Masakan ayam sememangnya menjadi sajian kegemaran masyarakat kita terutama anak-anak yang cukup menyukai pelbagai masakan ayam seperti ayam goreng, rendang ayam yang pasti membuatkan makanan bertambah menyelerakan.
10 Resepi Masakan Ayam Goreng Yang Sedap
Seperti yang sedia maklum, ayam merupakan sajian utama yang sering digunakan dalam masakan di setiap tempat, tidak kira di rumah atau di restoran. Ayam menjadi salah satu makanan kegemaran yang dicari oleh serata masyarakat di mana sahaja mereka berada.
1. Ayam Goreng Cili Kering
Bahan-bahan :
Ayam – dibersihkan
Bawang merah secukupnya – ada yang dimayang dan ada yang dipotong besar (2 versi)
Bawang putih – mayang
1 biji cili besar @ cili merah- mayang
3 biji cili padi – mayang
10 tangkai cili kering – potong kecil
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram secukupnya
Pes asam jawa secukupnya
Tepung gandum
Telur
Cara Memasak :
- Ayam dipotong ikut saiz yang diingini.
- Basuh ayam dengan air garam kemudian celupkan ke dalam telur diikuti tepung gandum. Goreng hingga masak. Angkat dan toskan minyak.
- Kemudian tumis cili kering bersama daun kari hingga garing.
- Masukkan bawang merah hiris, bawang putih, cili padi dan cili merah
- Seterusnya letak sos cili, sos tomato dan sos tiram Ikut kuantiti ayam.
- Tambah sedikit air dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
- Masukkan pes asam jawa, gula serta garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tepung tadi dan bawang potong besar. Gaul rata hingga sos sebati pada ayam.
Baca Juga : Resepi Rendang Hitam
2. Ayam Goreng Viral
- Sediakan pengisar. Satukan telur, bawang merah, bawang putih dan halia
- Curahkan ke atas ayam.
- Tambahkan sos tiram, kiub pati ayam, serbuk perasa, gula dan tepung ubi.
- Gaul rata bersama ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
- Kemudian goreng ayam macam biasa
- Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci
- Ayam digoreng dua kali untuk supaya lebih rangup. Atau boleh goreng sekali saja sehingga betul-betul garing.
kredit : Novelis Affieyza Isahak
3. Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
3 batang serai (yang besar)
3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng
Cara memasak:
Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
4. Ayam Goreng Berlado
Bahan-bahan:
Ayam – potong kecil
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukupnya
½ inci asam gelugur
Bawang besar – hiris
Bahan kisar :
1 biji bawang merah bombay
2 ulas bawang putih
15 tangkai cili merah
10 biji cili padi hijau
Cara Memasak :
1. Bersihkan ayam dan perap dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat.
3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi. Kemudian tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Jika minyak kurang, tambah sedikit.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan garam, sedikit gula dan ½ inci asam gelugur. Asam gelugur tidak letak banya bagi elak rasa yang terlalu masam.
5. Masukkan ayam dan bawang hiris. Kacau rata sehingga bawang layu. Angkat dan siap untuk dihidangkan.
kredit : FB Nina Sabrina Sarsan
5. Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan diperlukan:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara memasak:
1. Perap ayam dgn bhn kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak
6. Ayam Buttermilk
Bahan-bahan diperlukan:
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara memasak:
- Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
- Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
- Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
- Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Cara memasak kuah buttermilk:
- Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
- Masak sehingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Ayam Goreng Korean
Bahan Perapan:
10 ketul drummet ayam (bersihkan & tos)
7 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu gula
secubit garam
Cara Perap Ayam:
- Tumbuk semua bahan hingga lumat.
- Lumur pada ayam dan perapkan selama 30 minit minimum. Lagi lama lagi bagus.
Bahan Tepung Goreng Ayam:
1 senduk tepung gandum
1 senduk tepung jagung
Cara Menggoreng:
- Sebatikan kedua-dua tepung kering.
- Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam adunan tepung sambil golek-golekkan ayam.
- Pastikan minyak cukup panas sebelum masukkan ayam. Kawal api sampai ayam masak dengan sempurna. Dah nampak keperangan sedikit bolehlah angkat dan toskan minyak sampai betul-betul kering.
