10 Resepi Cempedak Goreng Buat Sendiri Baru Puashati

Buah cempedak baunya memang memikat jiwa raga, jadi favorite bila tiba musimnya seiring musim buah durian. Buah cempedak goreng jadi menu dengan kelas tersediri sebab tidak boleh didapti sepanjang tahun. Jadinya setiap kali musim cempedak, pasti umi akan beli untuk dibuat goreng cempedak atau kalau lebih buat serawa.



    cempedak goreng

    Memang ramai yang menggemari cempedak goreng ni walau ada sesetengah gerai menjual sebiji cempedak goreng dengan harga RM2.50 tapi laku saja. Mungkin sebab ianya bermusim tidak seperti pisang atau keledek. Tapi kalau nak puas makan, kena beli dan goreng sendiri tapi ramai yang rasakan ianya renyah dan selalunya kurang menjadi sepertimana yang dijual di gerai.


    Selain itu, nak kopek buah cempedak ni pun mencabar sebab getahnya tapi sebenarnya mudah kalau tau teknik dan ada kemahuan pasti ada jalan.


    Makan Puas Dengan Cempedak Goreng Sendiri

    Perkara paling utama kalau umi beli cempedak pastinya nak buat goreng dan sejak dah pandai buat cempedak goreng, memang umi elakkan beli cempedak goreng di gerai yang harganya RM2.50 sebiji. Mahal yaamat! Selagi tak jemu umi akan goreng atau buat serawa, alahai memang sedap!


    Pelik tapi benar, kadang-kadang kita tengok lambakan cempedak tapi kenapa harga cempedak goreng mahal betul sebab hari tu umi beli sebiji berharga RM16 dapat 50 ulas dan kemudian umi beli lagi harga RM26 dan dapat 105 ulas. Bayangkan kalau dijual dengan harga RM2.50 berapa untung dah mereka dapat. Memanglah setiap buah cempedak mungkin kurang isinya tapi boleh contra dengan buah-buah yang lain kan?


        Tip Memotong Buah Cempedak

    Sapukan minyak pada pisau, belah buat cempedak tapi jangan dibelah terlalu dapat, cukup sekadar di bahagian kulit sebab buah cempedak yang masak, tidak susah untuk dikoyak.



        Tip Cempedak Goreng Sedap

    Ada pelbagai cara dan resepi yang digunakan untuk membuatkan cempedak goreng ni sedap dan rangup antaranya ada yang memasukkan minyak panas, majerin, kiub ais, bijan ke dalam bancuhan tepung. Bancuhan tepung tidak boleh terlalu pekat atau cair sama seperti bancuhan untuk menggoreng pisang, keledek atau keladi. Apa-apa pun terpulang pada selera masing-masing.


    10 Resepi Cempedak Goreng

        Cempedak Goreng Resepi Umi Fuzy

     Bahan-bahan:

    30 ulas cempedak

    2 cawan tepung beras

    1/2 sudu kecil serbuk kunyit

    2 sudu air kapur makan

    Garam secukup rasa

    Air secukupnya

    Minyak untuk menggoreng

    Cara-cara:

    • Masukkan tepung beras, air kapur, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Gaul rata dan sebati bersama air secukupnya. Jadikan ia sebuah adunan yang tak terlalu cair dan tak terlebih pekat. Cukup-cukup untuk membolehkan adunan tepung menyaluti isi cempedak.
    • Panaskan minyak ke dalam kuali. Gaulkan ulas cempedak kedalam adunan dan masukkan kedalam kuali yang berisi minyak yang banyak. 
    • Bila ketulan isi cempedak telah menjadi kekuningan dan garing, bolehlah diangkatiaitu kuning kecoklatan, bolehlah di angkat.
    • Bolehlah di hidangkan terus.



        Cempedak Goreng Wani Sukarno

    Bahan-bahan:

    Buah cempedak – anggaran 20 biji

    1 cawan tepung gandum

    1/4 cawan tepung jagung

    3 sudu besar tepung beras

    2 sudu besar gula

    2 sudu besar kelapa kering/kalau kelapa parut biasa lagi sedap..

