Maal Hijrah 2023 / 14445H : Awal Muharram Peristiwa Penghijrahan Nabi Muhammad SAW

Hari ini 29 Zulhijjah 1444H merupakan hari akhir bagi tahun 1444H dan bermulanya 1 Muharram 14445H, permulaan bagi kalendar umat Islam mengikut kalendar Hijrah



    Awal Muharram atau Maal Hijrah dan amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

    Maal Hijrah


    Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram tahun baru bagi takwim hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


    Makna Sambutan Awal Muharram?


    Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Ia bermaksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas & ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.


    Sambutan Maal Hijrah disambut sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.



    Kisah Hijrah Rasulullah SAW

    Sambutan Maal Hijrah setiap tahun mengingatkan Umat Islam kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari kota Mekah ke Madinah.


    Berikuta adalah infografik kisah hijrah Rasulullah SAW untuk renungan kita semua






    Sempena sambutan Maal Hijrah 1444H, hayati peristiwa hijrah baginda SAW bukan sekadar perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi merupakan suatu iktibar sebagai perubahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik.


    Logo Maal Hijrah


    Berikut adalah pengertian di sebalik logo Maal Hijrah yang sering kita lihat:

    Kuning – Keagungan

    Biru – Persaudaraan

    Huruh ‘ha’ – Hijrah

    Putih – Fitrah manusia yang suci dan bersih

    Merah – Semangat perpaduan

    Bulatan – Melambangkan glob dunia. Ia dilingkari sarang labah-labah yang mengingatkan peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah


    Tarikh Cuti Umum Awal Muharam / Maal Hijrah Malaysia 2023

    Menurut kalendar / takwim JAKIM, tarikh Awal Muharram atau Maal Hijrah di Malaysia adalah pada 19 Julai 2023 (Rabu).


    Tarikh Awal Muharram ini merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan di mana semua negeri akan bercuti pada hari ini.


    Tema Maal Hijrah 2023 / 1445H

    Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H / 2023M pada 1 Muharam 1445H bersamaan 19 Julai 2023M bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).


    Tema Maal Hijrah Tahun 1445H adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”


    Anda boleh saksikan rancangan secara langsung bermula jam 7.00 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.



    PERISTIWA PENTING DALAM BULAN MUHARAM & HARI ASYURA

    1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


    2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura‘. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.


    10 Muharram ialah satu tarikh sangat penting dan dimuliakan Rasulullah SAW hingga disunatkan untuk berpuasa, iaitu dipanggil al-Asyura. Bagaimanapun, mazhab Shafie menyatakan sunat untuk kita berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharam.


    Antara fadilat terbesar puasa pada 10 Muharam yang tidak sepatutnya diabaikan adalah diampunkan dosa seorang hamba itu bagi tempoh setahun yang lalu.


    Peristiwa Penting Di Bulan Muharram

    Pada 10 Muharam juga telah berlaku peristiwa-peristiwa berikut :


    1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

    2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

    3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

    4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

    5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

    6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

    7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

    8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

    9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

    10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

    11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

    12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

    13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

    14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

    15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

    16. Allah menjadikan ‘Arasy.

    17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

    18. Allah menjadikan alam.

    19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

    20. Nabi Isa diangkat ke langit.


    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia, berhijrahlah dan berpegang teguhlah dengan Islam. Ini adalah kerana selama jihad kekal, selama itulah hijrah (keluar di jalan Allah SWT) akan berkekalan.” (HR Tabrani)


    Selamat Tahun Baru Hijrah 14445H

    Post a Comment

    1 Comments

    Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!