Hatyai, Pakej Cuti Sakan 4 Hari Bersama Kopetro Travel & Tours

Hatyai, destinasi yang cukup dekat di hati ramai rakyat Malaysia, yang suka shopping dan sering disebut sebagai lokasi makan sedap dan murah.  Lagipun untuk ke Hatyai tak perlu naik flight, boleh naik keretapi, kereta sendiri atau naik bas persiaran dengan perjalan lebih kurang 8 jam pun boleh sampai ke Hatyai.  



    Alhamdulillah, baru-baru ini umi berkesempatan bercuti ke Hatyai-Songkla dan merasai apa yang diperkatakan mereka yang bukan sekali dua ke Hatyai tapi lebih dari itu sebab boleh shopping dengan harga lebih murah.

    Hatyai


    Memang rasa kaya bila buat tukaran wang sebelum ke Hatyai, mana taknya dengan RM264 bersamaan 2000 baht, ribu tau bukan ratus. Walau dulu nilai Ringgit Malaysia lebih tinggi tapi tetap rasa kaya sebab barangan di Thailand lebih murah kalau ditukar nilai harga barangannya 


    Persediaan sebelum bercuti ke luar negara

    • Pasport Malaysia - pastikan pasport anda sah tidak kurang dari 6 bulan sebelum tamat tempoh
    • Kad Pengenalan
    • Tukaran matawang - boleh buat tukaran wang di negara yang kita lawati atau menggunakan debit card atau kredit kad tapi risau caj yang tinggi.
    • Plug point universal
    • Sim card Thailand - lebih jimat

    Itinerari 4 Hari 2 Malam Hatyai 


    Hari Pertama | 9 Jun 2023 : 

    • Malam : Bertolak dari Kuala Lumpur ke Hatyai


    Hari Kedua | 10 Jun 2023 :

    • Solat Subuh di Masjid Tengku Sharafuddin Badlishah, Kuala Nerang
    • Sarapan 
    • Tiba di CTC Durian Burung
    • Urusan imigresen di sempadan Malaysia - Thailand
    • Lawatan ke Rosecarre, kedai tudung
    • Makan Tengahari di Rushdee Boat Noodle
    • Shopping di Kedai Gajus
    • Shopping di Nora Plaza
    • Daftar masuk ke Hotel River Grand 
    • Tour ke Lee Garden 


    Hari Ketiga | 11 Jun 2023 : 

    • Sarapan di hotel
    • Lawatan ke Chang Puak Camp
    • Singgah photoshot di The Central Mosque Songkhla
    • Lawatan ke SeaVerse
    • Makan Tengahari di Restoran Islam Pai Daeng
    • City tour Songkla dengan Singora Tram Tour
    • Tour ke Asean Night Market


    Hari Keempat | 12 Jun 2023 : 

    • Sarapan dan daftar keluar
    • Lawatan ke Big Bee Garden
    • Singgah di Danok untuk shopping
    • Bertolak kembali ke Malaysia



    Trip Kembara KL-Hatyai-Songkhla-Danok-KL

    Hari 1 |  9 Jun 2023

    Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 9.30 malam, berhenti rehat di  R&R Tapah, Perak dan Gurun sebelum meneruskan perjalanan dan tiba di Kuala Nerang jam 4.30 pagi. Kami kemudian singgah untuk membersihkan diri serta solat Subuh  di Masjid Tunku Sharafuddin, Kuala Nerang


    Hari 3 | 10 Jun 2023

    Jam 6.30 pagi, singgah sarapan di kedai makan berdekatan stesen bas Kuala Nerang sebelum meneruskan perjalanan ke CIC Durian Burung selepas diberikan white card untuk diserahkan kepada pihak Imigeresen.



    8.00 pagi : Tiba di Imigresen Durian Burung untuk proses cop pasport beserta kad pengenalan dan white card yang disediakan oleh pihak Kopetro Travel

    9.00 pagi : Tiba di Hatyai, Thailand dan kehadiran Tourist Guide Thailand yang fasih berbahasa Melayu dan mesra hingga kami memanggilnya mama. 


    Tarikan pertama di PTT Petrol Station Hatyai untuk kami regangkan otot tapi kami semua teruja bila nampak Cafe Amazon yang viral betul-betul terletak di sebelah. Jadi, memang wajib singgah dan ngopi dengan rasa bahagia. Kafe cantik yang instagramable ni memang wajib berposing untuk dijadikan kenangan.



