Apa Itu Pepijat
Aduhh, pepijat rupanya yang menganggu tidur hingga hilang keselesaan. Sempat juga tangkap seekor dan picit, mak aihhh punyalah busuk baunya dan ada darah. Pepijat ni adalah serangga kecil yang mana makanan utamanya adalah darah dan pepijat ni bersifat nokturnal, membuatkan mereka sangat aktif pada waktu malam.
Sekiranya anda mengalami situasi gatal-gatal waktu tidur malam, mungkin bilik atau rumah anda telah dihuni oleh pepijat. Jangan bakar tilam atau buang perabut yang dihuni pepijat tapi ikuti solusi mudah untuk menghapuskan makhluk penghisap darah dari terus membiak.
Gigitan pijat ni bukan saja menyebabkan ketidakselesaan hingga menggangu tidur anda tapi menyebabkan anda takut nak tidur, jadi berikhtiarlah dan cari cara untuk menghapuskan pepijat dari rumah anda dengan segera.
Sewaktu umi mencari solusi dan kesan gigitan pijat, tak sangka ada kes dimana mereka yang digigit pijat mengalami alahan teruk antaranya demam, kesukaran bernafas dan degupan jantung tidak stabil hingga menyebabkan rawatan lanjut
Pepijat atau pijat, juga dikenali sebagai bed bug adalah serangga halus yang hidup dengan menghisap darah setiap lima ke 10 hari. Ianya boleh hidup selama setahun tanpa makanan. Pepijat betina pula boleh bertelur sebanyak 500 biji sekali.
Pepijat ni tak sama macam kutu, bentuk pepijat ni bujur manakala kutu berbentuk kurus dan panjang walau keduanya bersifat menghisap darah. Pepijat ni lazimnya dijumpai di celah katil, tilam dan sofa serta kerusi kayu, manakala kutu hanya berada di celah bulu haiwan peliharaan.
Sifat Pepijat
Pepijat ni sejenis makhluk yang mudah berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan senang merebak. Antara sebab adanya pepijat di rumah dan membiak dengan mudah kerana beberapa perkara :
1. Perabut terpakai yang dibeli berkemungkinan telah dihuni pepijat dewasa dan bertelur hingga terjadi pembiakakan.
2. Katil terpakai yang telah menjadi tempat pembiakan pepijat atau tilam baru yang kerapkali basah akibat kencing akan mengundang pembiakan pijat.
3. Pepijat akan mudah berhijrah apabila anda menginap di hotel yang sudah dijangkiti pepijat dan pepijat akan menumpang di celahan lipatan beg anda. Saiz pepijat ni kecil dan sangat laju untuk kita perasan dan sukar dikesan dengan mata kasar dengan mudah
4. Kemungkinan besar pepijat akan berhijrah apabila ada anak yang bersekolah asrama yang telah dijangkiti pepijat dan kemudian ianya berhijrah ke rumah anda.
Banyak lagi cara lain pepijat dapat berhijrah antaranya beg yang dijangkiti pepijat dibawa dan bersentuhan dengan beg orang lain mahupun di kawasan awam atau dalam pengangkutan awam.
Kesan Gigitan Pepijat
Apabila anda digigit pepijat, akan rasa gatal-gatal dan kelihatan bekas gigitan dengan bengkak kecil berwarna merah. Kalau anda sempat menangkap pepijat, segera picit dan darah akan keluar dari hasil picitan dengan bau pepijat yang busuk.
Agak payah nak tangkap sebab pijat ni sangat laju bergerak dan kadang kala tidak dapat dikenal pasti kerana saiz pijat yang masih anak ni sangat halus
Cara Merawat Gigitan Pepijat
Bagi anda yang punya alahan kulit, sewajarnya cuba beberapa cara dibawah untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk pada kulit anda antaranya:
a. cecair kumur mulut
Bahan ethanol di dalam cecair kumur mulut boleh bertindak sebagai bahan antiseptik dan bahan berakool ini dapat mengelakkan jangkitan yang lebih teruk.
b. kulit pisang
Kulit pisang mengandungi bahan bio-aktif seperti carotenoids dan polyphenols yang memberi kesan baik bagi merawat kesan gigitan pepijat.
c. Serbuk garam
Gunakan serbuk garam pada bahagian gigitan pijat yang dapat mengurangkan dan menghilangkan kesan gatal.
Baca Juga : Kalau sakit gigi, jom cari ubat sakit gigi
Periksa Kawasan Pembiakan Pepijat
Antara perkara yang perlu dilakukan adalah dengan memeriksa katil, tilam, bilik dan sofa anda di ruang tamu untuk kesan tinggalan pijat seperti telur dan tompokan darah serta warna seakan karat pada tilam, cadar, bantal mahupun dinding. Telur pijat juga terdapat pada dinding dan boleh dilihat menggunakan kanta pembesar.
