5 Resepi Ayam Masak Merah Sedap

Ayam masak merah ini cukup  sangat sinonim dengan menu kenduri kahwin, rumah terbuka atau jamuan kejiranan tapi resepi ayam masak merah yang kita masak di rumah seringkali tidak sama macam makan di kenduri. 


Pengenalan

Ayam masak merah adalah hidangan tradisional Malaysia dan antara lauk yang selalu terdapat di majlis perkahwinan dan kenduri kendara. Ia adalah kaserol ketulan ayam dalam kuah tomato. Potongan ayam terlebih dahulu digoreng hingga keemasan kemudian perlahan-lahan dimasak dalam kuah tomato pedas. Kacang pea atau gajus kadang-kadang ditambah ke dalam hidangan, dan dihiasi dengan daun ketumbar. Ia sering dipasangkan dengan nasi tomato iaitu beras yang dimasak dengan sos atau pes tomato, susu, rempah kering, dan bawang putih, bawang dan halia


1. Ayam Masak Merah Cara Umi Fuzy

Resepi Ayam Masak Merah




Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam, di potong kecil dan basuh bersih

1 labu bawang besar, dipotong bulat

sedikit daun bawang, dihiris

sedikit daun sup, dihiris 


Bahan B - dikisar

3 biji bawang besar 

5 ulas bawang putih

1 inci halia


Bahan C

3 senduk cili kisar

5 sudu besar sos cili

3 sudu puri tomato 

2 biji tomato

2 batang serai - diketuk

1 kulit kayu manis

3 bunga lawang

5 buah pelaga

Garam dan gula secukupnya


Cara-cara membuatnya:

  • Ayam digaul dengan garam dan kunyit, digoreng sedikit biar nampak agakkekuningan tapi jangan sampai garing. 
  • Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau kemudian masukkan serai,.tumis hingga kekuningan.
  • Masukkan bahan yang dikisar, tumis hingga kekuningan dan naik bau, kemudian masukkan cili kisar, tumis lagi sampai garing.
  • Masukkan puri tomato, sos cili dan tomato, kacau biar mesra dan masukkan sedikit gula 
  • Akhir sekali, masukkan ayam yang digoreng, digaul biar mesra dan akhir sekali masukkan bawang besar yang dimayang dan perasakan dengan garam secukup rasa dan tabur daun bawang dan daun sup (jika suka) Siap!


Kalau dah siap resepi ayam masak merah sedap ala kenduri ni memang sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi tomato atau nasi hujan panas atau atau nasi arab atau nasi briyani.


Resepi : dapur sweetsourleyra


Baca : Ayam Masak Halia


2. Resepi Ayam Masak Merah Ala  Kenduri



Bahan utama:

Ayam 1 ekor

Kunyit

Garam


Bahan kisar:

Cili kering 2 genggam (rebus dulu)

Bawang besar 1 ½ biji

Bawang putih 6-7 ulas

Halia setengah ibu jari

Belacan setengah ibu jari

Buah tomato saiz besar 2 biji


Bahan tumis:

3 sekawan

Bawang besar sebiji (hiris)

1-2 batang serai (titikkan)

4-5 helai daun pandan (potong atau simpul)


Cara-cara memasak:

  • Gaulkan ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  • Cedok minyak dari kuali bekas goreng ayam tadi dalam 3 senduk.
  • Tumiskan dulu bahan tumis sehingga semuanya layu. Kemudian baru masukkan bahan kisar yang sudah dikisar.
  • Tumis sehingga semua bahan garing dan pecah minyak.
  • Agak-agak bila nampak minyak dah kurang, tambahkan lagi sedikit minyak.
  • Bila dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa.
  • Kemudian tuangkan sesenduk susu cair.
  • Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambahkan air kalau terlalu pekat.
  • Bila dah cukup rasa dan sebati, boleh masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul sekata.
  • Taburkan hirisan bawang besar.
  • Kecilkan api, tutup sekejap kuali dan biarkan ayam mereneh bersama sambal.


