Siput Sedut : 5 Resepi Sedap Siput Sedut Wajib Cuba

Siput belitung, juga dipanggil siput sedut, kerana waktu nak makan kena sedut untuk menggeluarkan isinya yang sedap manis tapi ada yang tidak menggemarinya kerana isnya tapi terpulang pada selera masing-masing. Lazimnya siput sedut ni, akan dimasak gulai cili api atau orang utara akan buat gulai lemak siput sedut. Nak tahu cara memasak gulai lemak siput sedut, ada resepi untuk anda cuba


Pengenalan

Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, merupakan sejenis kerang-kerangan siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Nama saintifiknya adalah Cerithidea obtusa dalam famili Potamididae.

siput sedut


Siput sedut ini ditemui di kawasan pantai barat semenanjung Malaysia. Contoh kawasan yang mudah ditemui ialah di kawasan pantai Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar dan beberapa negeri di Perak (kawasan pantai). Contoh terbaik mudah didapati di Pantai Bagan Nakhoda Omar, Pantai Teluk Rhu, Pantai Sg Lang, Pantai Kg. Banting. Pokok bakau minyak, kurap dan api-api memainkan peranan penting untuk habitat siput sedut ini. Makhluk air payau ini memerlukan sumber alam untuk hidup. Air yang mengalir dari bumi melalui saluran sungai ke paya bakau bersama air masin laut dari pasang surut ke pantai paya bakau sangat diperlukan siput sedut.

Bagi penternak yang ingin menjadikan satu sumber pendapatan perlu mempunyai sedikit kepakaran dalam ekosistem kehidupan siput sedut ini. Tahap kemasinan lumpur dan oksigen lumpur serta bakteria yang menukar asid sulfat, sulfur, dan hidrogen perlu diambil kira.


Cara Membersihkan Siput Sedut

    Cara 1 : Guna hampas kelapa

Siput sedut jangan dicuci dahulu, selepas keluarkan dari plastik terus masukkan ke dalam bekas. Tuangkan hampas kelapa. Biarkan semalaman agak segala kotoran keluar dahulu. Keesokkannya barulah dicuci bersih dengan memotong bahagian hujung siput. Pastikan sesudah meletakkan hampas kelapa tutup belas agar siput tidak merayap keluar.


    Cara 2 : Guna garam kasar

Rendam siput sedut dengan garam kasar selama 1 jam, segala lendiran dari siput akan keluar, bilas beberapa kali sehingga air basuhan menjadi jernih


Basuh siput sedut beberapa kali hingga air basuhan tidak lagi keruh. Rendam siput didalam air bergaram selama 30 minit.  Garam dimasukkan untuk memastikan segala lendir dalam siput tu akan keluar.  Kemudian basuh kembali siput sedut dan dipotong bahagian hujung runcing siput sedut guna playar.  Basuh dan bersihkan, toskan dan letak tepi


Cara Memotong Hujung Siput Sedut

Bahagian hujung yang tajam siput sedut harus dipotong menggunakan playar,  tidak terlalu panjang atau terlalu pendek kerana sekiranya tidak dipotong dengan betul, agak payah mengeluarkan isi siput sewaktu makan hingga boleh membuat rasa semput.


    1. Gulai Lemak Siput Sedut

siput sedut

Bahan A :

1/2 kilo siput sedut 

Santan

Asam keping


Bahan B:

3 ulas bawang merah - dihiris/ditumbuk

2 ulas bawang putih - dihiris/ditumbuk

1/2 inci halia - dihiris/ditumbuk

4 sudu rempah kari ikan

1 cawan air


Cara membuatnya:

  • Masukkan bahan yang dihiris kedalam periuk beserta rempah dan air.  Kacau dan pastikan rempah tu larut dalam air dengan api sederhana
  • Bila sudah mendidih masukkan asam keping dan kacau hingga hampir kering
  • Masukkan siput sedut dan masukkan air (jika perlu) dan pastikan siput bergaul dengan rempah
  • Masukkan santan dan kacau dalam 10 minit hingga kuah mendidih. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa. Masak jangan sampai pecah minyak.



