Sebagai seorang Islam, adalah diggalakan dan disunatkan untuk kita membaca doa dalam segala urusan seharian apatah lagi bagi mereka yang berulang alik menaiki kenderaan adalah disarankan membaca doa naik kenderaan tidak kira jenis kenderaan agar kita sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT. Kekalkan sikap bertenang dan bersopan santun di jalan raya untuk perjalanan yang lebih selamat dan sentiasa bertawakkal kepadaNYA
Sunat Membaca Doa Dalam Urusan
Sebagai orang Islam, kita digalakkan dan disunatkan untuk membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan tid kira perjalanan jauh atau dekat.. Selain daripada itu anda mestilah beradab dalam perjalanan, mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas yang telah ditetapkan.
Adalah sangat indah untuk meletakkan pergantungan dalam setiap perkara kepada Allah SWT.
Doa adalah salah satu senjata atau kekuatan umat Islam.
Doa Menaiki kenderaan
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami,sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.
Doa Ketika Sampai Destinasi
Setelah sampai destinasi, disunatkan untuk membaca doa berikut:
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah, yang telah menyelamatkan aku dan yang telah melindungiku dan yang mengumpulkanku dengan keluargaku.”
Takbir Ketika Melalui Kawasan Mendaki
Adalah disunatakn untuk bertakbir ketika bertemu kawasan mendaki dan membaca tasbih apabila menuruni kawasan bukit tetapi makruh menyaringkan suara bacaan tersebut.
Adab-Adab Ketika Menaiki Kenderaan
Di antara adab-adab baik menaiki kenderaan yang perlu dititik beratkan ketika menaiki kenderaan ialah:
1. Baca Basmallah
Bismillahirrahman nirrahim
2. Baca doa naik kenderaan
Baca doa naik kenderaan dan berdoa untuk mencari kebaikan dan ketakwaan agar Allah menghindarkan pemandangan buruk, kesusahan semasa dalam perjalanan serta memudahkan perjalanan.
3. Mulakan dengan langkah kanan
Ketika hendak menaiki kenderaan, kita digalakkan agar memulakan langkah dengan kaki kanan.
4. Ikut giliran
Kita mesti berbaris atau beratur ketika manaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan sebagainya.
Ini adalah kerana untuk mengelakkan kejadian seperti terjatuh, terhantuk dan tertolak antara satu sama lain.
Selain itu, jika kita mengikut giliran ketika menggunakan kenderaan awam seperti bas akan membantu para penumpang menaiki kenderaan dengan cepat dan selamat.
5. Berdisiplin di jalan raya
Faktor utama berlakunya kemalangan semasa menggunakan kenderaan ialah tidak berdisiplin dan cuai seperti bermain-main di dalam kenderaan, tidak menghormati penumpang dan pemandu lain dan mementingkan diri sendiri.
Sehubungan dengan itu, kita juga dilarang menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan diri dan orang lain seperti melakukan lumba haram atau merempit.
6. Utamakan orang yang lebih memerlukan
Golongan muda digalakkan mengutamakan golongan warga emas, wanita hamil, orang kurang upaya (OKU), ibu-ibu yang mengendong anak kecil dan kanak-kanak kecil dengan memberikan mereka tempat duduk di dalam mana-mana pengangkutan awam.
Kesimpulan
Didalam Islam sangat dituntut memulakan sesuatu perkara dengan doa sama seperti doa menaiki kenderaan.
Mendahului sesuatu perjalanan dengan membaca doa naik kenderaan ini sesuai dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
Maksudnya : “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (Al-Ghafir: Ayat ke 60)
Bacaan doa ini juga merupakan satu bentuk pengharapan kepada Allah SWT agar perjalanan kita sentiasa dilindung dan diredhai.
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
Pastikan juga diri anda sentiasa positif dan tenang ketika memandu atau ketika didalam kenderaan tapi hendaklah sentaias berwaspada dengan perkara-perkara yang di luar jangka dan bakal berlaku seperti kemalangan, kesesakan dan sebagainya.
Banyakkan bersabar dan elakkan dari mengeluar kata-kata negatif yang akan menjerumus antum bersifat yang dibenci Allah سبحانه وتعالى.
Paling baik jika antum basahkan bibir dengan memuji-muji nama Allah سبحانه وتعالى dan berselawat kepada Rasulullah ﷺ. Pasang zikir-zikir, istighfar dan selawat di dalam kenderaan.
Dan paling penting, sentiasa ingat dan berharap kepada Allah سبحانه وتعالى semoga perjalanan antum selamat.
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
sumber : akuislam
1 Comments
sentiasa ingat Allah dalam apa juga keadaan termasuk dalam kenderaan
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!