Tonsil bengkak juga dikenali sebagai tonsilitis adalah keadaan dimana terjadi jangkitan organisme bakteria atau virus pada tisu limfoid yang terletak di permukaan saluran pernafasan dan percernaan kita serta merupakan antara sistem imun tubuh badan yang paling penting.
Siapa Kerap Alami Tonsil
Tonsilitis lebih kerap berlaku kepada golongan kanak-kanak, remaja dan belia serta jarang menjangkiti warga emas. Kebiasaannya tonsil bengkak adalah satu daripada masalah kesihatan akut namun hanya bersifat jangka masa pendek sahaja.
gambar sumber Google |
Simptom & Komplikasi Tonsil
Antara simptom yang paling popular tentang penyakit ini adalah permukaan tonsil akan kelihatan merah cerah dengan bintik putih serta garis nanah yang menyebabkan kesakitan. Namun terdapat beberapa simptom dan komplikasi yang mungkin berpanjangan seperti berikut :
- Kelenjar limfoid membesar
- Tonsil membengkak dan dapat dilihat dengan jelas
- Tonsil berubah warna merah dengan bintik putih serta garis nanah
- Timbul ulser pada sekitar kawasan tekak
- Sukar menelan makanan dan minuman pejal
- Hilang selera makan
- Suara berubah garau
- Nafas berbau busuk
- Tekak sakit walau ketika walau sewaktu menelan air liur hingga terasa sakit hingga ke telinga
- Sakit perut
- Pening kepala
- Demam panas yang sangat kerap dan berpanjangan
- Lemah badan
gambar sumber Google |
Penyebab Terjadinya Tonsil
Tonsililtis terjadai apabila bahagian ini terkena jangkitan lantas mengakibatkan penyakit seperti radang tonsil.
Cara Rawat Tonsil Di Rumah
- Makan aiskrim vanila adalah cara paling mudah terutam untuk pujuk anak-anak yang memang susah nak makan ubat. Elakkan pengambilan aiskrim perisa seperti coklat ataupun strawberi.
Ambil makanan lembut seperti bubur atau sup sayur boleh memberi keselesaan pada tekak waktu malam disamping dapat memberi tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Makan aiskrim adalah paling mudah.
Berkumur dengan air garam bagi mematikan kuman yang ada di sekitar tonsil. Garam dibancuh dengan air suam dan kemudian dikumur dan dibuang serta diulang beberapa kali supaya tekak rasa lebih selesa.
- Minum air kosong secukupnya bagi mengurangkan risiko dehidrasi
- Rehat secukupnya kerana apabila tonsil bengkak anda akan mengalami demam panas dan gejala lain seperti hilang selera makan dan bengkak pada bahagian leher
- Habiskan antibiotik yang diberikan doktor jika disebabakan jangkitan bakteria. Antibiotik penting untuk membunuh bakteri dan mengelakkan jangkitan berulang.
Baca : Ibu bapa yang risau bila bayi asyik merengak mungkin sebab ada Ulser Mulut Bayi dan kalau ada masalah buasir boleh dapat info ubat buasir yang mungkin boleh membantu.
Radang tonsil boleh menyebabkan kematian?
Ya, tonsilitis boleh menyebabkan kematian apabila tonsil bengkak atau radang tonsil ini menjadi lebih teruk jika tidak segera dirawat lantas mengakibatkan kondisi kesihatan yang berbahaya sehingga mungkin boleh membawa maut.
Meskipun tidak banyak kes kematian disebabkan penyakit ini, namun risiko saluran pernafasan penderita tersekat akibat tonsil yang bengkak masih lagi tinggi.
Ini lebih berisiko jika ia terjadi ketika sedang tidur kerana penderita tidak sedar tentang perkara yang berlaku lantas tidak mampu untuk mencari atau meminta pertolongan.
Namun ia bukan disebabkan penyakit itu sendiri sebaliknya didasari oleh komplikasi lain yang boleh terjadi akibat penyakit ini.
Patutkah Bedah Buang Tonsil?
- 7 kali dalam 1 tahun
- 5 kali setahun selama 2 tahun berturut-turut
- 3 kali setahun selama 3 tahun berturut-turut
Rawatan Buang Tonsil
- Serangan sakit tekak akibat jangkitan tonsil melebihi enam kali dalam setahun.
- Terlalu kerap mengalami masalah tonsil sehingga mengakibatkan serangan sawan.
- Saiz tonsil yang terlalu besar sehingga mengganggu pernafasan yang kritikal.
- Masalah tonsil sehingga mengakibatkan pengumpulan nanah di sekitarnya, dipanggil juga ‘peritonsillar abscess’.
- Dan jika anda atau anak anda mengalaminya berulang kali maklum kepada doktor. Bilangan jangkitan memberi tanda bahawa ia adalah waktu untuk membuangnya. Tetapi ia berbeza bagi semua orang.
1 Comments
Baru-baru ni pun kena tonsil bengkak. Selalunya kalau kena gini saya akan kumur dan gargle guna mouth wash Insha Allah cepat baik.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!