Bahan Untuk Sos:
3 ulas bawang putih
2 sudu cili kisar
2 sudu besar gula
4 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu madu
1 sudu jus lemon
garam secukup rasa
bijan (untuk hiasan)
daun bawang (untuk hiasan)
Cara Penyediaan Sos:
- Tumiskan bawang putih dan cili kisar hingga garing dengan sedikit minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan madu. Biarkan seketika kemudian masukkan jus lemon. Kacau sebati dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
- Sejukkan sebelum digaulkan dengan ayam goreng tadi.
- Taburkan ke atas ayam goreng yang telah disaluti dengan sos. Siap!
8. Ayam Pongteh Nyonya
Bahan-bahan (kisar):
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
Bahan-bahan:
3 paha ayam
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 sudu besar pes taucu
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar kicap manis
500ml stok ayam
1 biji cili merah (dipotong separuh)
Daun bawang (dihiris)
Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Tumis bahan kisar dan masukkan pes taucu dan kicap manis.
3. Masukkan ayam dan gaul. Kemudian masukkan stok ayam.
4. Masukkan gula melaka dan kentang.
5. Masukkan cili merah dan biar masak selama 10 minit atau hingga ayam sudah masak dan kentang sudah empuk.
6. Tabur daun bawang sebagai topping.
7. Ayam Pongteh sudah siap!
9. Ayam Goreng Sambal
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam - dicuci, digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa - dicampur dengan 1 cawan air
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 batang serai - dititik
garam
Bahan tumbuk lumat:
1 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan serai hingga wangi.
- Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
- Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
- Masukkan bawang besar, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
- Masukkan ayam. Gaul rata hingga bawang besar layu.
- Tutup api. Hidangkan.
10. Ayam Goreng Sambal Penyet
Bahan-bahan untuk ayam goreng:
1 ekor ayam, dibelah 4 atau ikut suka
4 sudu tepung gandum
4 sudu tepung jagung
1 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk kunyit
Bahan-bahan Sambal Penyet
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili merah
15 biji cili hijau
5 biji cili api
3 biji tomato
sedikit belacan
garam dan gula
Cara Penyediaan :
- Panaskan minyak dan kesemua bahan hingga layu. Angkat dan toskan
- Kisar atau tumbuk, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
- Satukan bahan-bahan untuk ayam goreng, dan biarkan sekejap.
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan
Kenali 5 Jenis Ayam Yang Dibeli
Terdapat beberapa jenis ayam yang terdapat di pasaran yang kita beli untuk masakan ayam tapi tiada ramai yang kenal jenis-jenis ayam yang dibeli.
1. Ayam Kampung Asli
Ayam kampung asli ini berasal dari Malaysia yang secara turun temurun diternak oleh masyarakat kampung. Ayam ini kebiasaannya hanya dijual secara langsung oleh penternak dan sukar didapati di pasaran. Ayam ini secara amnya diternak secara bebas tanpa dikurung.
2. Ayam Kacukan
Ayam kacukan merupakan ayam yang berasal daripada utara eropah. Ia dihasilkan dari kaedah kacukan baka tertentu. Ayam ini dijual secara meluas di pasaran dan mudah didapati di mana-mana pasar tani atau kedai makan.
3. Ayam Daging
Ayam daging ini dihasilkan melalui kajian genetik selama bertahun yang membolehkan ayam membesar dengan cepat. Ayam ini juga amat mudah di dapati di pasaran dan kemungkinan menjadi sajian harian anda dan keluarga.
4. Ayam Penelur
Seperti namanya, ayam ini dihasilkan daripada baka yang membolehkan ia menghasilkan beribu biji telur dalam masa setahun.
5. Ayam Pencen
Ayam pencen merupakan ayam penelur yang sudah tua. Umurnya mungkin melebihi 18 tahun dan telur juga semakin berkurang. Ayam ini kebiasaanya akan dijual sebagai ayam pencen dan biasanya dijual dengan harga yang murah. Kebiasaanya para ibu menggunakan ayam pencen dalam masakan bergulai atai masakan yang memerlukan proses yang lama disebabkan dagingnya yang liat dan mengambil masa untuk dimasak.
3 Comments
Terliur pulak tengok resipi ayam Kak Fuzy ni.
ReplyDeleteMakanan utama rakyat Malaysia
ReplyDeletesenang bila ada list macam ni.. tak la buntu nak masak ayam hehe
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!