Pepijat sangat aktif di waktu malam dan di kawasan yang gelap, jadi sekiranya anda digigit pijat, guna lampu suluh bukan memasang lampu kerana pijat sangat cepat bergerak hilang dari pandangan.
Pastikan anda membuat pemeriksaan menyeluruh di seluruh bahagian bilik dan kawasan yang berpotensi bagi memastikan anda dapat menghapuskan pepijat dan masalah pijat ini tidak berulang kembali
Darah kita adalah sumber makanan pijat, jadi pastikan anda membuat pemeriksaan sepenuhnya di celah kusyen, sofa dan perabut kayu kerana warna pijat seakan perabut kayu dan saiznya yang halus dan nipis dapat bersembunyi di celahan perabut hingga terhindar dari pandangan mata kita.
Cara Kesan Kewujudan Pepijat
- Tompokan darah pada bantal atau cadar di tempat tidur.
- Kesan warna seolah-olah karat pada tilam, cadar dan juga dinding.
- Bau hapak.
- Tompokan najis, telur pepijat pada kawasan yang terjejas.
- Pepijat hidup yang kebiasaannya akan ditemui dalam kumpulan
Cara Hapuskan Pepijat Secara Semulajadi
Ada beberapa alternatif yang boleh dibuat sendiri antaranya :
A. Penyembur serai wangi
Semburan serai wangi antara cara semula jadi untuk menghilangkan pepijat. Ia tidak akan membunuh pepijat, tetapi baunya dikatakan tidak digemari oleh pepijat dan akan dihindari oleh serangga menghisap darah ini. Caranya, semburkan sahaja cecair serai wangi di kawasan yang terjejas.
B. Daun durian belanda
Ambil beberapa helai daun belanda dan letakkan dibawah tilam. Bau daun durian belanda ini dikatakan tidak digemari pepijat
C. Dettol
Campurkan cecair pencuci tangan jenama Dettol dengan air panas dan semburkan pada celahan kawasan dijangkiti seperti menggunakan semburan serai wangi. Produk Dettol ini dapat membunuh bakteria juga dapat membantu menghapuskan pepijat.
D. Soda bikarbonat
Ambil soda bikarbonat, masukkan ke dalam mangkuk. Dengan menggunakan berus, sapukan di kawasan yang terjejas. Biarkan selama seminggu untuk membunuh pepijat dan telurnya.
E. thinner atau peluntur cat
Masukkan ke dalam bekas spray dan sembur pada kawasan yang dibiak pepijat.
F. Haba
Basuh fabrik seperti cadar, selimut dan sarung bantal dengan menggunakan mesin basuh pada suhu 60 darjah celsius untuk menghapuskan pepijat. Ini adalah cara berkesan menghilangkan pepijat katil yang sering bersarang di fabrik
Jangan campur fabrik yang dengan terjejas dengan pepijat dengan fabrik yang lain bagi mengelakkan pepijat merebak.
Kalau dapat menjemur tilam atau perabut di bawah cahaya matahari, pun satu usaha yang bagus.
G. Vakum
- Proses vakum dapat menghapuskan pepijat dengan menggunakan sedutan vakum pada tahap maksima yang menyedut pepijat hingga tiada yang tertinggal.
- Selain vakum, anda boleh menggunakan pengewap pakaian, digunakan pada permukaan selepas memvakum bagi mematikan dan menghapuskan telur dan pepijat yang mungkin masih ada.
- Buang beg pembersih hampagas segera selepas memvakum dan pastikan sampah dan pepijat yang disedut dibuang ke dalam plastik dan diikat dengan kemas bagi memastikan tiada yang terlepas.
- Jika boleh, gantikan penapis pada vakum dengan penapis baharu. Vakum pula boleh dicuci dengan tuala lembap yang direndam dalam air sabun bagi memastikan risiko minima bagi sebarang pepijat untuk tertinggal.
Usaha menghapuskan pepijat ni perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan pepijat tidak menghantui tidur malam dan tidak membiak kembali.
Sekiranya semua penghapusan semulajadi yang anda buat tidak mendatangkan hasil, mungkin anda perlukan khidmat professional supaya pijat dapat dihapuskan dari ianya menjadi terlampau teruk.
Selain dari pepijat, pasti kita perlu cari solusi untuk hapuskan lipas dan cicak yang cukup menggangu ketenangan dan boleh buat kita stress.
Selamat mencuba
Nota:
Sekiranya kesan gigitan pepijat menjadi bertambah buruk, sila dapatkan nasihat doktor atau pakar pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.
1 Comments
thanks for sharing ummi, memang sengsara kalau hidup dengan pijat ni, adoiyai...
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!