    Niat nak ke 7-Eleven yang terletak bersebelahan Amazon Cafe ni ditahan dulu walau dah viral dengan air kopi murah dan anak umi pun dah pesan untuk belikan burger yang viral tu. Ni baru hari pertama, jadi kita relax jer dulu.



    Tarikan kedua, singgah ke Butik Rosecarree yang menjual tudung, pakaian wanita dan pakaian lelaki yang cantik serta pakaian dari songket yang sangat ekslusif. Selain dari itu, kedai ini juga menjual telekung, pelbagai aksesori, bag tangan dan butang baju. 


    Butik Rosecarree adalah kepunyaan usahawan Melayu di Hatyai yang masih muda dan sangat bekebolehan.



    Tarikan ketiga : Makan tengahari di Restoran Rusdee Boat Noodles yang sangat luas dan selesa. Pilihan makanan di sini pun banyak selain nasi goreng seafood, tapi anda wajib cuba boat noodle yang sedap. Boat Noodles kat Malaysia ini memang berasal dari street food Thailand. 


    Memang padu chicken and beef boat noodle yang umi pilih selain dapat merasa red ruby dan  dim sum yang dikongsi. Memang recommended sangat


    Kalau datang ke sini dengan famili pun selesa sebab kita boleh untuk duduk di dalam kedai atau gazebo tapi kalau nak ke sini memang kena buat tempahan, kalau tidak memang kena tunggu untuk ditempatkan.



    Tarikan keempat : Nora Plaza ni memang tumpuan peminat barangan kulit asli dari kulit buaya dan lain-lain jenis kulit. Memang berderet pelbagai saiz dan warna bag tangan, dompet dari pelbagi jenis kulit yang dijual disini. Selain itu, anda boleh membeli sabun untuk putihkan kulit, minyak angin, ubat sakit sendi dan pelbagai barangan lain seperti baju, seluar, topi dan banyak lagi kat sini. 


    Kalau nak beli cenderahati seperti t-shirt dan lain-lain pun ada kat sini. Jangan risau kalau tak cukup wang tunai sebab kad kredit atau kad debit boleh digunakan.


    Ada antara kami yang sempat singgah ke 7-Eleven yang berdekatan selepas selesai menjamu mata kat sini. Masing-masing pakat beli air susu pisang, bedak talkum yang hanya 3 THB jer




    Tarikan kelima : Hotel River Grand, daftar masuk hotel. Selesai shopping dan cuci mata di Nora Plaza, kami terus ke hotel untuk mandi, bertukar pakaian, solat jamak dan merehatkan badan sebelum ke lokasi seterusnya


    Tarikan keenam : Kami dihantar ke Khlong Hae Buffet Seafood HALAL Hatyai.

    Hidangan 'buffet all you can eat' ini menyajikan pelbagai jenis seafood seperti udang, ikan, siput pepahat, siput retak seribu, sotong, daging lada hitam, daging yang diperam, cendawan, nasi goreng, mee goreng dan banyak lagi yang membuat kita rambang mata. Tapi kena beringat makan tu supaya tidak membazir.



    Menariknya disini, disetiap meja akan diberikan dapur arang untuk membakar atau merebus seafood yang diambil


    Kedai makan ni sangat luas dan bila umi pandang kiri, kanan dan belakang, macam berada di Malaysia sebab rata-rata pengunjung di sini adalah pelancong dari Malaysia


    Tarikan ketujuh: Kami kembali naik bas dan dibawa ke Khlong Hae Floating Market. Menarik tempatnya dengan deretan peniaga yang duduk dan memasak atau menyediakan makanan diatas sampan. Kebanyakan peniaga tak perlu bangun dari tempat duduk tapi menghulurkan makanan dan menerima wang dari pemegang yang boleh sampai ke pembeli.



    Perut umi memang kenyang sangat walau teringin nak membeli tapi tak mampu nak terima makanan dah, jadinya umi cuma beli air kelapa yang diletakkan di dalam buluh.


    Tarikan kelapan : Lee Garden Night Market yang cukup terkenal menjadi destinasi akhir untuk hari pertama di Hatyai.



