Bahan Utama Kuah Laksa
Secara dasarnya bahan utama untuk membuat kuah laksa seperti bunga kantan, daun kesum, isi ikan kembung, asam gelugur dan ada yang menambah dengan petis atau otak udang. Selain dari itu ramuan lain untuk menambahkan kesedapan laksa adalah seperti daun selom, bawang besar, timun, limau, telur rebus, cili merah, cili api, dan daun pudina.
Di Kedah, dan Perlis laksa akan bertambah sedap dengan tambahan hirisan seperti daun putat, daun selom dan daun gajus. Laksa yang sedap adalah laksa yang diperbuat dari beras.
Terdapat beberapa tip untuk menjadikan kuah laksa utara sedap dan mungkin tip dibawah mampu membantu anda yang masih tercari-cari sebab kuah laksa yang anda buat tidak berapa menjadi dan kurang sedap. Selamat mencuba
Tip Kuah Laksa Sedap
a. Ikan
Ada beberapa jenis ikan yang sedap untuk dijadikan kuah laksa antaranya ikan kembung dicampur ikan tongkol bagi memekatkan kuah, ikan selayang, ikan sardin, ikan tenggiri lazimnya digunakan untuk kuah laksa Johor.
Ikan kembung atau ikan sardin segar direbus, kemudian disiang memisahkan isi dengan tulang. Isinya kemudian dikisar hingga halus dan tulang juga dikisar dan ditapis. Penggunaan ikan tongkol yang direbus, dikisar dan dicampur dalam isi ikan kembung untuk memekatkan kuah laksa.
Selain ikan segar, laksa juga dibuat menggunakan sardin dalam tin seperti sardin Ayam Brand yang isinya sedap.
Ada juga yang akan menumbuk isi ikan sardin untuk menampakkan tekstur ikan kasar-kasar terutama bila memasak Asam Laksa
b. Bawang & Cili Kering
Bawang besar digunakan untuk menghasilkan kuah yang lebih sedap dan manis tanpa menggunakan bawang putih atau bawang kecil. Nak lagi sedap letak bawang besar dalam 2 labu, dikisar dengan cili kering serta cili api untuk bagi rasa lebih pedas.
Kalau bonda akan tambah bahan seperti jintan manis dan jintan putih yang dikisar halus.
Setelah dikisar, cili kering dan bawang besar hingga halus, masukkan terus ke dalam periuk dan tambah sedikit air. Renih hingga kuah menjadi agak kering dan dimasukkan isi ikan yang telah dikisar halus bersama airnya.
c. Bunga Kantan & Daun Kesum
Nak sedap mesti ada 2 bahan utama ni tapi kalau tak ada salah satu pun dah cukup. Kalau tak ada langsung nak guna apa? kalau tak ada postpone je lah buat laksa kau tu. Kahkahkah
d. Asam Gelugur
Asam keping memainkan peranan penting dalam menghasilkan kuah laksa yang sedap. Pastikan asam keping baru ( tidak hitam) dan asam ni rendam sekejap bagi kembang. Bila kita rebus dalam kuah asam akan lebih kembang dan buatkan kuah rasa masam yang sedap.
e. Belacan
Bagi umi, laksa yang sedap bergantung pada belacan juga dan anggaran berapa banyak belacan tu bergantung ikut kesukaan. Bagi yang tak boleh makan belacan, boleh saja buat kuah tanpa belacan tapi rasanya memang kurang kick la.
f. Serbuk AjiNoMoto Atau Serbuk Perasa
Penggunaan serbuk aji-no-moto ni memang memainkan peranan dalam kuah laksa, atau asam rebus utara sebab bahan ini yang memaniskan kuah tapi ada yang tak suka atau alergik, buat saja kuah ikut selera dan citarasa.
Baca Juga : 15 Resepi Laksa Kegemaran Rakyat Malaysia
Terdapat 7 jenis laksa yang cukup popular dn digemari ramai dan ada sesetengah laksa itu tidak banyak berbeza tapi terdapat beberapa elemen yang membezakannya.
7 Jenis Laksa Popular Kegemaran Ramai
1. Laksa Utara
Bila sebut Laksa Utara terdapat 3 jenis laksa yang lebih kurang sama malah ketiga-tiganya. Laksa Utara dengan Laksa Penang tidak banyak perbezaan namun terdapat beberapa bahan yang membezakannya.
Laksa Perak: Kuahnya tidak pekat dan lebih nipis dan berair dan menggunakan daun salad sebagai hiasan dan ulaman. Lazimnya laksa ini tidak menggunakan belacan.
Laksa Kedah: Kuah laksa Kedah lebih pekat dan banyak isinya dan terdapat belacan didalam kuahnya.
Menggunakan belacan dan daun selom sebagai hiasan bersama timun, hirisan bawan dan limau kasturi.
