54 Tahun ! Sambutan Hari Lahir Di Restoran Serai KL East Mall

Ya, tahun ni umi dah berusia 54 tahun dan semakin lanjut usia dan sentiasa berharap akan menjadi bertambah bijaksana dalam kehidupan. Semoga hidup lebih tenang dan dikelililing dengan anak-anak, suami yang sentiasa menyokong apa yang umi buat. Hidup umi dulu sentiasa dikelilingi kawan sekerja dan client dari luar negara adalah pengalaman yang cukup indah untuk umi kenang dan senyum bila mengingatkan.




Ucapan Hari Lahir 

Setiap tahun bila tiba 4 September memang umi cukup teruja dan segan sama banyak sebab di social media, suami, keluarga dan kenalan yang dikenali secara peribadi dan kenalan alam maya akan membanjiri ucapan ucap selamat hari kelahiran. Indah dan  tersentuh.




Selain ucapan suami dan anak-anak, umi paling tunggu ucapan dari ex boss yang tak pernah lupa menghantar email ucapan. Memang rasa bahagia sangat sebab dia bos yang paling best dan terbaik.


Tahun ni, 4 September jatuh pada hari Rabu, jadi dapatlah anak-anak buat sambutan umi dan Ayong sekali gus.



Ayong lahir pada 24 Ogos tapi tak sempat disambut sebab dia kena outstation seminggu, jadi kesempatan yang sama sambut birthday bersama birthday girl.


Restoran Serai, KL East Mall

Memang mula umi tak tahu kami akan ke mana sebab tiada siapa pun kata nak makan kat mana. Bila masuk parking di KL East Mall, pun umi tak tahu lagi tapi DH mula bersuara, "ala makan kat situ tak berapa sedap". Dah boleh umi tangkap kat mana nak dinner.


Tahun lepas pun KY buat surprise sambutan hari lahir DH kat sini tapi tak cukup korum dan tahun ni untuk umi sebab food dia memang ikut selera kami.



Menu Pilihan 


Crispy Skinned Salmon


Crispy Skinned Salmon ni memang sedap dan berbaloi bila KY recommend umi untuk menu ni. Memang crispy kulit salmon selain isinya pun rasa fresh. Kupang (blue mussels) dengan stew tomato, baby spinach, kentang serta capers yang digoreng tu memang sangat balance dengan rasa masam dan manis. 


Rating : 5/5


Spicy Thai Rice


Spicy Thai Rice  - Nasi goreng buat 2 hero yang perlu kabohidrat dengan menggunakan beras Jasmine yang digoreng dengan pes udang buatan sendiri yang memberi haruman wangi, ada potongan dada ayam dan udang, telur goreng mata, kerabu mangga, acar, ikan bilis Thai dan sambal belacan. Memang licin pinggan.


Rating : 5/5 


Kampung Style Fried Rice


Kalau DH dan Ayong pilih nasi, Angah Ammar pun pilih nasi goreng juga tapi lain sikit, nasi goreng dengan dada ayam, kangkung dan ikan bilis, diiringi acar, keropok ikan dan dua batang sate ayam.


Rating : 5/5


Grilled Honey & Lemon Thyme Chicken


Grilled Honey & Lemon Thyme Chicken pilihan KY dan KC Iman ni memang sedap. Hidangan ayam bahagian peha yang disalut lemon serta madu dengan lada hitam yang dipecah dan mash Parisian, bawang putih yang dipanggang serta cendawan shimeji yang sangat menyedapkan.


Rating : 5/5


Chicken Parmigiana


Tengok sekali pun dah nampak kesedapan sebab Cik Meya suka cheese. Sajian dada ayam yang dilumatkan dengan sos tomato Itali dan keju cair dihidangkan dengan kentang goreng stik dan salad Greek.


Rating : 5/5


Serai Platter


Bukan hero-hero jer yang nak nasi, CikCha pun ambil nasi jugak tapi nasi serai yang dengan asam pedas ekor lembu, sotong madu, acar segar dan ayam goreng berempah. Memang tak angkat kepala cikcha waktu makan sebab layan menikmati nasi dengan gandingan yang sedap ni.


Rating : 5/5


Suasana dalam restoran Serai ni pun ok tapi kalau lewat dan tak buat tempahan memang kena tunggu untuk pelayan carikan tempat.


Kek Birthday

Waktu semua dah selesai makan, tiba-tiba berkumandang muzik dan nyanyian Happy Birthday. Rami betul sambut hari lahir kat sini sebabnya awal waktu sampai dan menikmati makan ada 3 kali kot muzik dan nyanyian dari pelayan kat sini. 

Tetiba sepinggan kek dengan lilin sampai kat meja. Ehh, ada 2 kek, dan rupanya surprised kek untuk umi dan Ayong. Memang tersipu-sipu la umi tapi hati memang berkembang.



Aduh rasa merah pipi, malulah juga sebab dah tua dan umi memang segan bila dirai birthday sejak dulu tapi bab raikan orang, umi suka. 


Secara jujurnya ucapan selamat hari lahir pun dah memadai tanda ingatan dan doa untuk diberikan kesihatan yang baik.


Moga ada rezeki tahun depan nak sambut hari kelahiran bersama anak-anak dan mungkin dengan menantu pulak. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat hari lahir :)

    Semoga sihat selalu, dipermudahkan urusan, dipanjangkan usia.

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday.
    Wah, mesti sedap dan memenuhi selera semua menunya, dapat 5/5!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!