Tempat Menarik Di Penang : Pertama Kali Berlagak Tourist Singgah Tempat Menarik Di Penang

Penang bukan lokasi asing bagi kami dan dah jadi persinggahan wajib samada  waktu nak balik Kedah atau sebelum meneruskan perjalanan balik KL sejak kedua mertua dah tiada. Malahan waktu kecil dulu, abaha akan bawa kami ke Penang untuk makan-makan dan jalan-jalan kat Komtar, lepas tu singgah rumah mak sedara di Batu Uban.

Dari Kuala Lumpur Ke Penang

Rencana asal DH nak sambut Hari Raya Aidil Adha di Penang tapi umi tak nak tukar rutin menjaga dan menginap pada malam Jumaat, tapi masih bertolak hari Jumaat selepas solat Jumaat. 


Penang


Bila sebut Penang, pasti dah terbayang nasi kandar, pasembor, jeruk Pak Ali, pasar Batu Feringghi, Bukit Bendera dan banyak lagi. Keseronokan berganda bila ke Penang dapat naik feri, tapi  sekarang guna jambatan untuk ke seberang pulau sebab perkhidmatan feri dah diberhentikan. Ada ura-ura yang perkhidmatan feri akan kembali, kita tunggu berita baik ni nanti.


Penang


Alhamdulillah, perjalanan agak lancar walau banyak kenderaan dan kami sampai kat tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dalam jam 8 malam. Pemandangan waktu malam kat atas jambatan yang cukup menarik.

Sampai ke rumah adik DH, terus kami dijamu makan malam dan tak kuasa nak keluar bila dah  panjat tangga ke tingkat 4 walau ikut plan kami akan makan malam nasi kandar. Plan pun bertukar untuk makan nasi kandar keesokkan harinya.

Perut dah kenyang, rehat dan tidurlah untuk merehatkan badan, otak dan fizikal.


Pusing Balik Pulau

Lepas sarapan dengan nasi lemak yang SiL masakkan, kami semua gerak keluar nak city tour Penang yang acapkali dikunjungi tapi hanya singgah bermalam dan makan nasi kandar dan makan dan makan. Nak shopping? kat KL pun dah rasa malas nak masuk mall kecuali ada benda yang nak dicari. 


Tempat pertama yang disinggah di Balik Pulau ialah kat gerai durian sebab orang utara ni memang suka makan pulut dengan durian. Mujur durian tu diletakkan dalam kereta SiL, kalau tak mau pening kepala.


Memang seronok layan jalan yang cukup relax sambil tengok laut, dusun durian dan teringat kenangan ofis dulu join family day dengan kakitangan UIA beberapa tahun dulu. Memang kenangan indah sungguh. 

Paling sedih pasar di Batu Feringghi dah tak beroperasi lagi, dan kami pernah beberapa kali ke pasar malam ni sebab anak-anak cukup suka memenatkan kaki sambil mengosongkan poket si ayah.


Singgah Di Air Terjun Titi Kerawang



Lokasi pertama kami berhenti ialah di Titi Kerawang yang terletak di Balik Pulau. Kat sini ada air terjun tapi tempat ni macam dah lama tak dikunjungi mungkin sebab PKP. Kami tak masuk sampai ke dalam sebab kawasan ni agak licin sebab baru lepas hujan. Hanya DH turun ke bawah ambil gambar jer. Memang deras air yang mengalir, sampai rasa cuak tengok DH turun tu.


Memang waktu google ada orang yang naik mandi kat air terjun tapi, umi tak berminat untuk mandi kat sungai cukup sekadar sampai untuk ambil gambar. Lagipun risau pulak ada pacat atau haiwan yang menyusup tu. Ohh tidakkkk!


Empangan Teluk Bahang


Mulanya agak malas nak turun dari kereta sebab cuaca panas yang teramat panas tapi rasa rugi pulak tak turun untuk berswafoto dan ambil gambar pemandangan. Rugi la kan sebab takk tahu bila lagi nak boleh singgah sini walau memang kami kerap ke Penang.

Luas, seluas mata memandang dan kenderaan pun tak berapa banyak melalui jalan ni. Bagi KC Iman, KY Amanda memang suka bergambar, memang banyaklah gambar diaorg diambil oleh DH.

Empangan Teluk Bahang ini dibina pada tahun 1999 dan adalah empangan terbesar daripada Empangan Air Itam dan Empangan Mengkuang dan kat sini juga adalah lokasi untuk acara bot naga antarabangsa.