    Memang kami dah rancang nak cari kedai urut, antara yang sering dilakukan oleh tourist ke Hatyai sebab harganya murah dan  kami memang banyak berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi lain membuatkan kami kami dah lenguh, seluruh badan pun lenguh juga.


    Memang banyak kedai mengurut kat Lee Garden yang tak ubah macam Petaling Street ni. Para tukang urut duduk bersidai menanti pelanggan sambil menjemput orang yang lalu lalang untuk menggunakan perkhidmatan mereka.


    Harga yang dipamerkan 200 THB (RM26) untuk 1 jam urutan biasa dan 400 baht untuk urutan minyak. Masing-masing sepakat ambil 200 THB sebab tak perlu nak buka baju bagai.


    Rasa risau juga sebenarnya bila masuk ke kedai urut yang tak pernah dibuat selama ini selain cuak dengan tukang urut yang entah bagus, entahkan tidak atau lain pulak jadinya. Teruk betul fikiran kan. Alhamdulillah, sesi mengurut satu badan tu selesai dan not bad!


    Lepas mengurut, kami jalan-jalan cuci mata dan umi beli universal plug dengan harga 50 THB sebab plug yang umi bawa tu tak sesuai. Sebelum tu umi ke sebuah gerai yang jual plug dengan harga 200 THB, langsung tak bagi kurang walau umi minta 150 THB. Memang rezeki umi nak dapat lebih murah 50 THB jer tambahan pula ada kawan dapat dengan harga 40 THB.  Memang bukan rezeki dia sebab umi dapat beli dengan harga lebih murah di kedai telecomunikasi bukan tepi jalan.


    Seperti beritahu, bas yang menghantar tidak akan mengambil kami balik ke hotel sebab pihak travel agent memang sedia maklum, payahnya nak tunggu semua orang yang akan rambang mata bila masuk Lee Garden, jadi kami balik menaiki tuk tuk dengan harga 20 THB seorang. 


    Sebenarnya tak berapa jauh jarak Lee Garden ke hotel, hanya dalam 15 minit tapi penat berjalan sakan seharian manakan larat kami nak berjalan dan takut pulak tersesat dan perjalan 15 minit jadi lebih la pulak kan. Kalau baru pertama kali, usah pandai-pandai nak cuba melainkan kita berjalan dengan orang yang sudah mahir dan kenal selok belok sesuatu tempat.




    Kisah paling lawak bila kami berkongsi naik tuk-tuk dengan 9 orang dengan tuk-tuk saiz kecil bukan hanya kami yang bersempit duduk macam sardin tapi seorang sahabat yang duduk di sebelah pemandu pun cramp sebab dia tinggi. Nak buat macam mana, bila pemandu tuk-tuk tu kata kami semua muat dalam kenderaannya yang kami tau saiz kecil.


    Alhamdulillah, kami selamat sampai hotel walau bersempit dan jenuh ketawa sepanjang dalam perjalanan balik 


    Hari 3 | 11 Jun 2023 

    Tarikan ke 9  : Chang Puak Camp Hatyai, menjadi tarikan kerana di sini pengunjung boleh menaiki gajah yang menjadi simbol negara Thailand.



    Di sini, kita boleh menaiki gajah atau biarkan gajah mengangkat kita atau memberi makan kepada gajah dengan bayaran. Memang umi tak sampai hati nak menaiki gajah walau gajah-gajah disini memang jinak.


    Selain dari itu, terdapat aktiviti lain seperti bergambar dengan monyet, bergambar dengan buaya, menaiki ATV, memanah dan banyak tempat cantik untuk bergambar


    Tarikan ke 10 : Masjid Songkhla. Masjid Songkhla atau Central Mosque of Songkhla memang cantik dan terkenal sebab landskapnya seakan Taj Mahal bila diambil gambar dari kolam yang terletak di bahagian depan masjid.

    Di sinilah urusan perkahwinan orang yang selalu bernikah kat sempadan, mungkin Sol pun nikah kat sini jugak la kot. Sempat juga kami berposing depan masjid sebab nak masuk solat, masih belum waktunya.




    Tarikan ke 11 : SeaVerse Cafe & Restaurant Hatyai. Ada yuran sebanyak 30 THB (RM3.60) untuk kesini sebab ramai yang masuk untuk berswafoto dengan pemandangan yang cantik.