Laksa Perlis: Menggunakan daun selom dan daun putat yang memberi aroma dan rasa berbeza pada kuahnya.
Laksa Kedah dan Laksa Perlis menggunakan daun selom, daun putat, daun gajus sebagai ulaman yang menambahkan lagi keenakan kedua jenis laksa.
2. Laksa Penang
Laksa yang cukup popular dengan tambahan penggunaan nenas dan petis udang. Kuahnya agak nipis dan sayur salad digunakan sebagai ulaman yang melengkapkan selain timun, cili api potong, limau kasturi dan telur rebus.
3. Laksam (Kelantan)
Pembuatan laksam ini sangat menrenyahkan kerana ianya perlu diadun dengan campuran tepung gandum dan tepung beras, kemudian dikukus dan digulung.
Kuahnya berwarna putih berlemak hasil dari penggunaan santan, lada hitam serta sering menggunakan ikan selayang yang cukup memberi rasa enak pada kuahnya.
Laksam dinikmati dengan sayuran seperti kacang panjang, taugeh dan sambal belacan.
4. Laksa Nyonya (Melaka)
Laksa ini biasanya dimakan bersama mi kuning ini agak berlainan dari laksa yang lain kerana ianya tidak menggunakan sebarang ikan atau isi ikan. Kuahnya yang lemak daripada santan dan bahan-bahan lain yang membuatkan rasa Laksa Nyonya ini sangat menyelerakan. Selain menggunakan mi kuning, kuah Laksa Nyonya boleh dinikmati dengan menggunakan bihun yang lebih halus.
6. Laksa Terengganu
Siapa kata Terengganu tiada laksa? Ia lebih kurang sama dengan laksam tetapi ia menggunakan mi yang diperbuat daripada tepung gamdum.
5. Laksa Johor
Laksa Johor juga agak berbeza dengan penggunaan spaghetti dan dengan kuah yang pekat dan sambal seakan sambal laksam. Kuah Laksa Johor juga menggunakn bahan seperti herba, rempah dan sambal belacan dan sayuran seperti kacang panjang dan taugeh.
Tapi ada juga Laksa Johor yang menggunakan laksa seperti laksa-laksa yang lain sebab harga spaghetti yang akan mahal.
7. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak ni juga sangat berbeza dari laksa yang ramai orang pernah rasai kerana terdapat campuran rasa berherba dan berempah yang sangat unik dan laksanya pula menggunakan bihun. Laksa Sarawak juga agak sukar didapati apatah lagi yang benar-benar sedap di Semenanjung
Makna Laksa Dan Sejarah Laksa
Laksa berasal daripada Semenanjung Utara Malaysia iaitu di Kedah dan Pulau Pinang. Laksa pertama dihasilkan ialah Asam Laksa. Kemudian di inovasi oleh Cina Peranakan Malaysia iaitu Laksa Nyonya di Melaka, lalu tersebar di Asia tenggara. Makanan ini telah sebati dalam budaya Cina, Melayu dan Peranakan Malaysia. Di makan dengan makanan sampingan seperti Sambal Belacan ataupun olahan minyak cili.
Terdapat pelbagai teori tentang asal usul laksa. Salah satunya ialah perkataan "laksa" berasal daripada perkataan Parsi purba untuk "mi". Menurut Denys Lombard dalam buku Le carrefour Javanais. Essai d'histoire globale II, yang diterbitkan pada tahun 2005, salah satu catatan terawal perkataan laksa untuk menggambarkan mi telah ditemui dalam prasasti Biluluk Jawa bertarikh 1391 pada era Majapahit, yang menyebut perkataan "hanglaksa". "Hanglaksa" dalam bahasa Kawi bermaksud, "pembuat bihun".
Perkataan laksa juga mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak atau "sepuluh ribu" (seperti mana dalam dokumen lama seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.
Satu lagi teori tentang asal-usul hidangan ini bermula pada ekspedisi tentera laut Cina Dinasti Ming pada abad ke-15 yang diketuai oleh Zheng He, yang di mana armadanya mengemudi Maritim Asia Tenggara. Walau pun begitu, orang Cina seberang laut telahpun menetap lebih awal di pelbagai bahagian di Maritim Asia Tenggara, berbanding ekspedisi Zheng He. Disebabkan hal itu, bilangan pendatang dan pedagang Cina meningkat dengan ketara. Lelaki Cina berkahwin campur dengan penduduk tempatan, dan bersama-sama mereka membentuk masyarakat bercampur yang dipanggil Cina Peranakan atau Cina Selat dan Baba dan Nyonya. Di Malaysia, varian laksa terawal dipercayai telah diperkenalkan oleh orang Cina Peranakan di Melaka
sumber : wikipedia
2 Comments
laksa!!!! favourite sangat laksa yg masam-masam..
ReplyDeleteSaya.....peminat laksa utara. Pernah masak tapi saya rasa tak sesedap yang saya beli laksa utara tu.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!