10 Resepi Sedap Ikan Siakap Pasti Buat Terliur

Ikan Siakap dikenali dengan nama Pla Krapong di Thailand dan dan ianya juga adalah antara ikan paling popular untuk masakan Thai di Thailand Thai cuisine. Ikan siakap sering dimasak stim dengan air limau dan bawang putih garlic, atau digoreng bersama serai lemongrass dan lain-lain cara masakan. Ikan Siakap sering diletakan di dalam akuarium di restoran makanan laut di seluruh Thailand, di mana ianya sering dilabel ikan Kerapu (snapper) atau sea-bass di dalam menu.


1. Resepi Kengsom Siakap



Bahan-bahan:-

1 ekor ikan siakap

1/4 biji nenas

1/2 ikat kangkung

2 batang serai, diketuk

1 biji limau nipis, diambil jusnya

2 sudu sos nampla

Garam dan gula secukupnya


Bahan kisar

10 biji cili api (saya guna cili akar warna merah yang pedas tu)

1 biji bawang besar (saiz sederhana)

6 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup

Sedikit belacan (kalau tak letak pun boleh terutama mereka yang ada resdung)

1/2 cawan air


Cara membuatnya:

  • Masukkan kesemua bahan kisar dan air secukupnya dalam kuali. Masak kuah hingga mendidih.
  • Masukkan nenas dan serai, biarkan mendidih dan kemudian masukkan garam dan gula.  Pastikan rasa masin dan masam serta manis seimbang kemudian masukkan ikan. Balik-balikkan ikan dengan hati-hati supaya isi ikan tidak hancur dan tak perlu memasak ikan terlalu lama
  • Setelah ikan dah masak, masukkan masukkan kangkung dalam 3-5 minit dan tutup api bagi memastikan kangkung tidak terlalu layu.
  • Perahkan limau nipis dan kacau supaya sekata dan sedia untuk dihidangkan.



2. Ikan Siakap Kuah Lemak Nenas


Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap

1 mangkuk santan

2 sudu gula (tak perlu banyak)

garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar

1/4 biji isi nenas

7 - 10 tangkai cili api (ikut tahap kepedasan yang disukai)

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci kunyit hidup


Cara membuatnya:

  • Nenas dibuang kulit dan mata. Potong ikut kesukaan yang mudah untuk dikisar nanti. 
  • Goreng ikan separuh masak dan letak tepi. 
  • Masukkan santan dan bahan dikisar di dalam periuk, kacau biar sebati dan direnih dalam api sederhana dalam 5 minit. 
  • Bila kuah dah nampak hampir mendidih, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan ikan. Masak dalam 5 - 7 min dan perasakan dengan garam. Tak perlu garam yang banyak sekiranya ikan telah dilumur dengan garam sewaktu menggoreng.


Nota:

  • Ikan tak perlu digoreng kalau dimasukkan seekor atau dipotong dua. Saya goreng ikan sebab sukakan rasa ikan yang rangup bila dimakan atau diratah
  • Boleh letak hirisan nenas yang dipotong kecil jika suka dan jika ada lebih.


sumber : dapursweetsourleyra


3. Ikan Siakap Stim Limau ala Thai


Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk siakap steam:

1 ekor ikan siakap

2 batang serai

1 mangkuk besar air

1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade

5 ulas bawang putih

perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil

1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar

6-7 biji cili padi

hirisan daun ketumbar

1-2 sudu besar sos ikan


Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kukus siakap:

  • Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
  • Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
  • Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
  • Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.

Cara-cara untuk kuah cili limau:

  • Panaskan air di dalam periuk.
  • Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
  • Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
  • Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

Tips:

  • Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.
  • Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.
  • Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.


kredit : che nom 



4. Ikan Siakap Bakar Berempah Harum



Bahan-Bahannya:-

1 ekor ikan siakap (dibersihkan)

1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)

2 helai daun limau purut (diracik halus)

bahan-bahan dikisar bersama :

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 batang serai

1 helai daun limau purut

3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)

1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)

1 sudu besar rempah kari ikan

3 sudu makan air asam jawa

1 sudu besar kicap pekat

sedikit belacan bakar

1 inci halia

1/2 inci lengkuas

gula dan garam secukupnya

sedikit air


Cara-caranya:-

  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  • Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar.Kelar ikan terlebih dahulu Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  • Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  • Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. 

kredit : DayangJack


5. Siakap 3 Rasa Ala Thai



Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk kuah 3 rasa:

