Apa Itu Solat Jamak
Solat jamak adalah solat dimana kita mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Contohnya, kita mengabungkan solat Zohor dengan Asar manakala solat Maghrib dengan solat Isya.
Kini. tiada alasan untuk meninggalkan solat kerana banyak perkongsian dan garis panduan mengenai solat Jamak dan Qasar buat mereka yang bermusafir walaupun dalam negara sendiri. Itulah kelebihan yang diberikan kepada mereka yang bermusafir, jadi kita tak perlu terburu-buru mengerjakan solat pada waktu solat.
Kalau balik kampung di Kedah, memang umi akan buat solat Jamak di hentian R&R dan paling jauh umi mengerjakan Solat Jamak sewaktu berkunjung ke Hatyai baru-baru ini.
Solat Jamak : Jamak Takdim dan Jamak Takhir
- JAMAK TAKDIM, solat yang menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama iaitu Zohor dan Maghrib
- JAMAK TAKHIR, solat yang menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua iaitu Asar dan Isya.
Jarak Perjalanan Bagi Solat Jamak & Qasar
- Perjalanan yang jaraknya 81 km dan lebih
- Perjalanan yang tentu tujuannya
- Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat.
- Perjalanan BUKAN untuk berniaga arak, mengamal riba atau menyamun.
Makna Solat Qasar
Solat Qasar bererti memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat seperti solat Zohor, Asar dan Isya.
Syarat-Syarat Solat Jamak Dan Qasar
Solat fardhu yang diqasarkan wajib ke atas seseorang yang bermusafir dan mengerjakannya sewaktu sedang bermusafir dengan perjalanannya melepasi sempadan kariah. Antara lain, seseorang musafir itu tidak berniat menetap selama 4 hari atau lebih di tempat yang dituju (tidak termasuk hari datang dan pulang). Musafir tersebut juga tidak boleh mengikuti iman solat yang bermukim.
Menurut JAKIM, tempoh dibolehkan Jamak dan Qasar adalah 3 hari 3 malam, tidak termasuk hari datang dan hari pulang.
Ada juga pendapat yang mengatakan kita dibolehkan mengerjakan Solat Jamak Qasar selama mana kita tidak bermastautin/bermukim di sesuatu tempat
Cara Solat Jamak Zohor & Asar
- Setelah masuk waktu zohor dan ketika itu kita sudah berada dalam perjalanan bermusafir, maka berniatlah kita untuk mengerjakan solat fardu Zohor di waktu Asar nanti.
- Niatnya lebih kurang begini, “Sahaja aku akan mengerjakan solat fardu Zohor jamak takhir di waktu Asar nanti”.
- Niat ini adalah syarat untuk jamak takhir. Jika tidak diniatkan dalam waktu Zohor, jamak tersebut tidak sah.
- Maksudnya, jika terlupa niat, kita tidak boleh buat jamak takhir tetapi mesti qada solat Zohor dahulu.
- Apabila masuk waktu Asar, bersedialah untuk solat. Mulakan dengan solat fardu Asar dahulu.
- Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya:
- Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakanlah solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
- Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Zohor tanpa membaca wirid, doa, atau solat sunat.
- Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.
- Lafaz niat untuk solat fardu zohor:
- Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
- Kerjakanlah solat fardu Zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah Al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
Niat Solat Jamak ZOHOR - ASAR
“Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.”
“Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.”
Solat Jamak MAGHRIB – ISYAK
2.Dalam keadaan berdiri dan mengadap kiblat, ucapkanlah lafaz niatnya (lafaz niat tidak wajib, yang wajib adalah niat semasa takbiratul ihram
3. Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
4. Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
5.Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Isyak tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.
6.Jangan dipisahkan terlalu lama antara kedua solat fardu tersebut.
7.Lafaz niat untuk solat fardu Isyak:
8. Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
9.Kerjakanlah solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
10.Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Isyak di waktu Isyak nanti.
Niat Solat Jamak MAGHRIB – ISYAK
“Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.”
Dalil Solat Jamak Dan Qasar
Nabi S.A.W. telah menggambarkan bahawa solat musafir seperti jamak dan qasar adalah dibenarkan menerusi hadis yang bermaksud;
“Nabi SAW menjama’kan solat dalam perjalanan yang kami lakukan ketika peperangan Tabuk. Baginda menjama’kan solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan Isyak. Said bin Jubair berkata: Aku bertanya kepada Ibn Abbas: Apakah yang mendorong Baginda berbuat begitu? Jawabnya: Baginda tidak mahu menyusahkan umatnya.” [Hadis riwayat Muslim (705)]
Jadilah seorang Islam yang menjaga solat walau dimana kita berada sebelum tiba masanya kita disolatkan.
Semoga perjalanan kita sepanjang kita bermusafir dirahmati Allah SWT dan melindungi daripada sebarang kesusahan dan kepayahan.
Sumber:
1. JAKIM
2. https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-jamak-qasar/
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!