Blog Bicara Mummy
Blog Bicara Mummy merupakan blog yang cukup dikenali dengan perkongsian tentang percutian, resepi masakan, kisah gayahidup dan tentang keibubapaan hingga mendapat penganugerahan Top 20 Parenting Blog pada tahun 2020.
Baca Juga :
Kenali Siapa Bicara Mummy
Penulis blog Bicara Mummy ini lebih selesa dipanggil Linda merupakan seorang isteri dan mummy kepada Dhia Batrisya, Dzal Aidi Fiqry dan Daim Naufal yang sedang membesar.
Beliau mendapat pendidikan dalam jurusan Civil Engineering di Sekolah Teknik Setapak pada tahun 1998 -1999. Beliau kemudiannya meneruskan pelajaran di bidang Electrical Engineering UiTM Arau Perlis dan UiTM Shah Alam.
Disebabkan beliau kurang berminat bekerja di bidang engineering, Linda kemudian menyambung pelajaran dalam bidang Management di UiTM Shah Alam.
Beliau punya banyak pengalaman di sektor perbankan antaranya di CIMB , AmBank dan juga RHB Bank hingga banyak memperolehi anugerah sepanjang kerjayanya.
Kini, beliau merupakan Life Planner full time di AIA dan turut menerima pelbagai anugerah sepanjang penglibatannya sebagai perunding di institusi terkemuka tersebut.
Walau punya kerja hakiki, beliau tidak jemu menulis blog dan berkongsi di media sosialnya di instagram, Facebook, Tik Tok dan chanel Youtubenya.
Kewujudan Blog Bicara Mummy
Linda mengwujudkan blog azlindaalin dengan tujuan untuk berkongsi cerita perihal anak-anak dari saat kelahiran sehingga anak-anak beliau membesar. Keseronokan menulis telah mengubah Linda untuk menulis pelbagai cerita untuk dikongsi dengan pembaca yang sering memberi sokongan.
Selain kisah anak-anak dan keluarga, anda boleh mendapat informasi tentang tip travel, resepi masakan serta bermacam-macam pengalaman beliau.
Tujuan asal Linda menjadi Blogger Malaysia adalah kerana untuk sharing sambil bercerita tentang anak-anak Linda. Progress dari kelahiran anaknya dari kecil sehingga besar. Lama-kelamaan, macam-macam Linda menulisnya di blog. Termasuklah perihal lifestyle, foods, travelling dan banyak lagi
Hasrat Mendalami Ilmu SEO
Blog masih menjadi medium popular dimana setiap hari orang ramai akan membuat pelbagai carian. Seiring dengan kepesatan dan perubahan dunia digital, Linda tidak jemu menggali ilmu terutamanya ilmu SEO.
Kini, blog Bicara Mummy kepunyaan Linda, kekal relevan dengan pelbagai penceritaan antaranya kisah beliau dan keluarga, kisah perjalanan, perkongsian tentang makanan termasuk perkongsian tentang keibubapaan serta gayahidup
Anda boleh mengenali lebih dekat penulis blog Bicara Mummy ini di blognya azlindaalin.com dan mungkin boleh mendapat inspirasi untuk menjadi penulis blog seperti Linda.
2 Comments
What a nice places...
ReplyDeleteada juga follow blog dia
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!