kredit : my resepi / resepi dari Nor Haidah Md Said



3. Ayam Masak Merah Azie Kitchen



Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - potong 6

3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup

2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya

1/2 biji bawang besar Holland - hiris

Daun sup/daun bawang - tabur


Bahan kisar:

1 1/2 biji bawang besar

4 ulas bawang putih


Cara cara:

  • Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. 
  • Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak. 
  • Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 
  • Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. 
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng.
  • Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang


Nota Azie Kitchen:

  • Cara saya untuk sambal berwarna cantik adalah dengan memasuk gula terlebih dahulu selepas cili garing. 
  • Jika suka, boleh juga ditumis sekali kulit kayu manis dan bunga lawang. Saya tak letak sebab mahu cepat.
  • Jika mahu sedikit lemak, boleh masukkan sedikit susu cair. Saya tak letak kerana suka sambal yang berwarna merah cantik.


Kredit : Azie Kitchen


4. Resepi Ayam Masak Merah  Che Nom


Resepi Che Nom cuma istimewanya ialah jenis gula yang digunakan iaitu gula melaka. Che Nom rasa penggunaan gula melaka menyebabkan manis kuah sambal lebih sedap daripada sambal yang dimasukkan gula putih biasa. 


Bahan istimewa yang ke-2 ialah daun kari. Penggunaan daun kari semasa menumis dapat menambahkan rasa dan aroma yang lebih wangi serta menyelerakan. Tapi jangan risau jika tak ada daun kari, boleh aja diabaikan. Cuma rasanya akan sedikit berbeza dengan versi yang Che Nom masak ini.


Bahan-bahan:

1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka

serbuk kunyit

sedikit garam

1 tangkai daun kari

1/2 mangkuk air asam jawa

3-4 sudu besar sos cili

1 biji bawang besar, potong bulat

Anggaran 1 keping gula melaka

2 sudu besar sos tiram


Bahan untuk kisar halus:

2 biji bawang besar

2 inci halia

6-8 biji bawang merah

8-10 ulas bawang putih

2 batang serai, hiris nipis

15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus


Cara Penyediaan:

  • Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
  • Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipototong bulat. Kacau seketika.

Tip Che Nom:

Untuk mendapatkan sambal tumis yang sedap, bahan tumis haruslah dimasak di dalam minyak yang banyak dan ditumis sehingga pecah minyak (maksudnya minyak terapung atau terpisah dari kuah sambal) dan warna sambal bertukar menjadi sedikit gelap. Itu tandanya semua bahan kisar terutamanya cili masak dengan sempurna dan akan menghasilkan sambal tumis yang enak. Jika kering tambahkan sedikit air dan kacau untuk elakkan kuah sambal menjadi hangus.

Kredit : Che Nom 



5. Ayam Masak Merah Ala Kampung Liza Idris



Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit


Bahan dikisar:-

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

10 tangkai cili kering


Bahan sos:-

3 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit

Herba 4 sekawan


Cara-cara:

  • Gaul ayam dengan garam kunyit, goreng dan ketepikan.
  • Tumiskan semua bahan-bahan kisar.
  • Terus masuk je 4 sekawan dan kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau seketika. 
  • Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
  • Masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat. Masak seketika dan angkat. Hidangkan.


Kredit : Liza Idris 


Kesimpulan

Cara memasak semua orang tidak sama tapi setiap resepi adalah lebih kurang serupa dan bahan-bahan yang digunakan pun seakan dan ada yang sedikit berbeza, apa pun kita memask ikut selera dan kesesuaian kita.


Kalau ada bahan masakan yang digunakan orang lain dari jenama mahal tapi semestinya masakan itu sedap pada selera kita.


Jadi memasaklah ikut kemampuan dan kesesuaian dan ikut selera poket kita.


Selamat memasak

Post a Comment

1 Comments

  1. semuanya lebih kurang sama...ada penambahan pengurangan satu dua bahan tapi yang pasti semua sedap!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!