Gegata : Punca Gegata Dan Rawatan, Boleh Cuba Petua Hilangkan Kegatalan Secara Tradisional

Gejala kegatalan dan ruam merah pada kulit boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya adalah gegata atau sopak garam atau bahasa perubatan dipanggil “Urticaria” Dermatitis atau keradangan kulit yang boleh disebabkan oleh alahan. Jangan digaru, kerana makin digaru ia akan merebak hingga ke seluruh badan.


Gegata


Pengenalan

Antara lain panggilan gegata ialah sopak garam  kelopak garam dan ludah jin. Ludah jin  tu bunyi seakan mistik yang diragu kesahihannya. Dalam dunia perubatan, masalah gegata dipanggil dengan nama “Urticaria”. 


Mengikut bahasa Inggeris, ianya merujuk kepada “hives” & “wheals”. Orang ramai selalu terkeliru dengan penyakit kurap dan ekzema dimana kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat atau dan dikenali dengan nama “Ringworm” dan ekzema adalah masalah kegatalan kulit yang mempunyai ciri-ciri dan rupa yang berbeza.


Untuk mendapatkan diagnosis yang paling tepat, anda dikehendaki untuk pergi ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu. Melalui pemeriksaan menyeluruh, doktor dapat mengenalpasti sebab sebenar untuk masalah anda. 


Benarkah Gegata Ini Bahaya ?

Masalah ini boleh menjadi akut atau kronik dan bergantung kepada individu. Jika pesakit menghidap gegata akut ia selalunya kurang daripada 6 minggu dan bagi kronik pula lebih daripada 6 minggu. Gegata akut lebih teruk dan pesakit boleh mengalami reaksi atau tindak balas “anaphylaxis” dimana terdapat keradangan pada saluran pernafasan dan disebabkan saluran pernafasan menjadi bengkak, pesakit boleh lemas dan hal ini juga boleh membawa kepada kematian. Pada masa yang sama, gegata yang bersifat kronik selalunya tidak terlalu teruk dan pesakit akan mengalami kegatalan kulit dan ruam kemerahan pada kulit secara kerap. Namun, ianya boleh dicegah dan gejala dapat dihilangkan melalui penggunaan ubat-ubatan.


Ciri-Ciri Urticaria / Sopak Garam

Kegatalan pada permukaan kulit. Ruam kemerahan akan terbentuk dan ianya boleh merebak jika pesakit menggarunya dengan lebih kerap. 

Selain dari itu terdapat bengkak pada permukaan kulit yang gatal dan warnanya boleh sama dengan warna kulit atau menjadi merah. 

Ada juga kesan “blanching” dimana jika ditekan pada permukaan bengkak tersebut, warna kulit boleh berubah menjadi lebih pudar untuk seketika waktu. 

Durasi untuk masalah ini boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Namun, ada juga pesakit yang mengalaminya selama berminggu lebih-lebih lagi apabila pesakit sering terdedah dengan bahan atau faktor yang merangsang gejala tersebut.

Ciri-ciri Urticaria

– Kulit rasa gatal, dan bengkak/ timbul.

Warna kulit yang gatal mungkin kemerahan / atau sama warna

– Ada effect ‘ blanching’ , iaitu bila kita tekan di bahagian tengah ruam tu, warna kulit akan bertukar putih/ cerah sebentar.

– Ruam dan gatal tu boleh berlaku kejap je, dalam masa minit ke beberapa jam. Majoriti nya akan hilang sendiri lepas 24 jam.

Namun ada yang teruk, boleh ada ruam berhari hari, berulang ulang selama berminggu minggu atau bulan.


Punca Urticaria/ Sopak Garam?


Memang majoriti kes Urticaria ini, dikaitkan dengan tindak balas alahan / allergic response. Namun ada kalanya ianya disebabkan jangkitan jangkitan. Ada juga kalanya Urticaria timbul sebab penyakit kronik tertentu. Apa pun puncanya, Urticaria terjadi sebab sistem imun badan dirangsang dan rangsangan (alahan / jangkitan / penyakit kronik) ini mencetuskan pengeluaran bahan kimia ‘Histamine ‘ oleh sel sel mast di kulit. Histamine nilah yang buat kita gatal-gatal.

Jikalau masalah ini adalah disebabkan oleh ludah jin, sudah tentu lebih ramai yang akan mengalaminya. Manakan mungkin boleh mengelak daripada terkena ludah jin jika kita tidak dapat melihatnya. 


Dalam dunia perubatan, masalah ini adalah disebabkan oleh reaksi ataupun tindak balas badan yang menghasilkan terlalu banyak histamine akibat daripada pendedahan terhadap bahan atau perkara yang sensitif terhadap badan. 


Antara punca atau sebab yang boleh mengundang masalah ini adalah seperti makanan (kacang, makanan laut, telur dan sebagainya), sengatan atau gigitan haiwan dan serangga, bulu haiwan seperti kucing dan anjing, ubat-ubatan, hama, debunga, habuk, pokok atau kayu, getah, pakaian, kesilapan sewaktu proses menderma darah dan banyak lagi. 