Masjid Terapung Tanjung Bungah


Kami singgah untuk nikmati keindahan masjid dan persekitaran masjid yang berlatarbelakangkan laut Selat Dinding dan perahu nelayan. Subhanallah, memang cantik dengan warna masjid putih bersih cukup mempersona. Cuma umi tak masuk ke dalam masjid sebab tak nak menganggu jemaah yang sedang mengerjakan solat. Umi dapat shot gambar cantik pun sebab ikut DH yang ajak ke port cantik untuk snap gambar.  


Kalau anda ke sini, pastikan anda masuk ke dalam untuk solat sambil menikmati pemandangan indah masjid terapung ni. Umi tak solat disini memandangkan waktu kami sampai tu, baru berkumandang azan, selain umi tak bawa telekung, kami kan bermusafir, jaddi boleh solat jamak.


Masjid Daerah Timur Laut atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung Tanjung Bungah terletak di persisiran pantai Tanjung Bungah. Ianya bukan terapung dengan erti sebenar sebab ia masih berdiri atas tiang-tiang. Masjid ini adalah masjid yang pertama di Malaysia yang dibina di atas permukaan laut dan dibina untuk menggantikan Masjid Tanjung Bungah Lama. Masjid ini telah dirasmikan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Mac 2007.


Menarik tentang masjid ini : Masjid ini tetap kukuh ketika berlakunya tsunami 13 tahun dulu (2004) yang meranapkan rumah penduduk di pesisir pantai, masjid berkenaan tetap kukuh malah bertindak sebagai benteng penahan ombak yang mungkin boleh mengakibatkan kemusnahan lebih teruk kepada persekitaran Tanjung Bungah.

Reka bentuk bangunan masjid menggabungkan seni bina tempatan dan pengaruh dari Turki. Kubah berbentuk aerodinamik sesuai dengan persekitaran lautan selain menara azan setinggi tujuh tingkat dihiasi ukiran kayu jati serta seni khat kaligrafi Indonesia turut menjadi mercu tanda masjid.

Lantai mozek dan seramik berwarna warni memberi pencahayaan lebih menarik kepada masjid dua tingkat itu yang dicantikkan lagi dengan pagar tembok bercorak bunga matahari di sekeliling serta pintu hadapan masjid.

sumber : https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/274006/masjid-terapung-tanjung-bungah-tarikan-pelancong

    

Makan Tengahhari Nasi Kandar




Bila adik DH bagitau nak bawa kami makan kat kedai nasi kandar Mohd Raffe ni, memang down kejap sebab Umi aim nak makan kat Nasi Kandar Beratur. Tapi dalam hati, takpe la janji nasi kandar! First time pulak tu makan nasi kandar sianghari. Jam 6.15 tu masih siang kan? Bukan tak biasa makan nasi kandar waktu siang tapi terbiasa makan nasi kandar di Nasi Kandar Beratur (NKB) yang beroperasi waktu malam. Kalau dulu makan kat Nasi Kandar Line Clear pun makan waktu tengahari tapi tu lama dulu la dan kalau kat KL pun pernah makan nasi kandar waktu tengahari juga tapi feeling makan nasi kandar kat Penang ni lain tau.


Selain campuran kuah yang sedap, lauk seperti ayam goreng bawang dan sayur bendi, nasi kandar perlu ada sambal kelapa yang sedap macam kat kedai Nasi Kadar Beratur dan kat  restoran ini pun ada sambal kelapa juga. So tak la berkilan tak makan kat NKB tu cuma sambal kelapa kat NKB tu lebih sedap ikut selera umi la.


Baca Juga : 10 Nasi Kandar Terbaik Di Penang

 

Pantai Bayan Lepas Tepi Highway

Kami singgah berhenti di tepi jalan sebab alkisah nak tengok sunset tapi kat sini bukan lokasi yang menarik walau pemandangan pun memang cantik dengan kelihatan jambatan Pulau Pinang dari kejauhan. Indah!



Ramai juga yang duduk bersantai kat sini menghirup angin laut dan ada juga yang ambil kesempatan memancing, cuma kat sini tak ada ruang parking dan kenderaan hanya park kereta di bahu jalan je.


Kejar Sunset Di Dataran Matang

Ingat nak balik terus tapi KC masih tak puas nak tengok sunset, diajak DH ke Dataran Matang. Di sini juga adalah laluan ke Pantai Esen dan KC tahu sebab dia pernah ke sini waktu belajar dulu. Waktu kami sampai, kami dah terlepas sunset tapi tetap stay nak ambil gambar.

Pantai Esen ni tidak ramai yang tahu kecuali penduduk kat Penang ni dan untuk ke situ, kena menapak agak jauh, yang memang tidak mungkin umi buat sebab kaki dah lenguh dan badan dah penat.