    1 biji telur

    1 sudu teh garam

    3/4 cawan air suam

    Sedikit serbuk kunyit


    Cara-cara:

    • Bancuh semua tepung dengan telur, gula, garam, kelapa kering, kunyit dan air.  Masukkan buah cempedak dan goreng dengan minyak yang banyak mengguna api yang sederhana..  Biar masak kekuningan.


    kredit : Wani Sukarno


        Cempedak Goreng Dengan Bijan

    Bahan-bahan:

    Buah cempedak – anggaran 20 biji

    2 sudu besar tepung beras

    1/2 cawan tepung jagung

    1 sudu gula

    1 sudu teh garam

    3/4 cawan air sejuk

    Sedikit serbuk kunyit

    Sedikit bijan


    Cara-cara:

    • Masukkan kesemua bahan kedalam besen, bancuh biar jangan berketul. Pastikan tidak terlalu cair dan terlalu pekat.
    • Masukkan adunan ke dalam bekas, masukkan buah cempedak dan bijan. Gaul dan goreng dengan minyak yang banyak menutupi cempedak. Goreng hingga kekuningan dan angkat.


        Cempedak Goreng Resepi Buat Orang Lapo

    Bahan-bahan cempedak goreng:

    1 cawan @125 gram Tepung Gandum

    1/3 cawan @ 42 gram Tepung Beras

    Garam

    Serbuk Kunyit

    1 cawan @ 250 ml Air

    3 sudu besar Minyak Masak Panas

    Cempedak

    Cara-cara untuk membuat cempedak goreng:

    • Campurkan tepung gandum, tepung beras, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk.
    • Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati sehingga mendapat bancuhan yang sesuai.
    • Sambil bancuh adunan tepung, boleh panaskan minyak untuk menggoreng cempedak nanti.
    • Bila bancuhan tepung telah sebati, masukkan minyak yang telah dipanaskan tadi dan kacau rata.
    • Kemudian ambil cempedak dan celupkan ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
    • Boleh juga asingkan biji cempedak dahulu, kemudian celup ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Siap!


    https://buatoranglapo.com/2020/06/02/cempedak-goreng-dan-tips-tepung-goreng-rangup-krup-krap/


        Cempedak Goreng Resepi Che Nom

    Resepi Cempedak Goreng yang sungguh rangup, sangat mudah disediakan, enak dihidangkan bersama teh o panas, dan jugak hidangan yang lazat untuk juadah berbuka puasa apabila digoreng panas. Pastikan menggunakan cempedak yang masak tetapi tidak terlalu ranum.


    Bahan-bahan:

    Cempedak secukupnya

    1 1/2 cawan tepung beras

    1/4 cawan tepung gandum

    1 biji telur ayam

    1 sudu kecil garam

    1/2 sudu kecil soda bikarbonat

    1/2 sudu kecil kunyit


    Cara Penyediaan:

    • Panaskan minyak di dalam kuali.
    • Campurkan tepung gandum, tepung beras soda bikarbonat, kunyit dan garam
    • Masukkan telur dan tuang air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan dengan tangan
    • Kacau sehingga adunan betul2 sebati dan tidak berketul
    • Adunan tidaklah perlu terlalu cair atau terlalu pekat.
    • Celupkan buah cempedak di dalam adunan tepung tadi dan goreng sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat dan anda perlu mengacau sehingga tepung betul betul garing.
    • Angkat dan toskan di atas kertas tisu


    kredit : Che Nom


        Cempedak Goreng Resepi Azie Kitchen

    Bahan bahan:

    2 senduk tepung beras

    1/2 - 1 senduk tepung gandum

    1 sudu besar tepung jagung - opsyenal

    1 sudu besar butter

    1 biji telur

    Sedikit serbuk kunyit

    Secubit gula

    Garam

    Air secukupnya


    Cara cara:

    • Satukan semua bahan di atas dan kisar dengan sedikit air. Sedia untuk digunakan. Goreng dengan minyak yang banyak dan betul betul panas.
    • Celup cempedak atau apa sahaja ke dalam adunan tepung dan goreng. Angkat tinggi tinggi supaya terhasil keropok keropok yang banyak dan garing krup krup.
    • Balik balikkan dan angkat. Tos di atas tisu dapur. Sedia untuk dinikmati.


    kredit : www.aziekitchen.com/2016/09/cempedek-goreng-rangup.html


        Resepi Cempedak Goreng Azlita Aziz

    Bahan-bahan:

    1 biji cempedak – ambil ulasnyer saje ye!

