Blog yang beliau namakan "Ini Adalah Bellarina Natasya" ini bermula sejak tahun 2016 dan Bella merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kimia dari UKM. Memang betul tanggapan guru Bella yang dia akan berjaya dalam bidang kewartawanan atau penulisan secara umum tapi dia tetap mengejar impian dalam bidang sains.
Selepas 5 tahun dalam industri, baru Bella sedar minatnya dalam penulisan apabila penulisan Bella mendapat maklum balas yang baik terutama tentang masakan dan haiwan peliharaan hingga blog www.bellajamal.com telah mencecah 13 juta tontonan. Memang suatu pencapaian yang hebat
Kenali Bella Jamal Empunya Blog Ini Adalah Bellarina Natasya |
Sebagai seorang yang suka memasak, Bella kerap berkongsi pelbagai resipi dalam blognya, dan artikel masakan yang menjadi carian Google antaranya Resepi Ayam Masak Sambal Hijau, Cara Memasak Maggi Kari Sedap dan, Resepi Masak Lodeh yang menarik ramai dan kalau nak resipi masakan, boleh dapatkan buku perkongsian resipi Bella bertajuk "20 Resipi Masakan Rumah Malaysia".
Kenali Bella Jamal Empunya Blog Ini Adalah Bellarina Natasya |
Selain suka memasak dan menulis, Bella ni peminat tegar penyanyi Taylor Swift, jadi boleh la anda geng dengan Bella sebab dia boleh hafal hampir kesemua lagu nyanyian penyanyi / penulis lirik idola ni malah quote “you have to work for everything you get and you have to appreciate every bit of success the world gives you” Taylor menjadi inspirasi buat Bella.
Menulis adalah kerja yang memerlukan tumpuan dan usaha yang tinggi, tetapi untuk dikenali sebagai seorang penulis lebih sukar bagi Bella. Dia terpaksa menukar masanya di sekitar kerjayanya dan minatnya untuk menulis hampir setiap masa. Berkali-kali dia membuktikan kepada dirinya sendiri bahawa dia boleh menangani tekanan. Kali pertama dia terlibat dalam blog, ia agak mendukacitakan untuk mempunyai orang di sekelilingnya yang tidak menggalakkan daripada menyokong, namun, kesabaran adalah kunci utama kejayaan. Kini dikelilingi oleh orang yang mendorongnya untuk sentiasa maju, banyak membantu dalam kerjanya.
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!