Gastrik : Kenali Tanda-Tanda Gastrik Dan Cara Rawat Gastrik Di Rumah

Gastrik atau orang dulu-dulu panggil angin medu adalah disebabkan pengumpulan angin kotor di dalam usus dan punca seseorang mengalami gastrik. Lazimnya kita mengalami angin medu ni bila terlebih makan, makan terlalu lewat hingga perut dimasuki angin. Jom ketahui kenali tanda gastrik dan cara merawat gastrik  yang boleh dilakukan di rumah sekiranya ianya berlaku kepada anda.


gastrik
kredit : gambar Google


Punca Gastrik / Angin Medu

Gastrik adalah keradangan, kerengsaan atau hakisan lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau secara perlahan-lahan (kronik).


Keadaan ini boleh disebabkan oleh kerengsaan akibat pengambilan alkohol secara berlebihan, muntah kronik, tekanan atau penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin atau ubat antiradang lain. 


  • Helicobacter pylori (H. pylori): Bakteria yang hidup pada lapisan lendir perut. Tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan bisul, dan bagi sesetengah individu, mungkin berisiko mengalami barah perut
  • Refluks hempedu: Aliran balik hempedu ke dalam perut daripada saluran hempedu – yang menghubungkan hati dan pundi hempedu
  • Jangkitan: Keadaan ini biasanya disebabkan oleh bakteria dan virus

Jika masalah angin medu ini dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya, ia boleh menyebabkan kehilangan darah yang teruk dan meningkatkan risiko terkena kanser perut. 


10 tanda gastrik dalam badan

Ketika seseorang mengalami sakit gastrik, gejalanya dapat memberi ketidakselesaan sehari-hari dan mengurangi kualiti hidup mereka.




Secara umumnya setiap orang punya tanda gastrik yang berlainan tapi berikut adalah tanda-tanda gastrik untuk pengetahuan anda supaya anda boleh mengambil langkah seterusnya apabila ianya terjadi.


1. Sakit perut

Sakit perut merupakan tanda utama sakit gastrik di bahagian perut. Rasa sakit ini hadir dalam bentuk dan tahap yang berbeza-beza dari ringan hinggalah parah, dan biasanya terasa di sekitar bahagian ulu hati. 

Seseorang mungkin akan merasakan sakit yang teramat teruk seusai sahaja makan atau ketika perut sedang kosong.


2. Perut kembung

Kembung adalah gejala umum lainnya yang terkait dengan sakit gastrik dan angin. Hal ini terjadi ketika gas terperangkap di dalam perut, menyebabkan perut terasa penuh, tegang, dan buncit.

Seringkali, seseorang mungkin berasa berat di perut dan sukar untuk mengenakan pakaian yang ketat. Kembung juga dapat disertai dengan rasa sensasi gas yang bergerak di dalam perut. Hal ini menyebabkan ketidakselesaan dan gangguan dalam kegiatan sehari-hari.




3. Mual dan muntah

Tanda gastrik yang berikutnya adalah menyebabkan mual dan muntah pada beberapa keadaan. Ketika perut mengalami gangguan pencernaan, maklumat yang dihantar ke otak dapat menyebabkan rasa mual.

Mual ini sering kali menjadi lebih buruk setelah makan atau ketika perut kosong. Sesetengah orang juga muntah sebagai salah satu tindak balas terhadap ketidakselesaan yang dirasakan.


4. Gangguan pencernaan

Gangguan pencernaan seperti cirit birit atau sembelit juga dikenali sebagai tanda gastrik. Seseorang mungkin mengalami perubahan pola buang air besar atau merasa bahawa pencernaan mereka tidak normal.

Makanan dapat melalui saluran pencernaan dengan cepat atau lambat, menyebabkan ketidakselesaan dan ketidakseimbangan dalam sistem pencernaan.


5. Sering sendawa

Bersendawa adalah mekanisme normal pada tubuh untuk mengeluarkan gas yang terperangkap di dalam perut.

Ketika seseorang mengalami sakit gastrik, produksi gas dalam sistem pencernaan akan meningkat. Ini menyebabkan kita sering bersendawa sebagai satu tindak balas.

Namun begitu, seseorang yang bersendawa secara berlebihan dapat menjadi tanda bahawa seseorang mengalami masalah pencernaan, termasuk sakit gastrik atau angin dalam badan.


6. Sensasi terbakar di dada

Sakit gastrik juga dapat menyebabkan sensasi terbakar di dada yang sering disebut sebagai heartburn.

Hal ini terjadi ketika asid perut naik ke kerongkong dan menyebabkan sensasi terbakar yang tidak selesa di bahagian dada dan tekak.

Bahkan, rasa ini juga akan bertambah buruk bila mana kita setelah makan atau berbaring.


7. Hilang nafsu makan

Sesetangah orang yang mengalami sakit gastrik mungkin akan kehilangan nafsu makan.  Ketidakselesaan dan gangguan pencernaan yang dialami dapat menyebabkan seseorang kehilangan selera makan atau merasa kenyang dengan cepat.

