Nasi Kandar adalah sejenis hidangan yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Penang. Hidangan ini terdiri daripada nasi putih yang disajikan dengan pelbagai jenis lauk-pauk dan kuah kari. Nasi Kandar biasanya dihidangkan di kedai-kedai makan atau gerai jalanan dan menjadi makanan yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan serta pelancong.
Kita sedia maklum, nasi kandar yang sedap dari campuran kuah yang diletakkan ke dalam pinggan nasi kandar kita selain lauk yang kita pilih selain bendi dan cili hijau rangup yang dikunyah bersama nasi serta sambal kelapanya yang menambah keenakan nasi kandar pada selera kita.
Asal Usul Nasi Kandar
pix kredit : Google |
Nasi Kandar Penang menjadi tarikan utama bagi pelancong yang ingin merasai kekayaan rasa dan keunikan makanan tempatan. Kedai-kedai Nasi Kandar lazimnya beroperasi sepanjang hari dan malam, membolehkan orang menikmati hidangan ini pada bila-bila masa.
1. Nasi Kandar Beratur
Memang berbaloi beratur walau tidak lama mana untuk mendapatkan makanan di sini kerana kuah karinya yang pekat berlemak cukup menghilangkan rasa craving penggemar nasi kandar ditambah dengan sambal kelapanya yang cukup umphhh bila dimakan.
Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling,10300 George Town, Pulau Pinang.
Waktu operasi: 10 p.m.- late Daily (probably 8 a.m.)
2. Restoran Mohamed Rafee
Restoran Mohamed Raffee juga terkenal dengan nasi briyaninya yang sedap dengan lauk ayam dan dagingnya dan kalau anda ke sini, cubalah daging kambing dan kari kepala ikan yang cukup menyelerakan dan tidak mengecewakan.
Alamat: 295-A, Jalan Burma, Pulau Tikus, 10350 George Town, Penang
Waktu operasi : 7.30 pagi - 12 malam
3. Subaidah Nasi Kandar
Restoran ini cukup terkenal dengan menu nasi lemak, tapi nasi kandar di sini juga boleh tahan sedap dengan pilihan lauk yang pelbagai.
Alamat: Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Penang
Waktu Operasi: 24 jam
4. Line Clear Nasi Kandar
Nasi kandar Penang yang cukup popular dan kena bersedia untuk beratur panjang suatu ketika dahulu. Ianya bukan seperti restoran nasi kandar lain, lebih kepada ala-ala street food.
pix kredit : sedapnya-makan |
Kedai makan yang terletak di celah lorong, berdekatan simpang Jalan Chulia dan Jalan Penang ini masih menjadi tumpuan meskipun pernah terbabit isu kebersihan.
Apa pun saya pernah berkali makan di sini beberapa tahun dulu tapi bertukar ke restoran nasi kandar lain yang lebih selesa untuk menikmati nasi kandar favorite dengan tenang.
Alamat:: 177, Jalan Penang, 10000, George Town, Penang.
Waktu Operasi: 24/7
5. Deen Maju
Kedai Nasi Kandar Deen Maju boleh diktakan berada di tangga pertama untuk tempat makan nasi kandar Penang.
Kedai makan yang terletak di Jalan Gudwara, Georgetown berhampiran dengan Hotel Neo+ dan pasaraya Gama ini dikatakan berharga agak murah. Harganya boleh dikatakan paling murah berbanding nasi kandar yang ada di sekitar.
Alamat: 170, Jalan C.Y. Choy (Jalan Gurdwara), 10300 George Town, Penang, Malaysia.
Waktu Operasi: 2:30 p.m.-11 p.m. (Daily)
6. Hameediyah Nasi Kandar
gambar kredit : Tabi Together |
Hameediyah terkenal dengan Ayam Ros (Ayam Mawar). Ayam berair diperap dalam campuran rempah dan herba rahsia, beberapa daripadanya termasuk kunyit, halia, bawang putih, cili dan serai. Jadi, hidangan itu mempunyai rasa wangi dan aromatik yang tidak dapat ditolak. Kari kambing juga merupakan kegemaran peminat, dengan dagingnya yang lembut dan berair yang hampir cair di dalam mulut anda.
Alamat: 164A, Lebuh Campbell, 10200, George Town, Penang.
Waktu Operasi: 10 a.m.-10:30 p.m. (Daily)
7. Restoran Deen (Jelutong)
Antara kedai nasi kandar yang beroperasi 22/7 menjadi kegemaran ramai kerana harganya yang berpatutan dan sedap.
pix kredit : Penanglocal stuff |
Kalau ke sini pastikan anda datang awal atau join the crowd untuk beratur panjang seperti dimana-mana kedai nasi kandar Penang.
Kalau nak ke sini boleh guna GPS koordiant ==>> 5°23'16.3"N 100°18'45.8" atau waze saja!
Alamat: 598-D, Jalan Jelutong, Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang.
Waktu Operasi: 24/7
8. Kayu Nasi Kandar Penang
Restoran yang sudah beroperasi lebih 40 tahun dan sangat popular serta punya beberapa cawangan di Malaysia.
pix kredit : dzunaina |
Dikatakan kari daging lembu yang disini sangat lembut dengan adunan rempah yang sempurna ini wajib dicuba. Restoran ini beroperasi 24/ jadi anda boleh ke sini untuk sarapan hingga ke makan malam.
9. Kapitan Maju
Antara menu popular disini adalah lamb shank yang menampilkan daging kambing yang lembut dan berair, direbus dalam campuran rempah India yang kaya dan beraroma. Ia dimasak sehingga daging relai dan jatuh dari tulang. Sos masalanya pekat, berkrim dan penuh dengan perisa yang menambahkan kenikmatan semasa menikmatinya.
Alamat : 92, Jln Masjid Kapitan Keling, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi : 10.30 pagi hingga 9.30 malam
10. Nasi Kandar Pokok Ketapang
Nasi kandar Pokok Ketapang ini terletak di Butterworth dan menjadi tumpuan ramai bukan kerana hanya keunikan kedainya di bawah pokok ketapang tapi keenakan sajiannya yang memikat rasa penggemar nasi kandar.
pix kredit : blog AyuArjuna |
Bagi anda yang sukakan makan dengan keadaan santai dan terbuka, disinilah tempatnya atau boleh ke ke restorannya di Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamad yang terletak 100 meter dari sini. Restoran tersebut telah beroperasi sejak 1988 dan beroperasi pada pagi dan ditutup pada 12.00 tengah malam.
Alamat: Jalan Telekom, Kampung Benggali, 12000 Butterworth, Pulau Pinang
Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi – 6 ptg
Kesimpulan
Walaubagaimanapun nasi kandar di Pulau Pinang bukanlah hidangan paling glamor sebab bukan semua orang menyukai nasi kandar tapi bagi penggemar nasi kandar, kalau ke Penang pastu itu antara yang dicari.
Yang mana menjadi pilihan anda? Secara jujurnya, kami sendiri rambang mata dengan nasi kandar Penang ni tapi ada beberapa restoran yang diatas menjadi pilihan hati.
Lazimnya kesemua restoran nasi kandar ini punya ruang parkir yang terhad, jadi anda digalakkan untuk datang pada waktu yang sesuai dan ruang dalam restoran juga selalunya penuh kerana orang ramai.
Baca juga : 10 Tempat Menarik di Penang Mesti Dikunjungi
1 Comments
kalau pergi penang time tgh holiday mana-mana kedai makan penuh weii beratur. tapi worth it beratur sebab sedap. next time datang nk try nasi kandar la pulak
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!