Pasti ramai di antara kita yang masih tidak mengambil peduli tentang saman hingga menjadi masalah ketika hendak perbaharui cukai jalan dan lesen memandu dan ada yang tidak punya masa kerana kesibukan rutin seharian. Sikap menangguh akan menyebabkan akan dikenakan penalti yang lebih mahal dari masa ke semasa.
Check Saman Dihujung jari
Di zaman teknologi kini, anda tidak perlu lagi berbaris panjang menunggu giiliran untuk menyemak mahupun membayar saman kerana semuanya kini di hujung jari anda.
Jenis Saman Trafik
Ketahuilah beberapa jenis saman saman trafik yang sering dilakukan oleh pemandu pengguna jalan rayadan cara yang anda boleh lakukan untuk membayar tunggakan saman dengan lebih mudah dan pantas.
- Memandu melebihi had laju di lebuh raya – perangkap laju seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
- Memakirkan kereta (parking di luar kotak tempat letak kereta yang ditetapkan, di kaki lima dan lorong kecemasan)
- Membuat pusingan u haram, memotong barisan di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan dan seumpamanya.
- Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
- Memandu dengan lesen dan cukai jalan tamat tempoh
- Tidak menggunakan tali pinggang keledar
Cara cek saman online
Terdapat beberapa portal yang boleh anda gunakan untuk menyemak serta membayar saman tertunggak yang boleh dilakukan secara online dengan mudah dan pantas
Semak saman melalui SMS
Anda juga boleh menyemak saman JPJ atau polis melalui perkhidmatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Walau bagaimanapun, setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj.
Langkah-langkah untuk menyemak Saman PDRM
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> nombor MyKad atau nombor pendaftaran kenderaan dan hantar ke 15888 atau 32728
Portal MyBayar Saman
Portal MyBayar Saman merupakan satu inisiatif oleh PDRM untuk mempelbagaikan saluran pembayaran saman secara dalam talian bagi kemudahan orang ramai. Anda boleh menyemak dan membayar saman JPJ dan PDRM secara dalam talian tanpa sebarang caj.
Langkah-langkah untuk menyemak:
- Layari laman web MyBayar Saman dan daftar akaun anda
- Isikan butiran (nombor MyKad, nama penuh, alamat, dll) untuk tujuan pendaftaran
- Selepas pendaftaran, log masuk ke MyBayar Saman menggunakan ID pengguna anda
- Anda akan menerima butiran saman anda yang belum diselesaikan
- Orang ramai juga boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui:
Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
Google Playstore – https://play.google.com/store/apps/details…
Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
Huawei Appstore –https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205
SSO PDRM
Anda boleh menyemak dan membayar saman PDRM secara dalam talian menggunakan sistem yang ditubuhkan PDRM, sso.rmp.gov.my.
Langkah-langkah untuk menyemak:
- Layari laman web SSO untuk mendaftar akaun baru
- Isikan butiran seperti nombor MyKad, nama penuh, alamat, dsb
- Selepas pendaftaran, log masuk ke SSO PDRM menggunakan pengguna ID anda
- Klik “Carian” pada menu dan pilih “Status Saman”
- Butiran saman tertunggak anda akan dipaparkan
Portal Rilek
Anda boleh menyemak saman PDRM, JPJ dan DBKL menggunakan satu lagi laman web kerajaan iaitu RILEK.
Langkah-langkah untuk menyemak:
- Layari laman web (RILEK) untuk mendaftar sebagai pengguna baharu
- Selepas pendaftaran, log masuk ke laman web menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda
- Klik “Carian” dan pilih semakan saman
- Isikan butiran yang diperlukan
- Saman anda yang belum selesai akan dipaparkan
*Nota: Anda boleh membuat pembayaran melalui perkhidmatan perbankan dalam talian di Malaysia seperti RHB, Maybank, CIMB, dll.
Portal MYEG
Portal MYEG bukan sahaja boleh check saman JPJ tetapi boleh juga buat check saman Polis PDRM/saman trafik. Antara servis yang ditawarkan MyEG termasuklah cara untuk semak saman JPJ, renew roadtax dan insurans, bayar saman, zakat dan banyak lagi.
Begini merupakan cara semak saman polis atau JPJ melalui MyEG:
- Layari laman web rasmi MyEG di https://www.myeg.com.my/
- Pastikan anda daftar MYEG terlebih dahulu sebelum login MYEG. Jika anda masih lagi belum membuat pendaftaran sebagai pengguna MYEG, lihat Belum Mendaftar? Tekan Daftar Sekarang
- Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak check saman Polis PDRM / JPJ / AES
- Kemudian paparan saman akan dikeluarkan oleh sistem MyEG tersebut
- Jika anda terus ingin membuat pembayaran anda boleh teruskan kepada pembayaran online di MyEG tersebut
- Jika tiada saman paparan akan menunjukkan TIADA REKOD SAMAN DITEMUI. Dan jika ada saman akan keluar senarai saman JPJ anda
Penutup
Untuk sebarang pertanyaan atau aduan anda boleh hantarkan aduan anda ke Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM di talian 03 – 22663319 atau melalui email ke tadbirtrafik_ba@rmp.gov.my. Untuk aduan JPJ sila hubungi talian 03 – 8000 8000 atau emailkan aduan anda ke aduantrafik@jpj.gov.my
Kesimpulan
Jadilah pengguna jalanraya yang bertanggungjawa dengan memastikan anda membuat semakan dan membayar saman (jika ada), elakkan tunggakan saman
Sila jadi pemandu yang bertanggungjawab dan pastikan anda menjelaskan saman tertunggak anda jika ada. Jangan biarkan saman tertunggak anda menjadi penyebab cukai jalan anda tidak boleh diproses dan diperbaharui!
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!