Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik Untuk Kulit Kusam & Kering - Semestinya Jenis Water Based Yang Mengandungi Niacinamide, Kulit Kembali Berseri

Keadaan cuaca berubah-ubah, sekejap panas terik yang merengsakan menambahkan ketidakselesaan apatah lagi umi ada masalah kulit wajah dengan kulit kering serta tona tak sekata ni. Memang cukup merisaukan sebab cuaca antara punca kulit kering juga menokok tambah keadaan kulit kusam.


Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Kalau nak duduk dalam rumah pun bukan jaminan kulit akan terjaga, jadi umi perlu cari krim muka  untuk kulit kering yang mesra pengguna dan tidak susah untuk digunakan dan paling penting sesuai dengan kulit umi.


Dalam kerisauan ni, umi kena pastikan juga tidak tersalah tersalah pilih produk yang akan jadi punca kulit kering makin bertambah malah akan menambahkan masalah kulit gatal-gatal bonus mengelupas lagi. Memang kena berkurung je lah  jawabnya.


Dalam dok layan social media ni, macam tau-tau jer masalah umi bila muncul pulak kat timeline, ramai yang dah cuba dan bagi saranan pelembap muka Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. Teruja betul hati nak mencuba, jadi terus je umi order produk yang berasaskan air ni dan dari feedback ramai, produk ni adalah moisturizer untuk kulit kering yang jadi masalah umi.


Bila sampai jer krim aqua whitening ni, memang terus umi buka dan teruja nak tahu, jom baca selanjutnya apa yang menarik tentang produk ni


Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Produk dari Korea ni sejenis moisturizer water based, maksudnya pelembab muka berasaskan air dengan efek ‘water drop’ yang dapat memberi kelembapan pada kulit. Ianya bersifat tidak berminyak dan langsung tidak melekit pada wajah selepas dioles ataupun di tangan selepas dioles ke wajah.


Memang extra excited sebab kat situ dah dinyatakan ianya moisturizer for dry skin!



Jom tengok apa kandungan bahan dalam krim pelembap muka ini


Kandungan Moisturizer Terbaik Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


Camelia Japonica Seed Oil - Non-comedogenic, 

Ianya tidak akan menghalang liang kulit yang menjadi punca jerawat timbul,  dapat membantu memulihkan kulit yang kekeringan dan kerosakan disebabkan sunburn di samping dapat memberi kelembapan sehingga ke lapisan kulit yang terakhir.  


Niacinamide - Membantu memperbaiki tona kulit yang tidak sekata, membantu mengawal minyak, membersih dan menegangkan kulit disamping membantu mengecilkan liang pori. 


Kandungan lain Aqua Whitening Cream Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Niacinamide, Pinus Densiflora leaf extract, Sodium Chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officine root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, prunus ameniaca (Apricot) kemel oil, Camellia japonica seed oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia  Florida fruit extract. 


Kelebihan Moisturizer/Pelembap Muka Terbaik Ni Membantu Kulit 


Aqua Whitening Hansaegee Nature ini membantu menyegarkan kulit, membantu mengawal lebihan minyak/sebum. Produk ini juga dapat membantu merawat kesan sunburn dan kesan kemerahan akibat panas matahari. 


Lebih menarik Aqua Whitening Cream ialah moisturizer untuk kulit kering yang membantu menambah kecerahan pada kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit


Tahukan anda punca kulit kering disebabkan oleh sinar matahari dan bagi memastikan kulit kekal sihat dengan menggunakan pelembap muka.


Jom uji krim pelembap muka Aqua Whitening Cream

Sebelum digunakan di wajah, jom kita cuba kat tangan untuk lihat selesa atau tidak produk ini sebelum disapu ke muka.


1. Krim ni sangat putih jernih, cukup ringan dan lembut dan baunya pun cukup menyegarkan.

2. Selepas disapu, akan muncul titisan air (water droplet) 

3. Rasa selesa pada tangan, tidak melekit atau tidak langsung berminyak


Cara Pakai Moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature 


Okay, umi kongsikan cara pakai pelembab wajah yang cukup mudah dan memberi solusi pada punca kulit kering.