    2. Gulai Cili Api Siput Sedut Dengan Keladi



Bahan-bahan

1 kg siput sedut

1 ikat keladi,

2 batang serai, dititik

2 keping asam gelugur

1 mangkuk santan cair

1 mangkuk santan pekat

1/2 mangkuk air

1 helai daun kunyit

Garam secukupnya


Bahan dikisar/tumbuk

15 - 20 tangkai cili api, kalau suka pedas boleh tambah

5 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup


Nota :

Kalau nak sedap sebenarnya masak siput tanpa campuran (keladi) tapi kalau nak boleh masukkan batang tepus atau batang lambuk yang semang sedap


Cara penyediaan

  • Keladi dibuang kulit luar dan dipotong dalam 3 inci kemudian dibasuh bersih. Rebus keladi dengan asam gelugur hingga lembut. Jangan terlalu over rebus sebab nanti bila dimasakkan ke dalam kuah, ia jadi terlalu lembut.


  • Siput dibasuh dan direndam dengan air serta garam kasar dalam 30 minit supaya lumpur dan pasir tanggal dari siput. Bila sudah bersih, potong bahagian siput yang tajam. Pastikan tidak terlalu panjang atau pendek potongannya supaya tidak sudah untuk disedut nanti. Basuh dan toskan.


  • Masukkan bahan yang dikisar, ke dalam periuk bersama air dan direnih dengan api kecil hingga hampir kering. Masukkan siput serta serai, tambah air, kacau supaya siput mesra dengan bahan yang di masak. Masak dengan api sederhana.


  • Masukkan sayur keladi dan santan cair, kacau dan biarkan kuah agak mendidih, masukkan santan pekat. 


  • Akhir sekali perasakan dengan garam, masak seketika dan tutup api. Siap!


    3. Masak Lemak Cili Api Siput Sedut


Bahan-bahan:-

1 kg siput sedut 

2 cawan santan 

2 batang serai, dititik 

2 keping asam gelugur

1 helai daun kunyit


Bahan untuk ditumbuk halus 

10 - 15 biji cili api

3 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup 

Garam secukup rasa


Cara memasaknya : 

  • Rendam siput sedut dalam bekas berisi air dan masukkan garam kasar dalam 30 minit. Kemudian basuh bersih dan potong hujung runcing siput sedut. Lebih mudah dipotong menggunakan playar tapi jangan terlalu panjang dipotong atau terlalu pendek sebab nanti sukar untuk disedut waktu makan nanti.
  • Selepas selesai dipotong, basuh bersih dan toskan.
  • Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam p eriuk termasuk serai yang dititik serta daun kunyit yang telah dipotong kasar dengan 1 mangkuk air.  Renih dengan api sederhana dan bila nampak agak kering, masukkan siput sedut dan kacau supaya sebati dengan bahan yang dimasak tadi.
  • Masukkan santan serta asam gelugur, kacau dan biarkan dimasak dengan api sederhana.  
  • Kacau kuah supaya tak pecah minyak dan bila nampak hampir mendidih tutup api.  Perasakan dengan garam secukupnya. Siap!

    4. Siput Sedut Lemak Lada Kering




Bahan-bahan
1 kg Siput sedut -
Lada kering (ikut suka)
Belacan - sebesar ibu jari
Bawang besar - 1 biji
4 ulas Bawang putih -
Halia - sebesar ibu jari
Kunyit hidup - sebesar ibu jari
Serai 2 batang - dititik
Santan
Garam
Ajinomoto
Gula
Pes asam jawa
Air

Cara memasak :

  • Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup & belacan..
  • Masukkan bahan2 yg dikisar ke dlm kuali..masukkan air serta serai..
  • Setelah mendidih masukkan siput sedut..
  • Masukkan santan, garam, ajinomoto, gula & pes asam jawa..

sumber : cookpad


Baca : peminat kerang boleh cuba resepi Kerang Masak Kam Heong


    5. Siput Sedut Serai Belacan




Bahan-bahan
Siput sedut - direndam dengan limau nipis
Bawang Merah - ditumbuk
Bawang Putih - ditumbuk
Belacan - ditumbuk
Serai - ditumbuk sekali je
Lada hidup - ditumbuk
Lada cili - 4 batang untuk yg pedas- ditumbuk
Bilis - ditumbuk
Garam, Gula, Ajinamoto
Asam jawa

Cara Memasak
  • Tumis semua bahan yang ditumbuk sehingga matang dan naik bau.
  • Masuk asam jawa, siput sedut, garam, ajinamoto dan gula. Ditutup sebentar supaya siput nya betul2 masak.
sumber : cookpad

Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya menyedut! 😍 Siput sedut ni favourite mak saya...Cuma sekarang kena kurangkan makan seafood dah...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!