Indah Water : Daftar E-Bill IWK Dan Bayar Dengan Mudah Dan Cepat

Indah Water Konsortium (IWK) adalah pihak yang bertanggungjawab memproses air kotor atau air kumbahan yang datang dari rumah anda. Air kumbahan atau najis yang dipam selepas anda membuang air besar akan mengalir ke loji kumbahan IWK melalui paip-paip pembetungan bawah tanah untuk diproses, sebelum dilepaskan kembali ke sungai dalam keadaan bersih dari kotoran.



    Jika dulu ramai yang tertanya kenapa perlu membayar caj Indah Water? Ianya kerana tanpa proses rawatan oleh IWK, air kumbahan dari rumah anda akan terus masuk ke sungai dan menyebabkan pencemaran sehingga sungai tidak lagi mengandungi oksigen dan ikan serta tumbuhan akan mati.


    Tahukah anda pihak Indah Water Konsortium (IWK) telah mewujudkan kemudahan E-bill bagi memudahkan pengguna membuat semakan dan juga membuat pembayaran bil IWK secara atas talian tanpa perlu beratur di cawangan IWK mahupun di Pejabat Pos mahupun di kedai serbaneka.


    Indah Water Konsortium (IWK)


    Mengenai Indah Water Konsortium

    Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Indah Water atau IWK) merupakan syarikat pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan Malaysia. 


    Ia merupakan syarikat berkaitan kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan cekap untuk Malaysia Barat. Pengurusan dan operasi syarikat ini ditadbir sejajar dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar


    Pengurusan dan operasi syarikat ini ditadbir sejajar dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar.


    Kenali Jenis Caj Penyelenggaran 

    Terdapat perbezaan caj penyelengaraan ke atas 4 jenis premis yang berbeza iaitu :


    1. Premis domestik - premis yang dibangunkan bagi kediaman pemilik / penghuni.


    2. Premis komersial  - premis perdagangan, perniagaan, perkhidmatan atau apa-apa aktiviti lain yang mendapat keuntungan.


    3. Premis perindustrian - premis yang menjalankan aktiviti utama seperti pembuatan, pengubahan, pengadunan bagi tujuan mengguna, menjual, mengangkut, menghantar atau melupuskan termasuklah pemasangan bahagian dan pembaikan kapal kecuali perdagangan jualan runcit atau borong.


    4. Premis kerajaan - premis yang dipunyai dan diduduki oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, suatu pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang ditubuhkan oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri, Mahkamah atau tribunal.


    Caj Asas Bulanan Premis Domestik

    Dibawah adalah caj asas bulanan perkhidmatan untuk premis domestik selaku penghuni rumah.


    Bermula Januari 2020, IWK telah menukar kitaran bil dari empat bulan kepada enam bulan sekali buat pelanggan Domestik dan Kuaters Kerajaan sahaja. Ini bermaksud bil bagi caj pekhidmatan penyelenggaraan sistem pembetungan akan dikeluarkan sebanyak dua (2) kali setahun.


    Jom Semak  Bil Indah Water!


    Semakan E-bill IWK

    Layari portal E_bill IWK di pautan https://www.iwk.com.my/pay-bill.  Masukkan sewerage no dan tekan Check Account Balance. 


    Selain dari itu anda boleh mendapatkan jumlah pembayaran dengan memuatturun aplikasi IWK di peranti pintar anda sekiranya anda menggunakan telefon bimbit anda.


    Cara Berdaftar Untuk E-Bill IWK

    Tahukah anda apabila ada mendaftar untuk E-Bill IWK, anda akan dapat jimat RM2 dan tiada lagi perlu menunggu bil secara fizikal dihantar ke rumah anda setiap 2 kali setahun.


    Jadi, jom daftar hari ini dan nikmati penjimatan dengan melayari portal E_bill IWK di pautan https://www.iwk.com.my/e-bill


    Untuk berdaftar, klik pada pautan “Register Now!”

    1. Masukkan butiran-butiran yang dikehendaki:
    2. Sewerage Account No
    3. Email Address
    4. Full Name / Company Name
    5. IC / Passport No.
    6. Contact Number
    7. Verification Code

    Tandakan pada kotak persetujuan dengan terma dan syarat. Klik pada butang Register. Selesai.