3-4 sudu besar minyak masak

3 ulas bawang putih

1 inci halia

biji bawang holland

Sedikit capsicum

1 batang serai (**boleh titik serai jika tak suka hirisan serai)

2 pokok ketumbar

1 biji tomato

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar sos tomato

mangkuk kecil sos cili

1 mangkuk nenas didadu

3-4 tangkai cili padi

2 tangkai cili merah

1 sudu besar pes cili Thai (**boleh ganti cili kisar 1 sudu besar kalau tak ada)

1 sudu besar sos ikan

Garam, secukup rasa

1 sudu kecil gula perang

2-3 helai daun limau purut

Sedikit perahan jus limau nipis

Sedikit air, untuk lebih berkuah

Bahan-bahan untuk ikan siakap:

1 ekor ikan siakap

Sedikit garam

Sedikit serbuk kunyit

Tepung jagung

Bahan-bahan untuk hiasan:

Daun ketumbar

Daun salad

Hirisan nenas

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuah 3 rasa:

  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia cincang serta bawang holland dadu. Kacau sehingga naik bau.
  • Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.
  • Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.
  • Tambah pes cili Thai, minyak cili, sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan taburan hirisan daun limau purut.
  • Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.

Cara-cara untuk siakap 3 rasa:

  • Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.
  • Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan taburan tepung jagung.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.
  • Tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.
  • Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang.

Tips:

Seeloknya bagi salutan tepung pada bahagian dibuat apabila hendak digoreng dan minyak mulai panas.

Jika tiada minyak cili, boleh digantikan dengan cili kisar untuk bahan kuah 3 rasa.


kredit : Che Nom


6. Siakap Stim Lemon 


Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk siakap stim lemon:

4 ulas bawang putih

2 inci halia

1/2 biji bawang besar

4-5 biji cili padi

1 biji tomato

Daun ketumbar

1 biji lemon (tambah lebih jika suka)

1 ekor ikan siakap

Sedikit garam

2-3 sudu besar sos ikan

3 sudu kecil tepung jagung

Sedikit air

1/2 kiub ayam

1 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk siakap stim lemon:

  • Cincang kasar bawang putih, bawang besar, dan cili padi manakala cincang halus halia secara memanjang. Kemudian, potong tomato.
  • Hiris halus sebiji lemon untuk dijadikan hiasan dan sebiji lemon lagi diperah jusnya untuk dijadikan kuah ikan siakap stim.
  • Bersihkan ikan dan kelar kedua belah bahagian ikan siakap tersebut.
  • Didalam bekas kukus, gaul ikan dengan sedikit garam dan masukkan 2-3 sudu sos ikan serta serai kedalam ikan.
  • Taburkan kesemua bahan cincang kasar dan halus serta tomato dan batang ketumbar.
  • Bancuh 3 sudu kecil tepung jagung. Masukkan kiub ayam kedalam bancuhan tepung dan gaul sedikit. Kemudian, tuang kedalam bekas kukus. (bancuhan tepung jagung adalah pilihan ya. Nak letak boleh, tak nak letak pun tidak mengapa).
  • Masukkan air, perahan jus lemon dan tambah sedikit lagi sos ikan.
  • Kukus ikan dalam anggaran 15-20 minit.
  • Buka tudung pengukus dan hias dengan hirisan lemon. Selepas itu, sambung kukus lagi 5 minit.
  • Setelah siap dikukus, taburkan hirisan daum ketumbar dan cili merah untuk kelihatan lebih menarik. Kemudian, ikan siakap stim lemon sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Jika anda tidak suka tergigit halia semasa makan, tidak perlu cincang halus dan boleh dicincang secara kepingan agar senang boleh diasingkan.
  • Daun ketumbar boleh digantikan sama ada dengan daun sup ataupun daun bawang.
  • Jika sebiji perahan jus lemon cukup masam, anda boleh menambahnya lagi mengikut cita rasa anda.


7. Siakap Stim Asam Boi



Bahan-Bahan:

1 ekor siakap, bersihkan

5 biji asam boi

3 ulas bawang putih, hiris nipis

3 biji bawang merah, hiris nipis

2 inci halia, potong halus seperti batang mancis

1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis

2 sudu besar sos ikan Thai

1 sudu kecil tepung jagung

1 biji kimau nipis

1/2 cawan air

1 biji tomato, potong 4

4-5 tangkai daun ketumbar

Cara Penyediaan:

  • Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
  • Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.
  • Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.
  • Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.
  • Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.


