Pengalaman Renew Pasport, Memang Betul Siap Tak Sampai Sejam!

Pengalaman Renew Pasport, Memang Betul Siap Tak Sampai Sejam! | Bila nak renew pasport yang dah tamat tarikh ni memang rasa bercinta sangat tak macam dulu, bila nak terbang untuk buat sales mission jer, memang dah tau bila tarikh sahlakunya tapi sejak tak bekerja ni memang dah tak ambil kisah pasal pasport walau niat nak bercuti ke luar negara tu ada tapi bila fikir nak packing dan unpacking tu memang terus hilang mood.


Bab packing satu hal, bab nak ke airport pun cukup buat rasa malas sebab nak ke airport 3 jam sebelum berlepas dan lepas Covid-19 ni macam-macam perkara yang boleh dan tak boleh. Dah tua-tua ni memang rasa malas sungguh sebab nak buat perkara yang lebih menenangkan dan relax.


Renew Pasport
Pengalaman Renew Pasport, Memang Betul Siap Tak Sampai Sejam!


Alkisah renew pasport ni memang kena renew sebab ada urusan kerja yang memerlukan umi travel ke luar negara tak lama lagi. Kononnya nak pergi renew hari Sabtu kat UTC Keramat sebab DH ada, jadi tak perlu nak drive dan cari parking tapi bila seorang kawan bagitau yang dia tengah renew pasport kat Imigresen Jalan Duta yang sesak, terus rasa cuak. Tambah mencuakkan bila dia bagitau yang nombor giliran habis seawal jam 8.30 pagi. Humaaiii. Kecut perut.


Jadinya umi ke Imigresen Wangsa Maju, tapi pegawai tu bagitau kat situ tak boleh buat renew dan syorkan boleh buat online atau pergi ke mana-mana UTC atau Putrajaya atau Jalan Duta. Ah sudah! Dah la ada kawan tu renew online tapi dah 3 hari tak dapat call lagi. Terus  google tengok apa yang diperlukan bila buat online antaranya size gambar, gambar tak boleh berbayang terus bertambah kecut perut. Hati pulak jadi libang libur...hadoii.




Jadi umi call bagitau DH yang umi nak gamble ke UTC Keramat lepas selesai jaga bonda, nak tanya secara berdepan dan kalau boleh renew terus. Mujur Kak Jang (kakak no 2) ada, jadi seawal jam 1.30 tu dah terus gerak ke UTC walau dalam otak ni fikir nak cari parking yang memang selalu penuh tapi tetap nak gamble. Terfikir kenapa tak pergi awal, jadi DH boleh hantar dan balik nak LRT sebab bak parking tu memang merisaukan. 


Awal tu dah call tanya, jawapan dari center umi tak puashati, so fikir baik pergi  berjumpa dan dapat maklumat lebih tepat dari menunggu nak pergi hari Sabtu dan ganggu jadual pasar nanti. Mak-mak memang ginilah, banyak betul dalam fikiran.


Waktu sampai ke pintu depan pejabat Imigeresen ni memang dug dag la jugak takut ramai orang tapi bila melangkah masuk tu fuhh, tak berapa ramai, masih ada ruang untuk duduk. Umi terus ke kaunter no dan dapat nombor 1175 jam 1423. Lawak betul bila pegawai kat kaunter jawab "untuk Puan saya akan siapkan" bila umi tanya boleh ke siap dalam 1 jam?


PROSES PEMBAHARUAN PASPORT

Bila dapat nombor ni kita auto tahu yang nombor ni akan dipaparkan di skrin dan ke kaunter yang tertera. Jam 15.15 nombor umi naik di skrin dan berjumpalah umi dengan pegawai nama Dickkler yang friendly. Hampir sejam juga sebab ramai yang datang buat pasport dengan anak-anak. Ada 7 kaunter yang beroperasi untuk sesi serah pasport lama/buat pasport 


Proses renew pasport ni tak sampai 10 minit, serahkan pasport lama dan kad pengenalan,  scan jari kanan dan jari kiri, sahkan alamat atau minta tukar alamat kediaman dan akhir sekali pusing ke kiri untuk diambil gambar. 


Sempat lagi umi tanya boleh ke siap dalam 1 jam? Kata Tuan Dickkler ni, pasport akan siap dalam jangkamasa 1 jam selepas pembayaran dibuat. Menunggu lagi la kan, tapi tak per, asal siap hari yang sama dan limit time yang umi ada.

Sebenarnya nak balik awal supaya tak bersesak dengan kenderaan yang balik kerja.


PENANTIAN SATU PENYIKSAAN

Memanglah kata orang penantian tu satu penyiksaan, menunggu lagi untuk nomber naik di skrin untuk membuat pembayaran walau menunggu tak sampai satu jam, tetap rasa terseksa. Akhirnya nombor umi terpapar di skrin pada jam 16.03. Tak perlu risau pasal pembayaran ni sebab kita boleh membayar menggunakan debit card, jadi tak perlu bawa cash.


Dah settle membayar, kena tunggu lagi untuk nombor naik di skrin untuk ambil pasport. Memang teruja nak dapat pasport walau bab renew pasport ni, umi dah renew 3 kali dari harga pasport RM300 tau.


Akhirnya jam 16.37 nombor 1175 naik di skrin. Rasa nak terbang ke kaunter jer. Sekejap je nak ambil pasport, scan jari, turun tanda tangan dah pasport dah ada di tangan. 


Jadi total urusan di Imigresen umi hari tu hanya 2 jam 30 minit.  Mungkin agak lama tapi tidaklah terlalu lama. Ada kawan bagitau dia buat pasport tak sampai 15 minit tapi tak mungkin nak secepat itu umi kena ke Cameron Highlands kan. 


Bab parking pula memang rezeki umi dapat parking dengan mudah kat belakang bangunan UTC apatah lagi bawa Kelisa, kereta comel Allahyarham abah. Ruang sempit pun boleh menyelit


Nota kaki :

Sebenarnya apa yang membuat umi pergi ke UTC ni sebab umi baca google review ada seorang lelaki ni pergi ke UTC Keramat jam 5 petang dan pasport dia siap tak sampai 1 jam malah pegawai Imigresen di UTC Keramat ni sangat membantu.


Tahniah pegawai imigresen di UTC Keramat, memang terbaik dan friendly.

Post a Comment

1 Comments

  1. selalu seram je kan bila nak berurusan pasport ni, alhamdulillah urusan umi di permudahkanNya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!