  


Dalam dok layan pemandangan langit, ada pulak kapalterbang baru take off, jadi sempatlah di ambil gambarnya.


Swafoto di Airport Bayan Lepas

Kami tak tunggu lama, nak makan perut masih kenyang, jadinya kami balik tapi sempat pulak kami singgah di kawasan airport dan ambil gambar. Jenuh DH melayan anak-anak daranya.




Bila bab bergambar ni memang kesukaan anak-anak walau jarang dimuatturun di media sosial dan kebetulan waktu tu flight tengah take off jadi sempatlah umi shot video dan gambar.


Makan Malam Nan Cheese sedap

Memang letih sebab seharian berjalan walau bukan berjalan kaki tapi tetap penat. Baru jejak kaki ke rumah, KC Iman nak keluar balik, katanya nak beli nan cheese sedap. 


Memang recommend sangat nan cheese kat Restoran Kapitan ni, memang sedap nan cheese ni dengan walau tanpa mint sauce tapi cheesenya melimpah dan roti nan tu tak kering. Dalam rasa penat tu nan cheese habis tanpa berberkas.


Bertolak Balik KL

DH dah awal-awal ingatkan the girls yang kami akan bertolak jam 8 pagi tapi seperti biasa kalau ada 4 anak dara yang nak bersiap memang la akan terlebih masa dan kami turun ke kereta pun dah jam 9 pagi.




Memang tak sah la kalau DH tak bebel sebab dia tak nak stuck dalam jem kat highway kan yang sangat menduga rasa. 


Kami tak rush mana pun tapi kalau boleh nak sampai awal sebab nak rehat sebab bercuti ni memang meletihkan. 


Memandangkan kami ikut jalan lama, kami singgah Ipoh dan singgah lokasi pelancongan yang menarik. Ok, nanti umi kongsi.


Senarai Tempat Menarik Di Penang

  • Masjid Terapung Tanjung Bungah ✔
  • Dataran Matang Street Food ✔
  • Pantai Esen
  • Tropical Garden ✔
  • Tanjung Bungah  ✔
  •  Bukit Bendera ✔
  • Port Cornwallis ✔✔
  • Air Terjun Titi Kerawang ✔
  • Pantai Batu Feringghi ✔
  • Rumah P. Ramlee
  • Penang Tunnel Museum
  • Muzium Peranakan Penang
  • Penang Art Street ✔✔
  • Masjid Negeri Pulau Pinang
  • Kek Lok Si Temple ✔✔
  • Taman Negara Pulau Pinang
  • Taman Botani Penang ✔✔
  • Muzium Perang ✔✔✔
  • Feri Pulau Pinang ✔✔✔
  • Masjid Kapitan Keling
  • Padang Kota Lama ✔✔✔
  • Pasar Chowrasta ✔
  • Gurney Drive ✔✔
  • The Habitat, Bukit Bendera
  • ESCAPE Theme Park
  • Entopia by Penang Butterfly Farm
  • Cheong Fatt Tze Mansion
  • The TOP Komtar
  • Pulau Jerejak
  • Teluk Duyung (Mongkey Beach)
  • Jeti-Jeti Penang
  • Avatar Secret Garden
  • WonderFood Museum
  • Design Village Outlet Mall Penang
  • Audi Dream Farm
  • Taman Burung Penang
  • Penang 3D Trick Art Museum
  • Kampung Agong
  • Armenian Street
  • The Dark Mansion
  • Pantamania Magic World Penang
  • Upside Down Museum Penang
  • Saanen Dairy Goat Farm
  • Pasar Lorong Kulit / Pasar Pagi Stadium Negeri
  • Pantai Miami
  • Pantai Kerachut
  • Taman Rimba Teluk Bahang
  • Taman Negeri Bukit Panchor
  • Muzium Hantu
  • Pantai Teluk Kampi
  • Muzium & Galeri Tengku Fauziah
  • Muzium Kamera Pulau Pinang
  • PG Gold Museum
  • Bao Sheng Durian Farm

Nota : ✔ 1 kali | ✔✔ 2 kali | ✔✔✔ 3 kali dan lebih

Post a Comment

5 Comments

  1. sedap tu nasi kandar dengan pasembor. dah lama tak ke sana berjalan. Nak jalan ke penang ni memang banyak cumanya jalan agak sibuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang mmg sentiasa sibuk tapi masih best untuk dikunjungi sebab nasi kandar, sup memang sedapp

      Delete
  2. playing tourist ye ummi , boleh jadi satu entri yang hit ni nak cuti sekolah dah ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...bercuti dalam Malaysia pun best kan AJ

      Delete
  3. RIndu pula saya nak ke Penang <3

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!