8. Kari Ikan Siakap


Bahan-Bahan:

1 ekor ikan siakap

1 pek serbuk kari ikan, atau dalam anggaran 2 1/2 sudu besar

1 sudu besar serbuk cili

2 tangkai daun kari

sedikit air asam jawa

1 mangkuk santan cair

1 mankuk santan pekat

3 biji tomato

bendi

minyak untuk menumis

Bahan hiris nipis atau tumbuk halus:

4 ulas bawang putih

4 biji bawang merah

2 inci halia

Bahan rempah tumis:

1 sudu kecil halba campur

1 batang kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  • Potong ikan siakap kepada blok kecil. Basuh dan toskan.
  • Bancuh rempah kari ikan bersama serbuk cili dengan sedikit air supaya menjadi pes.
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan hiris nipis, bahan rempah tumis dan daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan pes serbuk kari tadi, air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak dan juga warna rempah berubah menjadis sedikit gelap. Boleh tambah air sedikit demi sedikit semasa proses menumis supaya rempah tidak hangus.
  • Masukkan ikan dan santan cair. Tutup periuk dan biarkan ikan masak seketika.
  • Masukkan pula santan pekat bersama tomato atau bendi.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tips:

  • Anda boleh juga gunakan santan kotak. Tapi haruslah pandai mengagak banyak mana air yang hendak dimasukkan supaya dapat kepekatan kuah kari seperti yang anda suka.
  • Gunakan periuk yang tebal permukaannya supaya rempah kari tidak cepat hangus semasa proses menumis.
  • Semasa proses memasak kari ikan, hati hati semasa mengacau kuah supaya ikan tidak hancur.



9. Ikan Siakap Sos Thai



Bahan Menumis:

1 biji bawang holand, jika besar guna sebelah je.

6 ulas bawang putih.

1 batang serai.

1 biji cili besar.

5 @ 10 biji cili padi.

5 helai daun limau purut.

2 batang akar ketumbar.

(Semua bahan dihiris nipis)


Bahan Sos

2 sudu besar sos cili.

2 sudu besar sos tiram.

2 sudu besar sos ikan.

2 inci belacan.

Sedikit gula kabung atau gula biasa.

1 biji limau kasturi.

Cara Memasak:


1. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dicincang tadi. Kacau hingga layu di tasik madu. Letak 2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati. Masuk belacan. Masa ni harum semerbak.


2. Letak sos cili, sos tiram, dan sos ikan sekali jalan. Benda boleh mudah buat apa nak susahkan. Masuk gula. Gula apa pun takpa. Kacau sampai pecah minyak. Masuk 1 cawan air.


3. Perah 1 biji limau kasturi. Nak guna limau nipis pun boleh. Tak dosa pun. Kacau dan kacau sampai mesra. Semesra kasihku padamu. Tabur daun ketum. Eh, ketumbar. Ha siap!, boleh tuangkan atas ikan siakap tadi.


Kredit : Liza Idris


10. Siakap Sambal Kicap Pedas Thai



Bahan buat kuah cukup mudah.


1 biji bawang besar.

5 ulas bawang putih.

3 ke 5 biji cili api.

(Kisar je semua bahan di atas)


2 sudu cili kisar.

2 sudu cuka.

5 sudu kicap biasa.

1 sudu maggie cukup rasa.

Sedikit sayur kubis dan carrot.

Daun sup dan daun ketumbar. 

Cara Buat Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai

Cara-cara penyediaan:

1. Bersihkan ikan siakap, kelar serong ke belakang. Bedakkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung.

2. Panaskan minyak, goreng ikan yang dah siap dibedak tadi. Angkat dan ketepikan dulu. Bukan disisihkan.

3. Kisar 1 biji bawang besarm 5 ulas bawang putih dan 3@5 biji cili api. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai kekuningan. Saya guna balik sedikit minyak ikan goreng tadi.

4. Masuk 2 sudu cili kisar. Kacau dan biar cili masak sedikit. Bahasa mudahnya, pecah minyak.

5. Masuk 5 sudu besar kicap.

6. Letak 2 sudu besar cuka dan kacau.

7. Masuk 1 cawan air.

8. Masuk bunga kubis dan carrot. Kacau dan kacau lagi sampai sayur dah lembut sedikit.

9. Perasakan dengan maggie cukup rasa.

10. Tabur daun bawang dan ketumbar. Kacau dan kacau lagi.

12. Tuangkan ke atas ikan siakap. Selamat mencuba!


kredit : Liza Idris


SELAMAT MENCUBA 

Post a Comment

1 Comments

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!