    Yes, lokasi mesti jengah sebab cantik dengan adanya jambatan gantung, chalet yang menempatkan barangan jualan, replika dua kuda laut dan kalau sampai sini memang kena santai dan minum di cafe SeaVerse cafe ni.


    Tarikan ke 12 : Makanan Islam Pae Dang , Thailand. Restoran yang terletak berhadapan laut Andaman yang terkenal dengan menu ikan siakap masak Kengsom. Kalau kat KL, umi masak ikan siakap masak kengsom lebih merah tapi sini menggunakan cili api sebab tu kuahnya cerah tapi perghhh mengancam pedas, masam cukup balance dan diletakkan rebung yang menambah kesedapannya. Antara lain menunya yang cukup umi suka, kan siakap yang digoreng istimewa dan ada krup krup yang rupanya adalah bawang putih. Memang lain dari yang lain dan sedap sangat. Ada telur dadar dan udang masam manis. Memang kenyang tambahan pula hujan pula turun, tu yang makan sampai tak ingat tu.


    Tarikan ke 13 : Selepas makan, kami cukup teruja bila dijemput naik tram betul-betul depan kedai makan. Unik sungguh tram bila dapat merasai pengalaman duduk dan menikmati pemandangan sewaktu Singora Tram Tour Old Songkhla City bermula.



    Tour dengan tram ini menggunakan khidmat Tourist Guide bandar yang menceritakan sejak Songkla dan perjalanan dengan tram ni pun cukup menarik umpama naik buggy yang panjang dengan penumpang lebih 20 orang. 


    Memang hebat pemandu tram yang dipanggil abang Yusuf ni ketika memandu di laluan sempit dengan kenderaan di parkir di kiri dan kanan jalan. Penduduk Songkla ni cukup peramah dan kita terasa macam berada di bandar Melaka pun ya juga.


    Cukup menarik kota lama Songkla ni bila kami dapat melihat bangunan lama beratus tahun, sekolah dengan beratus usianya dan melalui deretan perkampungan yang cukup peramah penduduk Islamnya. Memang cantik Songkla yang menghadap laut dengan pemandangan kapal yang berlabuh.


    Bukan sekadar menaiki tram dan mendengar penjelasan dari tourist guide tapi kami diberikan masa untuk berjalan kaki untuk masuk kedai kopi yang cantik, bergambar  sampai jenuh penuh memori handphone sebab port cantik belaka.


    Di sini terdapat bangunan yang dijadikan muzium menyimpan ratusan foto mendiang Raja Thailand dan ada bangunan yang memaparkan sejarah Songkla dan banyak bahagian yang boleh dijadikan port OOTD yang cukup cantik


    Tarikan ke 14 : Kami turun dari tram dan menikmati keindahan pantai di Samila Beach yang cukup terkenal dengan patung duyungnya. Dikatakan ikan duyung pernah muncul di Songkla dan ada yang mengatakan ikan duyung ini dibina untuk memperingati seorang puteri yang disumpah menjadi ikan kerana mencintai manusia biasa. 


    Jadi tidak dapat dipastikan kisah sebenarnya tapi kat sini memang beratur panjang nak bergambar dengan duyung seksi ni. Pantai Samila ni memang cantik bersih dan banyak aktiviti yang boleh dibuat seperti menaiki kuda dan pelbagai lagi.


    Di Samila Beach, kami singgah untuk solat jamak di Masjid dan atas permintaan, kami ke hotel kerana ada yang ingin menukar pakaian walau sepatutnya kami akan diturunkan di destinasi akhir.


    Tarikan ke 15 : ASEAN Night Bazaar , Thailand yang kalau dilihat seakan tarikan di Masjid India yang menjual pelbagai barangan pakaian, beg, barangan perhiasan, jajan dan banyak lagi di tingkat bawah. Bangunan 2 tingkat ni lebih kurang macam di Padang Besar yang turut menempatkan ruang makan yang cukup menarik. Semua jenis makanan Halal ada kat sini, dan harganya pula memang murah



    Banyak la juga yang memborong kat sini dan tak cukup dengan tu kami singgah balik ke Lee Garden untuk makan malam.


