Drama Luruhnya Bunga Cinta - Episod 1 Hingga Episod 20

Drama Luruhnya Bunga Cinta, adaptasi daripada drama Korea 'Autumn In My Heart' menampilkan Redza Rosli dan Tracie Sinidol sebagai pelakon utama. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Luruhnya Bunga Cinta bakal menghiasi slot Akasia TV3, bagi menggantikan drama Rajuk Karina.



Sinopsis Luruhnya Bunga Cinta

Berkisahkan takdir dua gadis yang tertukar sejak bayi dan perubahan mendadak dalam hidup mereka selepas masa silam tersebut terbongkar selepas beberapa tahun.


Jamaludin dan Adita yang sedang menunggu kelahiran anak perempuan mereka, Aara (Auni Yusri) telah mengambil keputusan untuk melahirkan bayi di klinik tempatan di sebuah daerah kecil kerana hujan ribut yang melanda kawasan tersebut. Jalan utama ke laluan bandar besar telah terhalang oleh sebatang pokok besar yang tumbang. Secara kebetulan, Noriah yang sedang sarat mengandung juga melahirkan anak perempuannya, Nuha (Tracie Sinidol) di tempat yang sama. Label tag nama ibu di katil bayi masing-masing telah terjatuh dan tersalah letak. Insiden ini menyebabkan Nuha dan Aara tertukar identiti mereka kemudiannya dibawa pulang oleh keluarga yang berasingan.


Selepas beberapa tahun, Nuha dan Aara belajar di sekolah yang sama. Nuha membesar dengan abangnya, Nuh (Redza Rosli) di rumah agam milk Jamaluddin dan Adita manakala Aara tinggal dengan abangnya, Anwar di rumah kos rendah milik Noriah. Nuha, seorang yang lemah lembut dan sangat disayangi oleh keluarganya. Aara pula terpaksa hidup dalam kemiskinan. Aara iri hati dengan kehidupan Nuha yang dicurahi dengan kasih sayang dan kemewahan. 


Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan mengidap Talasemia. Hal tersebut menimbulkan kecurigaan Jamaludin kerana keluarga mereka tidak mempunyai rekod penyakit itu. Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan terbongkar bahawa Aara dan Nuha telah tertukar secara tidak sengaja sewaktu bayi.


Aara yang telah lama membenci kehidupannya di kampung, mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah mewah Jamaludin dan Adita, manakala Nuha secara sukar rela memulakan kehidupan baharunya di rumah kampung Noriah. Nuha terputus hubungan dengan Nuh apabila Jamaludin menerima tawaran kerja di luar negara dan satu keluarga telah berhijrah ke sana. 


Dapatkah mereka menempuh perubahan secara mendadak dalam kehidupan mereka ini? Apa yang akan terjadi kepada Nuha dan Aara?


Info Drama Luruhnya Bunga Cinta

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 19 September 2023

Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI

Penulis Skrip: Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin, Fara Bani

Pengarah: Muhamad Riza Baharudin

Produksi: Global Station Sdn Bhd


Watak Pelakon

Redza Rosli sebagai Nuh | Tracie Sinidol sebagai Nuha | Bella Luna sebagai Aleen | Nabila Razali sebagai Sara | Aniq Durar sebagai Awal | Auni Yusri sebagai Aara | Hafiz Halim sebagai Anwar | Laila Nasir sebagai Noriah | Eizlan Yusof sebagai Jamaludin | Zila Bakarin sebagai Adita | Shah Rezza sebagai Tan Sri Izzam | Watie Sadali sebagai Datin Maziah | Raja Azmi sebagai Puan Seri Zaleha | Iman Suhana sebagai Kalsom | Mamu Kokoot sebagai Mamu | Zana sebagai Puan Zainab | Zulkifli Sudin sebagai Encik Rizal


Lagu Tema (OST)

Tajuk: Belakang Tabir

Penyanyi: Syamel | Lagu: Syamel, Jiwa | Lirik: Syamel


Ulasan Drama 

Episod 1


Episod 2


Episod 3


Episod


Episod


Episod


Episod


Episod


Episod


Post a Comment

0 Comments