Kehilangan nafsu makan dapat menyebabkan penurunan berat badan yang tidak diinginkan.


8. Gangguan tidur

Di samping itu, sakit gastrik dan angin juga dapat mempengaruhi kualiti tidur seseorang. Sakit perut, kembung, dan sensasi terbakar dapat mengganggu tidur malam, membuat seseorang sulit tidur atau terbangun di tengah malam.

Jika masalah ini berlaku dengan lebih kerap, ini akan memberi kesan negatif secara keseluruhannya pada kualiti hidup manusia.


9. Kesan psikologi dan emosi

Selain gejala fizikal, sakit gastrik juga dapat mempengaruhi kesejahteraan psikologi seseorang. Rasa sakit dan ketidakselesaan yang berpanjangan dapat menyebabkan stres, anxiety, dan rasa tidak tenang.


10. Najis menjadi hitam seperti tar

Najis yang berwarna hitam gelap merupakan salah satu gejala yang boleh disebabkan oleh pendarahan di dalam perut atau dalam kata lain menandakan masalah gastrik berlaku.


8 cara rawat gastrik di rumah

Selain pengambilan ubat seperti antibiotik untuk membunuh H.pylori, penyekat histamin (H-2), perencat pam proton ataupun antasid, terdapat rawatan di rumah yang boleh dicuba.

Pun begitu, seperkara yang perlu diingatkan, tidak semua kaedah ini berkesan untuk setiap individu.

Tetapi tiada salahnya jika anda ingin mencuba untuk mendapatkan cara merawat gastrik angin yang bersesuaian.


1. Ikuti diet antiradang

Gastrik merujuk kepada keradangan lapisan perut, jadi pengambilan makanan yang membantu mengurangkan kerengsaan itu pastinya dapat memberikan kelegaan.


diet antiradang


Jika anda kerap diserang angin medu, cara terbaik adalah untuk membuat catatan harian bagi mengenal pasti makanan yang boleh mencetuskan gejala.

Kemudian, anda boleh kurangkan pengambilannya atau menghindarinya terus.

Antara makanan yang biasa mencetuskan kerengsaan pada perut adalah:

  • Makanan yang telah diproses
  • Gluten 
  • Makanan berasid 
  • Produk tenusu 
  • Makanan bergula
  • Makanan pedas
  • Alkohol


2. Suplemen ekstrak bawang putih

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa ekstrak bawang putih dapat membantu mengurangkan gejala gastrik.

Jadi salah satu cara merawat gastrik angin yang boleh dicuba adalah dengan menghancurkan bawang putih mentah dan memakannya.

Jika anda tidak suka rasa bawang putih mentah, anda boleh mencincangnya dan memakannya bersama sesudu mentega kacang atau dimakan bersama buah kurma.

Kemanisan mentega kacang atau kurma pastinya dapat membantu menutup rasa bawang putih. 


3. Makanan probiotik

Probiotik dapat membantu meningkatkan pencernaan dan mendorong pergerakan usus secara berkala.

Suplemen probiotik memperkenalkan bakteria baik ke saluran pencernaan, sekali gus membantu menghentikan penyebaran H.pylori. 

Pengambilan makanan tinggi kandungan probiotik berikut juga dapat mengurangkan gejala gastrik:

  • Yogurt 
  • Kimchi 
  • Kombucha 
  • Sauerkraut - Sauerkraut dibuat dengan menapai kubis mentah mengunakan pelbagai jenis bakteria asid laktik. Asid laktik yang terhasil daripada penapaian gula dalam daun-daun kobis yang diracik ini memberikan ia rasa masam yang unik serta jangka hayat yang panjang.
  • Kefir 


4. Teh hijau bersama madu manuka

Ada kajian menunjukkan pengambilan teh hijau sekali seminggu dapat mengurangkan penularan bakteria H.pylori pada saluran pencernaan.

Madu manuka juga mempunyai manfaat tersendiri. Ini kerana ia mempunyai fungsi antibakteria yang membantu melawan jangkitan. 

Ada juga individu merasakan pengambilan air suam sudah cukup untuk menenangkan perut dan membantu pencernaan.


5. Minyak pati

Berdasarkan ujian makmal, minyak pati seperti serai didapati dapat membantu meningkatkan daya tahan diri terhadap H.pylori.

Minyak pati lain seperti pudina, halia dan bunga cengkih dipercayai dapat memberikan kesan positif pada sistem pencernaan.

Jangan tersalah, minyak pati tidak boleh dimakan, okay?

Sebaliknya ia boleh dicairkan (diluted) dengan minyak pembawa untuk disapu pada kulit.

Minyak pati juga boleh digunakan dalam peresap (diffuser) atau anda boleh mendapatkan rundingan doktor tentang cara penggunaan selamat bagi minyak ini untuk membantu melegakan angin medu.


6. Saiz hidangan makanan lebih kecil atasi masalah angin medu

Pengambilan saiz hidangan besar dan karbohidrat berat boleh memberikan tekanan pada sistem pencernaan, sekali gus memburukkan gejala gastrik. 