    Selesai makan, umi dan beberapa rakan lain layan diri di Lee Garden dan sempat juga umi cover untuk pasport sebab harganya murah, hanya 100 THB je. Memandangkan kami empat orang sebab dah berpecah dengan grup lain, kami decided untuk jalan kaki balik ke hotel yang cuma dalam 15 minit jer. Haa...habis hilang lemak selepas makan banyak kat Hatyai ni.


    12 Jun 2023 : Hatyai city tour - Danok

    Sarapan pagi hari terakhir di hotel dan kami check out untuk pulang ke Malaysia.

    Tarikan ke 16 : Kami singgah melawat ke Big Bee Garden yang menjual pelbagai jenis produk berasakan madu. Tiada yuran untuk ke sini dan kami dijamu dengan air madu percuma disamping diberikan penerangan mengenai madu asli dan produk berasakan madu yang terdapat dalam kedai.


    Hampir kesemua kami ni peminat madu yang diketahui sangat baik untuk kesihatan dan kat sini harganya murah berbanding kat Malaysia.


    Memang rambang mata sebab kat sini terdapat banyak produk kesihatan termasuk barangan kecantikan, makanan dan produk perubatan menggunakan madu di jual. 



    Selesai di Big Bee Garden, kami sambung perjalanan pulang dan singgah ke Danok dengan perjalanan lebih kurang 1 jam.


    Danok, daerah yang pernah umi masuk lebih 20 tahun dulu ni waktu anak buah DH bekerja di sempadan dan kami masuk untuk shopping beras dan menjadi tempat keluar masuk orang Kedah untuk shopping.


    Sampai kat sini, umi dan rakan-rakan yang lain menyinggah ke 7-Eleven untuk shopping dan perabihkan duit. Seronoknya shopping kat 7-Eleven sini, bahagian barangan HALAL ditempatkan di chiller yang berasingan dan harga masih murah seperti di Hatyai. Masing-masing memborong burger, kerepek, air susu pisang dan banyak lagi.



    Selesai membeli belah, umi sempat makan pulut ayam sedap di kedai makan yang berdekatan. Memang sedap dan pulut yang dimasak tu memang sedap sangat.


    Berakhir sudah cuti sakan kami di Thailand dan perjalanan diteruskan untuk pulang dengan melepasi Imigresen di sempadan dan keluar melalui Bukit Kayu Hitam berjalan dengan lancar. Alhamdulillah


    Sekali lagi kami singgah di R&R Gurun, Kedah untuk solat jamak, regangkan badan dan makan tengahhari/petang/malam, ehh sebenarnya makan petang sebab masih awal lagi untuk makan tengahhari di Danok.


    Alhamdulillah, kami sampai ke destinasi kami berangkat jam 10.30 malam dengan masing-masing sarat dengan barangan di tangan kiri dan kanan untuk dijamu kepada ahli keluarga. 


    Penat? tipulah tak penat tapi seronok!


    Memang memenatkan tapi menyeronokkan aktiviti cuti sakan kami selama 4 hari 2 malam di Hatyai-Songkla-Danok ni sebab padat tapi berbaloi dengan banyak tempat yang dilawati. Memang puas hati sangat sampai belum sampai Malaysia, masing-masing dah sibuk nak repeat.



    Ringkasan Lokasi Menarik Wajib Singgah 

    📌  Rosecarree - Kedai Kain Sutera Asli Thailand

    📌 Kedai Kacang Gajus Borong

    📌 NORA Plaza

    📌 Khlong Hae Steamboat HALAL di Songkhla

    📌 Klong Hae Floating Market

    📌 Lee Garden Night Market

    📌 Chang Puak Camp

    📌 Masjid Songkhla ala Taj Mahal

    📌 SeaVerse Cafe & Restaurant

    📌 Rusdee Boat Noodle Hatyai

    📌 Singora Tram Tour Old Songkhla City

    📌 Pantai Samila

    📌 ASEAN Night Market

    📌 Big Bee Garden

    📌 Jalan-jalan di Danok

    📌7 Eleven

    📌Amazon Cafe


    Penginapan - Hotel River Grand, Hatyai

    Hotel 3* yang terletak di tengah bandar Hatyai ini cukup strategik lokasinya kerana berdekatan dengan beberapa tempat tarikan antaranya Lee Garden,  Hatyai Clock Tower dan beberapa lokasi menarik yang boleh dikunjungi dengan menaiki tuk-tuk mahupun berjalan kaki.