1. Cuci muka serata dari sebarang solekan atau sebarang kotoran

2. Ambil sedikit krim aqua whitening cream dengan hujung jari dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher

3. Oleskan secara perlahan-lahan ke seluruh wajah dan anda akan lihat titisan air akan muncul dalam beberapa ketika.



4. Teruskan mengurut dengan lembut supaya pelembap menyerap dengan sempurna ke dalam kulit.


Tahukah anda moisturizer/ pelembap muka pakai waktu bila?


Moisturizer atau pelembap muka adalah produk perawatan kulit yang tidak boleh kita lupa gunakan setiap hari. Bahkan sekiranya anda memiliki jenis kulit berminyak sekalipun, jangan culas memakai moisturizer agak wajah tetap halus dan terhidrasi


Banyak persoalan timbul antaranya moisturizer pakai waktu bila? Apakah waktu sesuai pakai moisturizer, pakai moisturizer berapa kali sehari dan banyak persoalan lagi sebab ramai masih keliru dalam bab penjagaan kulit wajah.


Sekiranya anda nak kulit cantik, moisturizer perlu dipakai setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur.  Moisturizer ini boleh jadi sebagai krim siang dan krim malam terbaik. Tip penjagaan muka ni mudah dengan Aqua Whitnening Cream Hansaegee Nature supaya kulit anda kekal lembap, gunakan setiap kali selepas mandi dan paling penting waktu kulit break out!.


Pastikan mencuci muka sebelum menggunakan pelembap muka ke serata wajah supaya kulit kekal lembap dan nampak berseri.


Pengalaman Selepas Penggunaan Aqua Whitening Cream


Puashati! Memang rasa selesa dan ringan je wajah dan moisturizer  water based yang bagus ini meresap tanpa menyekat liang pori di wajah hingga wajah rasa sangat segar dan rasa ringan dan wajah rasa lembap dan terjaga. Ianya segera meresap ke dalam kulit jadi bila pakai makeup memang tak berkecapuk langsun

Jujurnya umi sangat puashati dengan Aqua Whitening Cream yang cukup memudahkan sewaktu pemakaian hingga menjadikan kulit muka lebih lembap dan semakin cerah. 

Ya, memang umi jatuh cinta dengan pelembap dari Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni yang membantu kulit wajah umi lembap sepanjang hari dan rasa syok je nak sentuh wajah sebab kesan sejuk dan segar tanpa rasa risau seperti dulu.

Kalau dulu risau bila memakai produk yang melekit tu, kita akan rasa risau dan rasa macam dah bertan-tan kotoran melekat tapi tidak dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. Memang jadi produk kesayangan yang sentiasa ada dalam beg ke mana saja saya pergi. Memang rasa tak lengkaplah kalau terlupa menyapu produk ni ke wajah. 

Paling menarik ianya bertindak sebagai make up base supaya solekan yang digunakan tidak berkecapuk dan tahan lama walaupun kita berpeluh.

Anda wajiib tahu yang Memang waktu sesuai pakai moisturizer Malahan Aqua Whitening Cream Hansaegee ni adalah moisturizer terbaik dan menjadi krim malam terbaik yang menjaga wajah umi sepanjang malam



Memang puashati sebab muka dah tidak kusam dan menghindari wajah ditumbuhi jerawat. Serasi sungguh dengan krim pelembap  Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni.


Memang sesuai bila ramai yang mengatakan ia adalah moisturizer terbaik ini dan tengoklah makeup kat wajah pun tak nampak berkecapuk dan kulit wajah pun nampak sihat


Cubalah, ianya pasti sesuai untuk anda juga kerana ia sesuai untuk semua jenis kulit dan percayalah ianya moisturizer terbaik untuk umi dan anda semua juga.



Untuk mendapat sebarang maklumat dan membuat pembelian produk, anda boleh ke laman rasmi Hansaegee Nature. 

Brand: Hansaegee Nature  Website: www.hansaegee.com/shop

Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/ 

Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube : https://www.youtube.com/channel/HansaegeeNature


Baca Juga  : BoNak kulit cantik, mungkin boleh cuba Bio Essence Rose Gold Water 

Post a Comment

2 Comments

  1. love sgt... selesa bila pakai kan

    ReplyDelete
  2. Pengguna Moisturizer Hansaegee Nature hadir! Best pakai brand ni .. Muka terasa fresh gituu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!