Wani Kayrie : Lagu Fajar Single Ketiganya Jadi OST Drama Hijrah Jannah

Penyanyi cantik kecil molek, Wanie Kayrie sememangnya sangat berkebolehan bukan hanya sebagai penyanyi, pelakon, pengacara dan seorang yang cukup pintar dengan memperolehi Anugerah Dekan dalam peperiksaan semester di sebuah pusal pengajian swasta.



    Ramai tak sangka rupanya beliau juga adalah sepupu kepada Bella Astillah bila keduanya bergandingan dalam rancangan Family Duo. 


    wanie kayrie


    Siapa Wanie Kayrie

    Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 22 (2023), dilahirkan di Sandakan, Sabah dan membesar di Petaling Jaya, Selangor. Bapanya meninggal dunia ketika Wani baru berusia setahun. Beliau menerima keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya. Beliau memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Tasawwur Islam. Selain itu, beliau juga mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun. Beliau ialah graduan Asasi Undang-undang di Management & Science University (MSU)


    Beliau menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan mengakui ia sangat mencabar. “So close but alhamdulillah. Another dean’s list. Tak tahu nak menangis ke nak happy. Ada tujuh subjek dalam satu semester adalah gila!


    Kerjaya Seni

    Wani mula menunjukkan minat terhadap nyanyian sejak usia 6 tahun. Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang daripada enam peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak Astro Ceria, Kamilah Bintang antara lain turut disertai oleh Didi Astillah. Ketika menyertai Kamilah Bintang, beliau menggunakan nama Syazwani Sapari. Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan lima peserta lain


    Pencapaian Dalam Nanyian

    Wani mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada Julai 2018. Beliau merupakan antara 15 yang terpilih untuk mewakili negara daripada 30 peserta yang bersaing untuk merebut tempat secara keseluruhan.


    Wani menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Fara Hezel, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann. Wani terselamat daripada penyingkiran apabila juri tetap, Siti Nurhaliza menggunakan kuasa imuniti semasa suku akhir konsert. Beliau berjaya memenangi tempat keempat.


    Selepas tamat Big Stage, Wani bersama-sama Sarah Suhairi dan Sissy Iman muncul dalam rancangan The House di Astro Ria.


    Wani ialah salah seorang daripada 10 peserta rancangan realiti tarian dan nyanyian Astro Ria, Dansa Dan Sing di mana beliau berkolaborasi bersama empat penari yang dikenali sebagai Delitz.


    Wanie Dalam Lakonan

    Wani juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila beliau memegang watak Fatin dalam drama Melastik Ke Hatimu bersama rakan seperjuangannya dalam Big Stage, Andi Bernadee. Beliau juga pernah melakonkan watak kecil sebagai tetamu majlis hari lahir dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) arahan Bernard Chauly, lakonan Fazura dan Lisa Surihani.


    Wanie Dalam Pengacaraan

    Bermula Februari 2021, Wani menjadi salah seorang pengacara rancangan Road To Success di DidikTV KPM bersama Sissy Imann, Afieq Shazwan dan Akhmal Nazri.


    Wani menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment dan muncul bersama lagu "Jangan Terlepas Pandang" yang juga rakaman pertamanya bersama label itu selepas meninggalkan Suria Records. Dikeluarkan pada November 2021, lagu ini menjadi lagu tema drama Dukun Diva.


    Lagu Fajar, OST Drama Hijrah Jannah



    LIRIK LAGU FAJAR NYANYIAN WANI KAYRIE

    Dulu hariku berpelangi

    Namun warna tidak seterang

    Dulu malamku Tak bersinar

    Kerna awan sering kaburi bintang


    Walau sukar 

    Tetap kucuba


    Masa silam

    Bak silang kata

    Kumencari

    Apa ertinya


    Kini jelas

    Apa kumau

    Semua yang kutunggu

    Diiringi fajar


    Kini mimpiku Makin nyata

    Hari-hari Hampir sempurna

    Kini hatiku Bahagia

    Kumengejar Hanyalah yang terindah


    Walau penat

    Masih kutegar


    Masa silam

    Bak silang kata

    Kumencari

    Apa ertinya


    Kini jelas

    Apa kumau

    Semua yang kutunggu

    Diiringi fajar


    Ku nikmati

    Bila terbitnya mentari

    Tak ku bazir

    Waktu yang paling terindah

    Kisah lalu

    Tak akan aku ulangi

    Awan kelam telah pun

    Membawanya pergi

    Masa silam


    Ho


    Masa silam

    Bak silang kata

    Kumencari

    Apa ertinya


    Kini jelas

    Apa kumau

    Semua yang kutunggu

    Diiringi fajar


    Kini hariku Berpelangi

    Namun warna kini dah terang



    Drama Hijrah Jannah disiarkan di Astro Ria setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang,  Pastinya ramai peminat Remy Ishak dah siap tunggu depan televisyen kerana drama Hijrah Jannah yang menampilkan beliau beristeri dua.


    SINOPSIS DRAMA HIJRAH JANNAH

    Setelah berkahwin dengan Syawal Fitri, Janet memeluk islam dan lantas dibuang keluarganya. Namun kesukaran hidupnya itu bertambah buruk apabila ibu syawal, Puan Sri Rafidah bertekad untuk menyeksa hidup menantunya itu. Setiap langkah Janet, kini Jannah tidak pernah betul, ada sahaja yang tidak kena.


    Kebenciannya terhadap Jannah membawa kepada dia memaksa anaknya untuk berkahwin lagi sekali, kini dengan wanita pilihannya, Munirah. Syawal akur dan menerima Munirah, tetapi dia tidak sama sekali menyangka isteri baharunya itu merupakan seorang yang berpura-pura baik sahaja.


    Pernikahannya dengan Munirah bakal membawa pergolakkan di antara Syawal dan Jannah. Demi mendalami agama baharunya, Jannah mengambil inisiatif untuk belajar dan dalam proses berkenaan, dia berkenalan dengan Zakri, salah seorang fasilitator di pusat pembelajarannya itu.


    Zakri simpati dengan nasib Jannah dan pada masa yang sama menyimpan perasaan terhadapnya. Munirah yang sedar tentang perasaan dan niat Zakri mengambil peluang ini untuk menyemai benih sangsi di dalam hati Syawal.


    PELAKON DRAMA HIJRAH JANNAH

    Syawal Fitri (Remy Ishak) | Daniella Sya (Jannah/ Janet) | Puteri Sarah Liyana (Munirah) | Ezaidi Aziz (Zakri) | Rahim Jailani sebagai Tan Sri Shaharudin | Aida Khalida sebagai Puan Sri Rafidah | Daniel Fong sebagai Daniel | Angeline Tan sebagai Puan Lian |Lisdawati sebagai Bonda Nur | Kenji Sawahi sebagai Encik Kiat | Riz Amin sebagai Azim | Ema Latah sebagai Mak Embun | Hanna Halim sebagai Zahra | Syad Mutalib sebagai Maisarah | Erynn Abdullah sebagai Medina | Liang Chia sebagai Yin Lee | Hani Nazrina sebagai Zarina | Jassmine Kho sebagai Melly | Sharifah Anthasha sebagai Hajah Solehah | Manan Sulaiman sebagai Haji Halim | Ady Mohammad sebagai Ikram | Ron Isa sebagai Ron | Suhaimi Azmi sebagai Ustaz Naufal | Atira Karma sebagai Hawa | Nancy sebagai Angeline



    Post a Comment

    3 Comments

    1. first kenal dia dalam program rancangan Kamilah Bintang,time tu die kecik2 agi. Juara time tu.

      ReplyDelete

    Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!