan air.
Lepas perut kenyang, kami singgah di rumah kakak sepupu DH, yang jarangnya beberapa langkah. Singgah tak lama sebab janji petang nak singgah lagi sebab dia buat laksa. Mana boleh nak tolak kan.
Raya kali ni kami buat rombongan berskala besar sikit sebab ada 3 ketua keluarga yang join sekali. Memang jalan sakan kami memula ke Pida Dua, Teluk Mengkula dan secara keseluruhan, kami singgah ke lebih 12 buah rumah!
Balik dari beraya tu kami singgah balik ke rumah kakak sepupu sebab nak makan laksa, lepas makan laksa, singgah pula ke 4 buah rumah sepupu yang jaraknya dalam beberapa langkah dari rumah pusaka.
Kalau rumah Azhar Sulaiman tu dikelilingi dengan adik beradik dan ipar, sama la juga dengan kampung DH ni, Kampung DH ni dah macam pulau yang ada dikelilingi dengan sawah yang luas, asalnya ada 6 buah rumah dan terkini ada tambahan 3 buah rumah lagi. Kesemua rumah-rumah ni semuanya adalah rumah sepupu dan anak-anak sepupu DH. Meriah!
Fuhh penat dah cerita raya kami, ok next umi sambung kisah raya ketiga kat entri yang lain.
Macam mana cerita raya adinda dan kekanda semua?
2 Comments
Sakan raya kak yeee
ReplyDeletePutaran hidup yea umi.. Sha pun lepas Mak Ayah tak ada banyak dah berubah.. tapi sebagai kak long.. cubalah juga menjaga adik2.. pak cik2 yang masih ada di kampung..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!