    Bilik yang disediakan untuk kami merupakan bilik twin sharing yang selesa, bersih  dengan kemudahan seperti penghawa dingin, peti sejuk, televisyen, bilik air dengan heater dan toiletries, sarapan pagi secara buffet dan paling penting ada WIFI percuma.


    Menariknya ada beberapa pekerja di hotel ini boleh bertutur bahasa Melayu, jadi tak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang menginap di sini ketika kami menginap disini


    Kalau perlukan sterika, anda boleh minta dari room servis atau dapatkan di kaunter reception.


    Alamat : 65 Chontrara Rd, Tambon Hat Yai, Amphoe Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand


    Mengenai Kopetro Travel & Tours 

    Kopetro Travel & Tours, sebuah syarikat agensi pelancongan bumiputra berlesen dengan 30 tahun pengalaman dalam menguruskan pelancongan di dalam dan di luar negara. Mungkin ramai yang tidak tahu yang Kopetro Travel & Tours merupakan anak syarikat koperasi PETRONAS.


    Memang menarik pengalaman umi bercuti dengan Kopetro Travel & Tours ni kerana jadual perjalanan yang diatur dengan baik dan menepati masa dengan servis Tour Guide Thailand yang boleh bertutur bahasa Melayu, sangat berpengetahuan dan mesra.


    Pakej Cuti Sakan bersama Kopetro ini diatur dengan baik dari segi penginapan yang selesa, lawatan ke tempat-tempat menarik dan kedai makan HALAL tanpa keraguan.


    Memang tak pening kepala nak risau tentang bas pengangkutan yang bersih, selesa dan kami disajikan dengan muzik untuk halwa telinga dan kredit kepada pemandu yang sangat cekap dan arif dengan jalan di Hatyai. Nak tidur pun tak risau! Paling best, bas yang kami naiki dari Kuala Lumpur adalah bas yang sama digunakan untuk membawa kami masuk ke Thailand dan ke semua lokasi lawatan.


    Jadi, umi syorkan anda gunakan servis Kopetro Travel & Tours ini sekiranya anda merancang ke Hatyai bersama keluarga, kawan-kawan mahupun dengan ahli persatuan penduduk pun, pasti anda puas hati!



    Jom Cuti Sakan Ke Hatyai-Songkla


    Umi nak kongsi pakej Jom Cuti Sakan bersama Kopetro Travel & Tours yang sangat berbaloi dan dapat merasai pengalaman yang sama seperti umi dan rakan-rakan.



    • Harga RM359/seorang ex KL (Pengangkutan + Penginapan)
    • Harga  RM379/seorang ex Kertih (Pengangkutan + Penginapan)
    • RM659 (Pengangkutan + Penginapan+ Makan)


    Kalau anda berminat untuk merasai trip seperti umi ni boleh la buat tempahan pada tarikh berikut


    Tarikh Pelepasan:

    28 - 31 Julai 2023 (30 Jul - Ahad - Cuti Agong Pahang)

    30 Ogos - 2 Sep 2023 (31 Ogos - Khamis - Cuti Merdeka)

    27 - 30 Sep 2023 (28 Sep - Khamis - Cuti Maulid Nabi)

    27 - 30 Okt 2023 (Cuti Hujung Minggu)

    1- 4 Dis 2023 (Cuti Hujung)


    Jadi, jom rancang percutian anda dengan Kopetro Travel & Tours, anda pasti puashati!



    Hubungi Kopetro Travel & Tours 

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tarikh trip, promosi dan informasi, boleh hubungi:


    KOPETRO Travel & Tours

    Telefon: 0321641577 (waktu pejabat 8:00pagi – 6:00 petang)

    WhatsApp: wasap.my/60192577847


    Instagram: https://www.instagram.com/kopetrotravel/

    Facebook: https://www.facebook.com/kopetrotravel/

    TikTok: https://www.tiktok.com/@kopetro.travel?lang=en


    Post a Comment

    2 Comments

    1. Bestnya!
      Nanti boleh cuba travel dengan KOPETRO Travel pula.
      Tq for sharing!

      ReplyDelete
    2. Esok juga saya tempah....

      ReplyDelete

    Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!