Ingatkan kelupis atau pulut gulung ni adalah kuih tradisi orang Melayu Sabah dan Sarawak rupanya ianya juga kuih tradisi orang Melayu Brunei. Kuih ini juga adalah kudapan tradisi orang Bisaya
Apa Itu Kelupis
Kelupis merupakan kuih tradisi orang Melayu Brunei di Negara Brunei Darussalam dan di negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia. Kuih ini juga kudapan tradisi untuk orang Bisaya kerana tiga etnik ini berkait rapat iaitu Lun Bawang/Lundayeh. Kelupis lazimnya disajikan di majlis kahwin dan wajib dihidangkan di majlis keramaian dan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Kuih ini juga dihidangkan oleh orang Kedayan semasa Adat Makan Tahun.
Acara mengelupis diadakan untuk membuat kelupis sebagai aktiviti utama sebelum majlis. Kelupis dibungkus dengan daun nyirik atau kelapa dan disering dimakan dengan kuah untuk dicecah seperti kuah kacang dan ayam masak merah. Kuih ini juga dijual di tamu dan kadangkala dijual kelupis yang sejuk beku. Kelupis juga dimasak dengan inti di dalam seperti inti daging, udang dan tahai
Resepi Kelupis
Bahan-bahan:
1 cawan beras pulut (direndam 3-4 jam dan toskan)
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya
Talia rafia secukupnya
Cara-caranya:
- Masukkan beras pulut, santan, dan sedikit garam ke dalam periuk. Masakkan pulut sambil sentiasa mengacau sehingga masak.
- Sudukan ke dalam daun pisang. Bungkus dan lipatkan kedua-dua hujungnya. Ikatkan bungkusan pulut dengan tali rafia supaya kemas. Ulang proses yang sama hingga selesai.
- Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukuskan selama 1 jam.
- Sejukkan pulut dan hidangkan bersama rendang ataupun kari.
Apa Itu Burasak / Burasa
Burasak atau Burasa merupakan sejenis masakan orang Bugis yang berasakan beras dan santan yang dibuat semasa hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Beras yang sudah dimasak, dibungkus dengan didalam daun pisang dan diikat sebelum direbus selama paling kurang empat jam.
Kalau sekali tengok macam lontong sebab bila dibuka dari daun pisang tu bahagian luarnya berwarna kehijauan tapi burasa ni leper dan tidak bulat seperti lontong nasi.
Resepi Burasak
Bahan-bahan:
Beras 1kg
Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
garam secukup rasa.
Bahan pembungkus :
Daun pucuk pisang (hijau muda),
Daun pisang (hijau).
Cara-caranya:
- Bersihkan beras dengan air yang bersih dan toskan.
- Masukkan santan ke dalam periuk, masak hingga mendidih dan kecilkan api. Masukkan garam secukupnya.
- Bila santan sudah berubah warna sedikit (jangan sampai pecah minyak), padamkan api dan tuangkan santan panas ke dalam beras, gaul biar sebati. Jangan terlalu banyak, cukup sekadar beras lembab sedikit, tapi merata.
Cara pembungkusan:
- Salai atau jemur daun pisang supaya tidak mudah terkoyak dan kemudian dipotong daun pucuk pisang dalam bentuk segiempat.
- Letakkan beras diatas daun pisang dan dilipat seakan membuat lepat pisang. Susun dan ikatkan bungkusan (tiga atau empat bungkusan) dengan tali rafia.
- Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lebih kurang dalm 1 inci. Di akhir hujung teruskan belitan untuk membentuk huruf ‘Z’ di permukaan dan ‘X’ di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua bungkusan siap dibungkus.
Cara Memasak burasa:
- Rebus burasak selama lebih kurang 3 jam dan sebaiknya lebih dari 5 jam supaya beras betul-betul masak dan kembang dalam bungkusan dengan sempurna. Ada yang merebusnya selama 7 jam untuk memastikan burasak dimasak dengan lebih sempurna dan direbus dalam periuk menggunakan dapur kayu api.
- Bila dah siap dimasak, keluarkan, toskan dan biarkan ia sejuk sebelum dibuka dan dimakan dengan rendang ayam, atau ayam masak lengkuas.
1 Comments
sdapnya nampak..:)
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!