Ikan Sembilang : Resepi Gulai Utara Ikan Sembilang

Ikan Sembilang, antara ikan kegemaran ramai yang lazat isinya yang sesuai dimasak gulai atau kari, asam pedas ataupun gulai cili api. Ikan sembilang merupakan ikan yang popular di kalangan pemancing yang gemar menunggu di tepi pantai dan muara. Ia boleh ditemui di kawasan berair tawar yang bersambung dengan laut. Ikan ini mempunyai taburan yang meluas dari laut, muara hinggalah ke sungai-sungai berair payau.


ikan sembilang

Kenali Ikan Sembilang


Di Malaysia pula, selain nama sembilang atau semilang, terdapat juga kebanyakan orang memanggil spesies ini dengan nama gemang atau sembilang gemang.

Ikan bersengat yang berada dalam senarai ikan berbisa tinggi ini boleh didapati di kebanyakan kawasan pesisir dan muara di Malaysia. Ikan Sembilang mampu mencapai ukuran panjang hingga 100 cm, dengan besar kira-kira sebetis orang dewasa.


Namun, ramai yang selalu salah anggap diantara ikan sembilang dan ikan keli kerana ada beberapa tempat khususnya di Selangor, ikan keli juga dipanggil ikan semilang atau sembilang darat kerana bentuk keduanya sangat sama tapi sebenarnya tidak serupa.


Memang benar, jika dilihat sekali imbas memang nampak sama tapi mereka yang menyukai ikan sembilang pasti akan mengenali perbezaannya.


Perbezaan Ikan Sembilang Dan Ikan Keli 

Terdapat dua perbezaan ketara diantara, ikan sembilang mempunyai tiga sengat atau spina, satu di sisi kanan, satu di sisi kiri dan satu lagi di bahagian atas (atas kepala). Ekor ikan sembilang lurus dan panjang.


Manakala ikan keli mempunyai dua sengat pada bahagian sisi kanan dan sisi kiri dan ekornya berbentuk bulat dan tidak tajam.


Sebaliknya ikan keli hanya memiliki sepasang spina iaitu pada kedua-dua sirip pektoralnya. Pada sirip dorsalnya spina ini tidak hadir.

 

Kedua, ikan keli memiliki sirip kaudal yang terpisah dari sirip anal dan sirip dorsalnya. Sedangkan sirip kaudal pada ikan sembilang adalah bersambungan dengan sirip anal dan sirip dorsal keduanya.


Merujuk kepada sirip kaudalnya yang bersambungan seperti mana sifat pada ikan belut, sembilang digolongkan dalam keluarga belut bermisai atau catfish eel atau dengan nama keluarga Plotosidae. Walaupun ia hanya terdiri dari dua spesies, ia dikatakan sebagai ikan bermisai atau catfish yang paling luas taburannya berbanding taburan spesies catfish dari famili lain.


Manakala ikan keli pula tergolong dalam keluarga Clarias.


Ikan keli adalah ikan darat yang boleh didapati di sawah dan di sungai malahan sekarang ini kebanyakan ikan keli yang dijual adalah ikan yang dibela dalam sangkar.

 

Resepi Gulai Utara Ikan Sembilang

Ikan Sembilang ni lebih sedap terutama kalau dimasak gulai yang dicampurkan dengan rebung kuning, timun kuning atau tomato. Kuah gulai ikan sembilang perlu lebih masam dan tidak terlalu pekat.




Bahan-bahan:

2 ekor ikan sembilang, disiang, dikerat 4 (ikut kesukaan)

3 sudu besar rempah kari ikan Mak Siti 

Rebung kuning, dihiris 

2 tangkai daun kari

1 camca teh halba campur

garam secukup rasa

1 cawan santan

½ cawan air

1 cawan jus asam jawa


Bahan ditumbuk

4 ulas bawang merah 

2 ulas bawah putih 

½ inci halia 


    Cara Penyediaan :

  • Rempah dicampur dengan air (dalam ¼ cawan) dengan diletakan sedikit bawang yang ditumbuk dan dikacau hingga sebati.  Pastikan pes tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Panaskan minyak didalam periuk.  Tumis halba hingga naik bau dan masukkan bahan yang ditumbuk, tumis hingga kekuningan dan naik bau.  
  • Masukkan rempah dan dikacau selalu untuk pastikan rempah tidak melekat dan hangit, kemudian letakkan daun kari dan kacau. 
  • Bila nampak pecah minyak, masukkan rebung serta air asam jawa.  Masak hingga nampak rebung nampak sebati dengan rempah. Tambah air jika nampak agak kering.
  • Bila rempah nampak pecah minyak, masukkan santan dan kacau supaya sebati
  • Bila kuah hampir mendidih, masukkan ikan sembilang.  Ikan tak boleh dimasuk terlalu awal bimbang sebab isinya akan terlalu lembik atau hancur.
  • Tutup api bila kuah mengelegak dan perasakan dengan garam secukupnya.


Nota :
Rebung kuning dipotong dalam 2 inci dan kemudian dihiris di bahagian atas dan bawah supaya bila dimasak, rempah akan menyerap masuk dalam rebung





Cara Membasuh Ikan Sembilang


Ikan sembilang perlu dicuci dengan bersih, direndam dengan air serta tepung gandum supaya mudah untuk dibersihkan lendir-lendir yang terdapat pada ikan sembilang. Sebaiknya cuci ikan sembilang dengan asam jawa atau limau kasturi bagi menghilangkan bau hanyir ikan sembilang.

Sekiranya ingin menggoreng ikan sembilang, sebaiknya bahagian badan ikan sembilang dikelar rapat-rapat supaya tidak meletup-letup ketika digoreng atau boleh dilumur dengan tepung supaya isi ikan tidak terperecik ketika digoreng.


Baca Juga : Tahukah banyak khasiat dari biji ketumbar yang terdapat rempah?


Post a Comment

6 Comments

  1. Lamanya tak makan gulai ikan sembilang dgn timun kuning (kami panggil timun masak) ni... Kuahnya bagi cair² sikit...walah!

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan menyelerakan... Bahan-bahan nya pun tak sukar mana. Ada je kat rumah LeYa ni... Tinggal ikan je takde... Nanti ade ikan sembilang, boleh lah follow resipi ni. Tq kak fuzy

    ReplyDelete
  3. ramai yg selalu confuse ikan sembilang dan ikan keli :)

    ReplyDelete
  4. i tak pernah lagi masak ikan sembilang.. sebab kurang makan kan.. tapi sesekali lauk ikan sembilang wangsa maju sampai, memang habis licin hehehehe

    ReplyDelete
  5. Seram saya nak masak ikan keli ke ikan sembilang ke sebab mungkin bentuk dan warna ikan tu.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!