Walau dah lama berlalu kisah viral resepi kerabu maggi ni tapi kerabu maggi ini masih mendapat tempat di hati orang ramai. Namun masih ramai yang tercari-cari cara untuk menghasilkan resepi kerabu maggi yang mudah ini dengan lebih sedap. Terdapat banyak variasi penyediaan mengikut citarasa sendiri tapi kerabu maggi yang sedap bila menggunakan maggi Serda.
Pengenalan
Kerabu maggi yang cukup dikenali di Thailand ini menjadi viral dan popular di Malaysia sejak di diperkenalkan di Pesta Makanan Thai. Sesuai dengan citarasa orang Malaysia yang sukakan makanan pedas dan masam malahan maggi memang kesukaan ramai.
gambar kredit Google |
Bila sebut kerabau semestinya ada pelbagai jenis sayuran terutama daun ketumbar, makanan laut dan maggi yang dicampurkan, digaul hingga mesra. Memang cukup mudah penyediaannya, ringkas dan cepat dibuat, segera boleh dimakan dan baunya pun memang cukup menyelerakan.
Kerabu maggi ni memang sesuai hidangan ringan pada waktu petang atau malam sebab ianya sangat mudah. Kalau tak pernah mencubanya, jom cuba resepi kerabu maggi yang dikongsi dibawah.
Kerabu Maggi Siam
Bahan-bahan:
2 bungkus maggi siam Serda
5 tangkai cili padi hijau, dihiris
1 labu bawang besar, dihiris
1 biji tomato, dipotong
2 pokok daun ketumbar
1 biji lobak merah, disagat/dipotong memanjang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar air asam limau
Air untuk mencelur
Bahan-bahan seafood :
3 ekor sotong, dipotong
5 ekor udang, dibuang kulit
Stik ketam, sosej, bebola ikan (ikut kesukaan)
Cara Penyediaan :
- Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Celurkan udang dan sotong hingga masak dan diangkat dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Kemudian, celur sosej, bebola ikan hingga nampak lembut dan stik ketam. Angkat dan satukan dalam mangkuk yang sama.
- Dengan air rebusan yang sama celur maggi Serda hingga masak, angkat dan satukan dengan bahan yang direbus tadi.
- Campurkan 1 senduk air rebusan ke dalam bekas, sos maggi serda, sos ikan, hirisan cili padi hijau, cili api merah, tomato, bawang besar, daun ketumbar dan lobak merahdan air asam limau dan digaul hingga sebati
- Seterusnya, masukkan pulak ke dalam mangkuk yang sama. Kemudian, gaulkan bahan-bahan tersebut bagi sekata dan mesra. Sesuaikan rasa mengikut selera anda.
Tip
Kerabu maggi digaul tanpa sos ikan dan jus limau kerana sos maggi sudah lengkap rasa masam dan masin, tambah jika perlu dan ikut selera sendiri.
Baca Juga : Resepi Maggi Goreng dan peminat sotong boleh cuba resepi sedap sotong masak kicap
Kerabu Maggi Perisa Tomyam
Bahan-bahan:
2 paket Maggi perisa tomyam
3 ekor sotong, dipotong kecil
beberapa ekor udang, dibuang kulit
1 biji limau nipis, ambil jusnya
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kicap cair
gula secukupnya
Bahan-bahan (dihiris)
5 tangkai cili padi
1 biji lobak merah, dihiris memanjang
2 pokok daun ketumbar, dihiris kasar
1 biji bawang kuning
2 biji tomato, dipotong
Cara Penyediaan :
- Didihkan air di dalam periuk, celurkan sotong, udang dan angkat.
- Masukkan Maggi ke dalam air rebusan yang sama, celur sehingga lembut. Angkat, toskan dan masuk ke dalam bekas berisi sotong dan udang tadi.
- Gaul Maggi bersama sotong dan udang, msukkan bahan yang dihiris serta perencah tomyam.
- Masukkan sos ikan, kicap cair dan gula secukupnya. Gaul hingga sebati dan mesra.
- Siap untuk sedia untuk dihidangkan.
Beli Kerabu Maggi di Aplikasi Food Delivery
- 2 Kerabu Maggi Kosong Biasa. RM 14.
- 2 Kerabu Maggi Sotong Biasa. RM 22.
- 2 Kerabu Maggi Ketam Biasa. RM 22.
- 2 Kerabu Maggi Udang Biasa. RM 22.
- 2 Kerabu Maggi Special. RM 36.
Nota : Harga ini mungkin berubah mengikut aplikasi food delivery yang digunakan.
1 Comments
boleh buat di rumah ni.. nampak macam senang. yang penting ada bahan kat rumah
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!