Disebabkan badan pesakit sensitif terhadap bahan-bahan atau faktor-faktor ini, gegata akan mudah muncul.


Rawatan Urticaria/ Sopak Garam Dirawat?

Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan ubat anti-histamine. Oleh kerana masalah ini berpunca daripada rembesan “histamine” yang terlalu banyak, maka ubat anti-histamine boleh digunakan untuk mengurangkan kandungan histamine dalam darah dan perkara ini mampu menghindarkan gejala gatal-gatal dan ruam. Bagi pesakit gegata yang kronik, mereka mungkin perlu untuk mengambil ubat anti-histamine pada setiap hari selama beberapa bulan bagi mengawal masalah tersebut.


Petua Rawatan Gegata

Mungkin ramai yang pernah mendengar tentang rawatan sopak garam yang dirawat dengan mandi bunga atau mandi air garam. Walaupun kebenaran dan keberkesanannya tidak diketahui dengan jelas, namun kunci kepada petua ini adalah untuk memastikan badan menjadi lebih sejuk. Hal ini kerana, masalah gegata boleh menyebabkan suhu badan menjadi lebih panas. Jika pesakit mengalami gejala kepada permasalahan tersebut, mereka digalakkan untuk mandi. Pasang kipas dan jika ada penghawa dingin, adalah digalakkan untuk memasangnya atau biarkan ia berjalan.


Selain itu, adalah digalakkan untuk pesakit mengambil tahu tentang sebab kepada permasalahan gegata yang mereka hadapi. Hal ini membolehkan mereka untuk lebih berhati-hati dan mengelakkan diri mereka daripada terdedah kepadanya. Hanya dengan kenali penyebab gatal-gatal pada kulit, secara tidak langsung mereka akan terhindar daripada masalah ini.


Tambahan lagi, pesakit perlu memastikan badan mereka sentiasa bersih. Mereka perlu mandi dan mencuci rambut mereka dengan sabun yang boleh menjamin kebersihan badan. Hal ini mampu mengelakkan diri mereka daripada jangkitan-jangkitan yang boleh menyebabkan masalah gegata kerana terdapat reaksi atau tindak balas “urticaria” akibat daripada jangkitan pada kulit.


Penggunaan akar sintok dalam merawat gegata tidak dapat disahkan dalam dunia perubatan walaupun ia selalu diwar-warkan.


Jenis-Jenis Gegata 


1. Gegata akut (Acute Urticaria)

  • Hilang dalam masa 6 minggu atau kurang. Biasanya didapati pada bayi-bayi dan kanak-kanak (dan juga dewasa)
  • Berlaku semasa mereka sedang mendapat jangkitan virus ataupun alahan makanan seperti susu lembu, telur dan kacang tanah.


2. Gegata kronik (Chronic Urticaria)

  • Boleh berlaku berulang-ulang melebihi 6 minggu dan terjadi secara spontan (tiada pencetus).
  • Alahan cuaca panas, sejuk, tekanan pada kulit, makanan atau ubat (termasuk ubat tradisional)


Rawatan Urticaria:


Untuk Urticaria yang simple, kecil, kalau biarkan aja je, ia boleh hilang sendiri. Cuma sebab gatal tu, maka digalakkan ambil ubat tahan gatal iaitu ubat anti histamine. Ada dua  jenis ubat tahan gatal, yang mengantuk dan tak mengantuk.




Mungkin juga perlu sapu calamine lotion, untuk melegakan & bagi kesan sejuk pada kulit. Apa apa yang menyejukkan kulit, insya Allah akan membantu kurangkan ruam Urticaria ini.


Tu sebab, BUKAN SEMESTINYA kena follow petua mandi air garam, air bunga la, as long as mandi ( sejukkan badan), majoriti kes Urticaria akan berkurangan dengan cepat. Kalau ada air-cond, ON kan air-cond.


Ada masa nya doktor akan bagi ubat steroid sama ada dalam bentuk pil atau suntikan. Ini bergantung kepada berapa serius Urticaria tu.


Bagi kes kes Chronic Urticaria dan tak dapat kenal pasti apa puncanya (tak jumpa punca alahan  sama ada makanan / bahan kimia / etc), maka perlu rujuk dengan Pakar Kulit. Ada beberapa test seperti skin test & ujian darah yang boleh dibuat untuk kenal pasti punca terjadinya Urticaria.


Avoidance, iaitu mengelak makan/ terdedah kepada punca alahan ialah paling utama.


Ambil supplement / vitamin C / produk yang dakwa boleh elakkan Urticaria?


Tiada bukti. Nak makan supplement as supplement, sila kan. Tapi supplement bukan UBAT utk elak


 Cuba Petua Secara Tradisional 


Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.


sumber : 

Facebook Dr Zubaidi

https://www.doctoroncall.com.my/soalan/sopak-garam

Post a Comment

0 Comments