    1 cawan tepung beras

    1 sudu tepung gandum

    2 sudu tepung jagung

    1 biji telur

    1 sudu minyak masak

    secubit garam

    sedikit pewarna oren

    1/2 cawan air

    Cara-cara:

    • Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecuali cempedak. Kacau rata hingga menjadi adunan yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Kalau tercair atau terpekat pandai-pandai lah adjust ye!
    • Panaskan minyak untuk mengoreng. Celupkan cempedak ke dalam bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas . Goreng dan balik-balikkan hingga masak keemasan. Angkat dan toskan minyak atas kitchen towel. 


    kredit : Azlita Aziz


        Resepi Cempedak Goreng Chef Shukri

    Resepi Cempedak Goreng
    Cempedak (Lebih sedap Cempedak Madu)
    Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
    Marjerin atau minyak 3 sudu
    Air kapur makan 2 sudu
    Garam secukup rasa.
    2 cawan air suam.
    Kunyit 1 sudu kecil

    Cara-caranya
    1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.
    2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.

    Petua Goreng Cempedak
    1. Jangan rendam cempedak dalam bancuhan tepung. Cempedak akan kembang. Ini yang menyebabkan cempedak berminyak. Masa hendak masak baru celup cempedak dalam tepung dan terus goreng.
    2. Jangan goreng cempedak dalam kuantiti yang banyak. Cempedak akan melekat. Kulit tepung akan terkoyak.
    3. Tepung yang cair akan menghasilkan bentuk cempedak yang tidak cantik dan tidak rangup.
    4. Air kapur makan berfungsi sebagai perangup tepung.
    Selamat mencuba

    kredit : Chef Shukri

        Resepi Cempedak Goreng (Option 9)

    Bahan-bahan:

    1 biji cempedak

    1 cawan tepung gandum

    2 sudu makan tepung beras.

    1/2 sudu kecil serbuk kunyit

    Secubit kapur makan

    Garam secukup rasa

    Air secukupnya

    Minyak untuk menggoreng

    Cara-cara:

    • Masukkan tepung gandum, tepung beras dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Masukkan juga garam secukup rasa. Gaulkan dan cairkan kapur makan dalam sedikit air.
    • Masukkan air bercampur kapur makan itu ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul rata dan sebati bersama air secukupnya. Jadikan ia sebuah adunan yang tak terlalu cair dan tak terlebih pekat. Cukup-cukup untuk membolehkan adunan tepung menyaluti isi cempedak.
    • Kopek isi cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung. Panaskan minyak ke dalam kuali. Goreng terendam cempedak kedalam minyak yang banyak. Bila ketulan isi cempedak telah menjadi garing iaitu kuning kecoklatan, bolehlah di angkat.
    • Bolehlah di hidangkan terus.


        Resepi Cempedak Goreng (option 10)

    Bahan-bahan:

    1 biji cempedak

    2 cawan tepung beras

    1/2 sudu kecil serbuk kunyit

    2 sudu air kapur makan

    Garam secukup rasa

    Air secukupnya

    Minyak untuk menggoreng


    Cara-cara:

    • Masukkan tepung gandum, tepung beras dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk. Masukkan juga garam secukup rasa. Gaulkan dan cairkan kapur makan dalam sedikit air.
    • Masukkan air bercampur kapur makan itu ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul rata dan sebati bersama air secukupnya. Jadikan ia sebuah adunan yang tak terlalu cair dan tak terlebih pekat. Cukup-cukup untuk membolehkan adunan tepung menyaluti isi cempedak.
    • Kopek isi cempedak dan masukkan ke dalam adunan tepung. Panaskan minyak ke dalam kuali. Goreng terendam cempedak kedalam minyak yang banyak. Bila ketulan isi cempedak telah menjadi garing iaitu kuning kecoklatan, bolehlah di angkat.
    • Bolehlah di hidangkan terus.

    Kesimpulan

    Memang sedap buah cempedak goreng ni tapi tak disarankan makan selalu sebab pengunaan minyak yang banyak.

    Selain digoreng, di buat serawa, buah cempedak boleh dinikmati segar selepas dikopek tapi ada sesetengah orang alah pada buah cempedak kerana boleh menyebabkan angin kalau dimakan mentah


    Post a Comment

    2 Comments

    1. cempedak goreng pun ada macam2 version eh? hehehe igt sama je semua nya.. :p paling best makan biji cempedak goreng hahha

      ReplyDelete
    2. Petang tadi baru kudapan cempedak durian goreng

      ReplyDelete

    Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!