Siapa yang tidak suka hujan apatah lagi dengan keadaan berjerubu sekarang ini. Hujan adalah rahmat untuk kita dari Allah SWT. Namun, adakalanya fenomena alam tersebut juga merupakan peringatan daripada Allah Subhanahu wa-Ta’ala buat hamba-hamba-Nya. Adalah wajar kita membaca doa ketika hujan dan melakukan beberapa amalan yang baik saat turunnya hujan.
5 doa ketika hujan yang mustajab
Dalam Al-Quran, Allah Subhanahu wa-Ta’ala menyatakan bahawa hujan adalah bentuk kasih sayang-Nya. Allah berfirman: “Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih.” (Surah Al-Furqan: Ayat 48).
Doa ketika hujan seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW pada sejumlah hadits. Hujan sendiri termasuk ke dalam waktu mustajab untuk memohon kepada Allah SWT seperti yang dikatakan dalam sebuah hadits,
"Dua doa yang tidak akan ditolak, doa ketika adzan dan doa ketika turunnya hujan," (HR Al Hakim)
1. Doa ketika Hujan Mulai Turun
اللَّهُمَّصَيِّباًنَافِعاً
Arab latin: 'Allahumma shoyyiban nafi'an'."
Artinya: "Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat).’”
(Hadith Riwayat. Bukhari, no. 1032
2. Doa ketika Hujan Lebat
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا,اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
Arab latin: Allahumma haawalaina wa laa 'alaina. Allahumma 'alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari.
Artinya:
Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-gunung, bukit-bukit, perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok).” (Hadith Riwayat Bukhari, no. 1014)
3. Doa ketika Hujan Disertai Petir
سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ
Arab latin: Subhaanalladzii yusabbihur ro'du bihamdihi wal malaaikatu min khiifatih.
Artinya: "Maha Suci Allah yang dengan memuji-Nya bertasbihlah halilintar dan juga para malaikat karena takut kepada-Nya."
4. Doa ketika Hujan Disertai Angin Kencang
اَللهُمَّ إِنِّيْ أَسْئَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيْهَا وَخَيْرَمَا اُرْسِلَتْ بِهِ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّمَا فِيْهَا وَشَرِّمَا اُرْسِلَتْ بِهِ
Arab latin: Allaahumma innii as-aluka khoirohaa wa khoiro maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih. Wa-a'uudzubika min syarrihaa wa syarri maa fiihaa wa khoiro maa ursilat bih
Artinya:
5. Doa Memohon Hujan Berhenti
اللَّهُمّحَوَالَيْنَاوَلَاعَلَيْنَا,اللَّهُمَّعَلَىالْآكَامِوَالْجِبَالِوَالظِّرَابِوَبُطُونِالْأَوْدِيَةِوَمَنَابِتِالشَّجَر
Arab latin: Allahumma haawalaina wa laa 'alaina. Allahumma 'alal aakami wal jibaali, wazh zhiroobi, wa buthunil awdiyati, wa manaabitisy syajari
Artinya: "Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan yang untuk merusak kami. Ya Allah, turunkan lah hujan ke dataran tinggi, sebagian anak bukit, perut lembah, dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan," (HR Bukhari)
Untuk semuanya, berhati-hati semasa musim hujan. Moga perkongsian ini bermanfaat. Insya Allah.
7 Peringatan Keselamatan Ketika Hujan
1. Jangan sentuh wayar atau talian elektrik
Jauhi sejauhnya apabila anda melihat wayar yang terendam dalam lopak air sewaktu dan selepas hujan boleh menyebabkan anda terkena renjatan elektrik dan membawa maut jika disentuh.
Selain itu, elakkan meletak kenderaan anda di bawah talian elektrik atau di sebelah tiang utiliti semasa musim tengkujuh.
2. Cabut plag peralatan elektronik semasa hujan lebat.
Ini penting terutamanya bagi kawasan yang dinaiki air. Maka, segera matikan dan cabut semua peranti sedemikian sebelum air memasuki rumah anda.
3. Elak Berjalan dalam air
Cuba elak melalui lopak air atas jalan. Ia mungkin kelihatan bersih tetapi ia mengandungi pelbagai bakteria, yang boleh membawa penyakit, virus dan jangkitan kulat.
Sekiranya anda tidak mempunyai pilihan lain, pastikan anda sentiasa membasuh kaki anda dengan sabun dan air bersih.
Selain itu, jangan memakai stokin basah atau kasut basah kerana kemungkinan besar ia mengandungi pelbagai jenis kuman.
4. Berhati-hati dengan pembiakan nyamuk
Nyamuk bertelur dalam lopak air bertakung, sekali gus menjadikan monsun sebagai musim pembiakan untuk serangga ini.
Aliran air akan 'mencipta' kawasan-kawasan baharu yang berlopak tenang dan ini sangat ideal bagi nyamuk bertelur.
Sewaktu tidur, digalakkan memakai baju lengan panjang dan gunakan ubat untuk menghindar kehadiran nyamuk. Sebagai langka tambahan, pasang pelindung nyamuk pada tingkap dan gunakan kelambu.
5. Memandu dengan berhati-hati
- Elak memandu laju dan mengekori kereta di hadapan anda dengan rapat.
- Elakkan membuat sebarang pusingan mengejut juga.
- Berhati-hati dengan penunggang motosikal semasa hujan.
6. Sediakan payung dan baju hujan
Tabiat ini bukan sahaja menghalang anda daripada jatuh sakit tetapi juga membantu anda melindungi barangan berharga seperti telefon bimbit dan dompet.
Dinasihatkan untuk meletakkan barang-barang anda dalam kantung plastik kecil semasa musim hujan.
7. Sediakan kit kecemasan
Mengingati langkah keselamatan asas banyak membantu kita bersedia menghadapi situasi yang tidak diinginkan sepanjang musim hujan ini. Berhati-hatilah semua...
Berikut ialah senarai semak item yang mesti ada dalam kit kecemasan anda:
- Air bersih
- Krim penghalau nyamuk
- Termometer
- Bandage dan kapas
- Ubat-ubatan
- Bahan makanan yang tidak mudah rosak
- Lampu kecemasan dan bateri
- Set pakaian dan stokin tambahan
sumber :
0 Comments
Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!