    Seterusnya anda boleh melihat bil IWK yang perlu dibayar setelah anda log masuk ke akaun.


    Anda juga boleh membuat pembayaran tanpa mempunyai akaun dengan klik ke bahagian 'Pay-Bill" dengan memasukkan no sewerage dan klik pada "Check Account Balance"



    Muaturun Aplikasi Indah Water di Peranti

    Anda boleh muatturun aplikasi IWK di Google Play bagi Android atau Apps Store bagi iOS.


    Bagi pengguna baru, klik New Registration dan masukkan maklumat seperti Email, Nama Penuh, No Untuk Dihubungi, Kad Pengenalan dan masukkan "Sewerage No"


    Setelah membuat pendaftaran, log masuk ke akaun anda, anda boleh melihat bil IWK yang perlu dibayar. 

    Pada bahagian menu, klik pada “Manage eBill” untuk melihat bil IWK anda dan seterusnya membayar bil anda.


        Semakan di peranti Android atau iOS

    Anda boleh buat semakan bill dengan klik ke Pay Bill dengan memasukkan no di "My sewerage no" dan tekan 'Check Account Balance'.

    Nanti akan terpamer alamat anda dan jumlah pembayaran yang anda boleh lakukan secara terus dengan klik "Pay Now".

    Masukkan alamat email / no telefon dan klikk "Confirm"

    Seterusnya akan terpamer keterangan dan pembayaran boleh dibuat dengan kad kredit dan kad debit atau secara online.


    Bayaran E-bill Indah Water (IWK)

    Secara umumnya terdapat beberapa cara unuk ada membayar bil Indah Water secara dalam talian selain membuat pembayaran melalui portal Indah Water dan aplikasi yang telah anda muatturun di telefon bimbit anda.


    Harap maklum bahawa amaun transaksi minima adalah RM1.00.


    Bayaran melalui Perbankan Internet (JomPAY)

        Bagi pelanggan Maybank dan BSN

    • Log masuk ke akaun bank dan pilih Indah Water Konsortium dari senarai Payee
    • Ref 1: Masukkan Nombor Akaun Pembentungan IWK
    • Ref 2:: Masukkan no telefon atau alamat emel anda
    • Masukkan jumlah amaun yang ingin dibayar
    • Request TAC
    • Masukkkan TAC dan lengkapkan pembayaran


        Pelanggan CIMB, Bank Islam dll

    • Log masuk akaun bank anda 
    • Pilih Menu Pay & Transfer atau Pay Bills (bergantung pada menu bank masing-masing)
    • Pilih JomPAY
    • Pada bahagian Biller, masukkan Biller Code: 68502


    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi IWK melalui saluran berikut:


    Laman web: https://iwk.com.my/home#

    Alamat : No 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.

    Telefon : +603 2780 1100

    Faks : +603 2780 1101

    Facebook : https://www.facebook.com/IndahWaterKonsortium/


    Penafian 

    Maklumat yang disediakan adalah maklumat umum sahaja berlandaskan pada maklumat pada tarikh artikel ini dikeluarkan. Sebarang perubahan atau maklumat lanjut, boleh dirujuk terus kepada laman web yang dinyatakan.

    Apa pun kami akan memastikan segala maklumat yang disediakan di dalam artikel ini adalah tepat, boleh dipercayai dan lengkap ketika ia ditulis.


    Harap maklum, sebarang artikel yang di dalam blog ini tidak boleh disandarkan untuk membuat sebarang keputusan kewangan, pelaburan, harta tanah atau perundangan. Selain itu, maklumat tersebut tidak seharusnya menggantikan nasihat profesional terlatih yang mempertimbangkan fakta dan situasi persendirian anda, dan kami tidak menerima pertanggungjawaban jika anda menggunakan maklumat tersebut bagi membuat keputusan.


    Post a Comment

    3 Comments

    1. saya pun terima bill IWK dalam emel sahaja. lebih mudah

      ReplyDelete
    2. SA pun guna apps jer skrg ni..cuma tu la..harga dah naik erk..SA bayar RM60 DAH BARU2 NI

      ReplyDelete
    3. sekarang dah senang.. semua di hujung jari, sesambil tgk tv pun boleh settle bil kan

      ReplyDelete

    Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!