vivo V29 5G Dengan Potret Aura-Light 2.0, Ciri Telefon Canggih Untuk Gaya Hidup Moden

“vivo sentiasa berusaha untuk membangunkan industri teknologi dan menginginkan keluaran telefon pintar kami sentiasa mampu untuk memberi yang terbaik kepada para pengguna. vivo V29 5G ini telah kami tambah baik pada ciri utamanya iaitu Aura Light 2.0 dan juga bentuk yang cantik sesuai untuk anak muda masa kini, kami mengharapkan vivo V29 5G ini akan memberi ruang kepada pengguna untuk menikmati setiap saat yang indah dan dengan V29 5G mereka tak akan terlepas untuk merakam momen indah,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif  vivo Malaysia.


Tentang vivo V29 5G

vivo, sebuah syarikat teknologi yang terunggul, telah melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu vivo V29 5G. Potret Aura Light 2.0 merupakan ciri utama bagi vivo V29 5G, didatangi dengan warna yang menawan iaitu Starry Purple dan Noble Black, diinspirasikan oleh langit malam yang disinari bintang. Dilengkapi dengan ciri kamera 50MP beserta ultra-sensor, 512GB stor penyimpanan, paparan skrin 120Hz 1.5K AMOLED, 80W pengecasan dan banyak lagi ciri yang hebat pada telefon pintar keluaran terbaru vivo, iaitu vivo V29 5G.


vivo


Dilengkapi dengan potret Aura Light 2.0 dan pengubahsuaian suhu warna pintar (smart colour Temperature Adjustment), rekabentuk yang menarik dan ciri ciri telefon yang canggih, vivo V29 5G adalah sebuah telefon pintar yang sesuai bagi penggemar teknologi dan pengamal gaya hidup moden. 


Ciri-ciri vivo V29 5G



Beliau menambah, "Menuju ke masa hadapan, kami tetap akan konsisten dalam komitmen kami untuk terus berada dalam inovasi telefon pintar bagi sentiasa memastikan pengguna kami menikmati pengalaman yang unggul."


Perkayakan Kehidupan Seharian Dengan Potret Aura Light 2.0

Ciri Aura Light 2.0 yang bersaiz diameter 16.5 mm pada vivo V29 5G mendorong kepada kepentingan cahaya dalam hasil fotografi, ciri kamera dan Aura Light merupakan ciri utama pada siri V keluaran vivo. Menciptakan tiga dimensi kesan cahaya, menghapuskan bayang bayang dan memberikan pengalaman seperti di dalam studio. 36 peratus peningkatan pada tahap pencerahan berbanding dengan model yang sebelumnya dan memastikan shot yang lebih fokus. Selain itu, vivo V29 5G boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan warna yang berbeza. Dengan hanya satu sentuhan, ia boleh menyerlahkan subjek walaupun dalam keadaan lampu yang malap. Menghasilkan karya yang terang, jelas, potret yang indah dan keadaan alam sekitar yang menawan dalam setiap shot yang diambil melalui vivo V29 5G. 


Kamera hadapan yang mempunyai 50 MP dan fokus secara automatik membolehkan pengguna untuk mengambil gambar selfie, dengan kecanggihan kamera beserta 92° sudut luas mampu mengimbangi  dan mengelakkan distorsi pada gambar samada secara berkumpulan atau berseorangan. novasi ini adalah bukti usaha dari vivo untuk memastikan pengguna vivo sentiasa berpuas hati semasa menggunakan vivo V29 5G. 


vivo V29 5G juga menitikberatkan tentang pengambilan foto dan video pada waktu malam. Dengan vivo V29 5G, ia bakal mempersonakan penggunanya dengan kebolehan merakam momen indah pada waktu gelap terutamanya pada waktu malam. Ciri Video Ultra Stabil yang disokong oleh OIS dan EIS, memastikan pergerakan yang minimal dan shot yang jelas. Dengan lebih 1,000 kestabilan dan 10,000 kestabilan dalam pergerakan untuk setiap saat. Selain itu, ciri Super Night Video disokong oleh algoritma adegan malam yang cemerlang dan keupayaan penstabilan yang kuat, semuanya dapat menyelesaikan masalah ketika merakam video dalam keadaan cahaya rendah. Dengan kata lain, vivo V29 5G membolehkan gambar malam bersinar cerah dan menangkap butiran yang luar biasa dengan kecantikan yang tiada tandingannya.


Mentakrifkan Keanggunan dengan Gaya yang Terkini

Warna-warna vivo V29 5G adalah warna yang diinspirasikan oleh langit yang disinari bintang terutamanya warna Starry Purple. Teknik Inovatif 3D Starry Craft membolehkan penciptaan penampilan ungu berkilauan dengan menawan, manakala permainan cahaya pada panel belakang memastikan bahawa ia sentiasa bersinar seperti langit malam dengan sinaran bintang. 


Bagi warna Noble Black, ia menunjukkan keanggunan dan gaya yang moden dan mengikut tren yang terkini, dengan adanya teknik skala-nano yang memberikan ketahanan dan tahan kotor pada kilauan yang terukir.


Paparan Skrin yang Hebat Dalam Sejarah Siri V

Siri vivo V29 5G menampilkan paparan AMOLED 1.5K 120 Hz dan skrin melengkung 3D 6.78 inci, memberikan visual yang memukau kepada pengguna. Dengan resolusi 1.5K yang mengagumkan dan ketumpatan piksel tinggi sebanyak 452 PPI, setiap butiran menjadi seperti di alam realiti  dengan ketepatan yang mengagumkan. Pengguna akan terpukau pada pengalaman visual yang menakjubkan kerana vivo V29 5G mempamerkan 1.07 bilion warna dan DCI-P3. Selain itu, vivo V29 5G memberi keutamaan kepada kesihatan mata dan telah menerima tiga pensijilan perlindungan mata peringkat profesional SGS, menegaskan komitmen vivo terhadap kesihatan para pengguna. 


