Inovasi Hijau : MOU PKNPK Dan TNB Genco Bagi Solar Hibrid Terapung

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan TNB Generation Sdn Bhd (TNB GENCO) bagi mengkaji potensi pembangunan projek Floating Solar Photovoltaic (FSPV) di sungai-sungai empangan hidroelektrik dan kawasan tadahan di bawah TNB di Negeri Perak.

Sejajar dengan rancangan Perak Sejahtera 2030, projek ini yang dipacu di bawah Flagship 12 – Sumber Air dan Sumber Tenaga Boleh Baharu, menggariskan dedikasi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi negeri Perak dalam usaha untuk memastikan pembangunan negeri yang bersifat lestari pada peringkat nasional dan antarabangsa.




YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata, “Kerajaan Negeri Perak mendokong dasar Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menggariskan untuk mencapai sasaran kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 70 peratus




menjelang 2050. Ekoran daripada pelancaran NETR Fasa 1 baru-baru ini, PKNPk dan TNB Genco telah mengadakan beberapa sesi perbincangandan berminat untuk menjalin usahasama bagi mengkaji dan menerokai Pembangunan FSPV di kawasan TNB. Ini adalah usaha menyokong Pelan NETR bagi Flagship – Zon Tenaga Boleh Baharu yang diterajui oleh TNB bagi pembangunan solar terapung dengan potensi kapasiti keseluruhan 2,500 MW di empangan-empangan hidro TNB dalam penjanaan elektrik merangkap stor simpanan tenaga.”

“Kerajaan Negeri kini giat memperkasakan inisiatif pembangunan Teknologi Hijau melalui PKNPk yang telah diamanahkan untuk menggerakkan Agenda Teknologi Hijau di Negeri Perak. Pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 8 Februari 2023 yang lalu, telah bersetuju diluluskan pelaksanaan projek pembangunan ladang solar terapung melalui skim LSS secara berperingkat, tertakluk kepada kajian kebolehsanaan dan permintaan industri di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti bersesuaian di negeri Perak”.


Dato’ Seri Saarani turut menyatakan PKNPk berperanan aktif sebagai pemudah cara dalam menarik pelaburan sektor swasta bagi menjalinkan kerjasama strategik bersama pemain-pemain industri melalui Program Flagship Perak Sejahtera 2030.


Ketua Eksekutif PKNPk, Datuk Redza Rafiq dalam kenyataannya berkata, “PKNPk percaya bahawa projek-projek berimpak tinggi dengan faedah alam sekitar yang mampan boleh merealisasikan matlamat tenaga jangka panjang, memacu inovasi teknologi dan mewujudkan banyak peluang perniagaan dan pekerjaan, terutamanya di Negeri Perak. Melalui kerjasama dengan TNB GENCO, PKNPk akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan dalam tempoh masa yang ditetapkan sebagai pelopor kepada usaha fotovoltaik solar terapung.

Memandangkan ianya melibatkan pelaburan yang besar, beberapa aspek kritikal wajar dikenalpasti dan sokongan serta kolaborasi bersama agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkaitan amatlah diperlukan”.


Kerjasama TNB GENCO dan PKNPk menumpukan kepada beberapa aspek iaitu: 

Eksplorasi Tenaga Solar di Sungai-sungai di Kawasan Empangan di bawah TNB:

Teras MoU ini terletak pada penilaian potensi sistem Floating Solar Photovoltaic (FSPV) di empangan dan kawasan tadahan hidroelektrik Sungai Perak. Melalui garis panduan daripada TNB GENCO, sumber TBB dapat dimanfaatkan melalui penjanaan tenaga solar yang mampan dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar.


Kolaborasi dengan pihak-pihak berkuasa:

Mengenalpasti polisi dan peraturan, PKNPk dan TNB GENCO secara pro aktif akan melibatkan agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang berkaitan bagi mendapatkan sokongan dan kerjasama.


Penyesuaian Keberhasilan:

MoU ini adalah untuk mencapai matlamat kejayaan bersama bagi melaksanakan tugas dan kajian yang menekankan penyesuaian inovasi, kemajuan teknologi dan keupayaan menangani situasi.


Majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bersempena The Energy Transition Exhibition 2023 telah menyaksikan 13 pertukaran dokumen antara TNB dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Pada majlis tersebut, Majuperak Holdings Berhad (MHB) iaitu sebuah anak syarikat PKNPk yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia turut menandatangani MoU bersama TNB Renewables Sdn Bhd (TNB RE) bagi mengkaji potensi solar park di bawah projek inisiatif syarikat berkenaan.


YAB Menteri Besar Perak menyaksikan kedua-dua pertukaran dokumen MoU semasa majlis itu bersama Datuk Hisham Abdul Halim Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan Perniagaan & Komersial TNB GENCO dan Tuan Syed Omar Albar Syed Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif PKNPk. Turut menyaksikan pertukaran dokumen MoU tersebut ialah Datuk Abdul Razak Abdul Majid, Pengerusi TNB serta Dato’ Indera Baharin Din, Ketua Pegawai Eksekutif TNB.


Maklumat lanjut, sila hubungi:

Intan Tantiyana Puteri Binti Jaafar

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP)

E intan@pknpgroup.com.my

M +6019 5400 004


Mengenai PKNPk

Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) adalah agensi utama kerajaan yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi dan pertumbuhan sosio-ekonomi di Negeri Perak. Matlamat utama PKNP adalah untuk merangsang pertumbuhan secara berterusan bagi mengubah landskap ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri ini. 

Bagi mencapai matlamat utamanya, PKNP mengambil pendekatan dengan mengenalpasti dan memupuk keperluan untuk memperkukuhkan rakyat melalui pencapaian budaya berprestasi tinggi. Sejajar dengan penggabungan budaya berprestasi tinggi dan pemanfaatan ke atas sumber asli di negeri ini akan mempercepatkan pembangunan negeri Perak dari segi ekonomi dan sosio-ekonomi yang ideal ke tahap baru yang lebih tinggi.

Post a Comment

0 Comments