Memberikan Prestasi dan Ciri Telefon yang Mengagumkan

vivo V29 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan berkuasa. Ia menampilkan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon® 778G, memastikan prestasi yang baik dan sambungan 5G yang lancar. Dengan Memori 12 GB RAM + 8 GB RAM Tambahan, vivo V29 5G menawarkan penyimpanan yang mencukupi dan sokongan kukuh untuk sistem operasi. vivo V29 5G juga dilengkapi dengan Sistem Penyejukkan Bionik VC Ultra Besar, yang membolehkan telefon pintar melepaskan prestasi optimum dalam pelbagai senario, memberikan pengalaman yang menakjubkan - sama ada semasa sesi permainan yang sisirus atau pengalaman sinema yang memukau.


Selain itu, pengecasan pantas 80W yang dikemaskini dan bateri 4600 mAh membolehkan telefon pintar dicas laju dan selamat, telefon dicaj dari 1% ke 50% hanya dalam masa 18 minit dan menjamin penggunaan yang tahan lama. Selain itu, vivo V29 5G juga mempunyai ciri tahan habuk IP54 dan tahan air. Sama ada berada dalam hujan atau berseronok di tepi kolam renang, vivo V29 5G menyediakan rintangan percikan air dan tahan habuk di bawah penggunaan normal.


Harga, Ketersediaan, dan Rakan Kongsi  vivo V29 5G

Bermula hari ini, vivo V29 5G akan berada di dalam pasaran Malaysia dengan harga RM1,899 untuk pilihan 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB. Pengguna yang berminat untuk mendapatkan vivo V29 5G boleh menempah awal bermula pada 21 September 2023 dan banyak promosi hebat menanti. 

Tempahan awal yang dibuat di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma.




vivo Malaysia bekerjasama dengan beberapa jenama yang terkenal di Malaysia seperti Grazia, CHAGEE, UCSI, LUSH, Sunway Lagoon, MIX, Godiva, dan Dking yang berkongsi misi dan visi yang sama seperti vivo Malaysia. Kekal bersama vivo Malaysia untuk mengetahui lebih banyak perkembangan terkini dan pengumuman kolaborasi yang mendebarkan di platform media sosial rasmi vivo


Harga vivo V29 5G  

Tarikh Pelancaran

20 September 2023

Tarikh Tempahan Awal

21 September 2023

Tarikh Jualan Pertama

28 September 2023

Platform Jualan atas Talian

vivo Malaysia e-store, Shopee, Lazada dan Tiktok Shop

Promosi Tempahan Awal

Tempah awal sekarang dan berpeluang untuk mendapat hadiah eksklusif yang bernilai RM995

vivo care 1+1* Extended Warranty - RM199

vivo care 1 tahun pelan perlindungan skrin- RM399

V29 pelindung skrin - RM69

V29 Pelindung Keselamatan - RM69

TWS Earbuds - RM259

Pelanggan yang menempah awal pada 21 September 2023 di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma! (tertakluk kepada terma & syarat)

Kedai Konsep vivo yang terpilih:

      Pavilion KL

      KL East Mall

      KL Mid Valley

      Sunway Pyramid

      Gurney Plaza

      Johor Mid Valley Southkey


RRP

V29 5G 12+ 256GB for RM1899

V29 5G 12+512GB for RM2099


Ikuti perkembangan terkini,  promosi dan spesifikasi produk terbaru vivo di halaman facebook vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo Malaysia. 



Tentang vivo

vivo merupakan sebuah syarikat teknologi yang mencipta produk-produk teknologi berdasarkan nilai berpandu rekabentuk, dengan peranti pintar dan perkhidmatan pintar sebagai intipati. Syarikat ini bertujuan untuk menghubung antara manusia dan dunia digital. Melalui kreativiti unik, vivo menyediakan pengguna dengan kehidupan mudah alih dan digital yang semakin mudah. Mengikut nilai-nilai teras syarikat, termasuklah Benfen*, orientasi pengguna, nilai berpandu rekabentuk, pembelajaran berterusan dan semangat pasukan, vivo telah melaksanakan strategi pembangunan mampan dengan visi untuk menjadi syarikat korporasi kelas dunia yang lebih sihat dan mampan.

Sambil menghimpun dan membangunkan bakat tempatan terbaik untuk memberikan kecemerlangan, vivo disokong oleh rangkaian pusat penyelidikan dan pembangunan di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai dan Xi'an, fokus kepada pembangunan teknologi pengguna terkini, termasuklah 5G, kecerdasan reka bentuk industri, sistem imej dan teknologi lain yang akan datang. vivo juga telah menubuhkan rangkaian pembuatan pintar (termasuk yang telah diluluskan oleh vivo), dengan kapasiti pengeluaran tahunan hampir 200 juta telefon pintar. Setakat ini, vivo telah mengembangkan rangkaian jualannya di lebih daripada 60 negara dan kawasan, dan dihargai oleh lebih daripada 400 juta pengguna di seluruh dunia. 


*"Benfen" adalah satu ungkapan yang menggambarkan sikap melakukan perkara yang betul dan melakukan perkara dengan betul – ini merupakan gambaran ideal misi vivo untuk mencipta nilai untuk masyarakat. 


Ikuti perkembangan informasi terkini di halaman rasmi vivo Malaysia https://www.vivo.com/en/about-vivo/news


Post a Comment

1 Comments

  1. Wow..Makin lama makin canggih..Kadang rasa gatal je tangan ni nak tukar tukar handphone..hehee

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!