Jadi hidangan lebih kecil yang kerap dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan mengurangkan simptom ketidakselesaan yang dialami.


7. Elakkan merokok dan pengambilan berlebihan ubat tahan sakit

Tabiat merokok dan penggunaan ubat tahan sakit secara berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk terkena barah perut. 

Pengambilan berlebihan ubat penahan kesakitan yang dibeli di farmasi seperti aspirin atau ibuprofen, boleh merosakkan lapisan perut dan memburukkan lagi masalah gastrik.


8. Kurangkan tekanan

Tekanan boleh menyebabkan kemunculan gastrik. Jadi, mengurangkan tahap tekanan adalah cara penting untuk membantu menguruskan gejala.


Teknik pengurusan tekanan merangkumi:

  • Urutan
  • Meditasi
  • Yoga
  • Senaman pernafasan


Umumnya, dalam memilih kaedah merawat atau mengatasi angin medu, ia lebih bergantung kepada punca yang menyebabkannya.

Jika cara merawat angin medu di rumah yang dikongsikan tidak berkesan, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rundingan doktor.



Langkah mengurangkan gastrik

Ada beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengatasi  angin gastrik antaranya adalah :


1. Ubah pola pemakanan

Pastikan anda makan makanan sihat, teratur dan seimbang yang dapat mengurangi gejala sakit gastrik. Elakkan makanan pedas, berlemak, dan berkarbonat kerana ia menjadi punca kepada penghasilan gas dalam perut.

Makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap supaya dapat membantu beban pada sistem pencernaan.


2. Hindari sumber masalah

Kenal pasti makanan atau minuman tertentu yang menjadi penyebab gejala sakit gastrik bertambah teruk setelah dimakan.

Setiap individu mungkin memiliki penyebab yang berbeza-beza, jadi perhatikan apa yang mempengaruhi keadaan anda secara negatif.


3. Hindari tekanan / stres

Rasa tertekan akan memburukan tanda gastrik. Cari cara untuk kawal tekanan / stres seperti melalui releksasi, meditasi, atau bersukan atau berrehat di tempat yang tenang.

Penting untuk memastikan anda menjaga pola tidur yang sihat, cukup, dan teratur.


4. Minum air yang cukup

Minum air yang cukup dapat membantu menjaga hidrasi tubuh dan mengurangi risiko terjadinya kembung.

Hindari minuman berkarbonat atau beralkohol yang dapat meningkatkan penghasilan gas dalam perut.


5. Hindari makan sebelum tidur

Elak dan hindari dari makan sebelum tidur, terutama makanan berat atau pedas. And perlu berikan waktu bagi sistem pencernaan anda untuk mencerna makanan sebelum anda berbaring.


6. Bersukan secara teratur

Bersukan secara teratur dapat membantu meningkatkan pergerakan usus dan mengurangi gejala sakit gastrik.

Pilih aktiviti fizikal yang anda sukai dan tidak membebankan seperti berjalan kaki, berenang, atau yoga.


7. Berjumpa dengan doktor

Sekiranya sakit gastrik masih berterusan atau semakin memburuk, berjumpalah doktor dengan kadar segera.

Doktor dapat melakukan pemeriksaan menyeluruh dan memberikan rawatan yang sesuai dengan masalah yang anda hadapi.


Kesimpulan

Jika anda mengalami mana-mana simptom ini secara konsisten, adalah penting untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan untuk penilaian dan rawatan


Gejala dan tanda yang disenaraikan adalah sebahagian kerana setiap individu punya gejala yang berlainan.


Kenali gejala yang disenaraikan yang mungkin itu adalah tanda anda mengalami gastrik dan kemungkinan tanda gastrik 


Walau bagaimanapun, dengan memahami tanda-tanda gastrik seperti ini, ia sangat penting untuk membantu anda menangani masalah ini dan mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.


Dapatkan nasihat perubatan apabila perlu agar anda boleh mengambil langkah terbaik untuk memastikan perut anda sentiasa sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kronik.



sumber : Hellodoktor

Post a Comment

5 Comments

  1. semua pun betul... MA kena gastrik since dr zaman sekolah dulu sampai level yg kena amik injection baru ok la.. but now dah tau mcm mana nak kontrol, alhamdulillah dah jarang sgt kena.. but still standby je dlm handbag & kat rumah...gavicson. senang bila rasa mcm nak mula je.terus makan gaviscon dulu sebelum melarat

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila umur dah banyak ni lagi risau kalau kena gastrik dan mungkin sy pun kena sediakan gaviscon juga dalam handbag.

      Delete
  2. Kena gastrik memang sakit. Saya amalkan minyak bawang putih Alhamdulillah serasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, sesiapa yg pernah kena sekali tu mmg kena bersediakan. Bagus Diah

      Delete
  3. The spiritual pilgrimage of Umrah Packages 2024 is a deeply enriching experience, drawing Muslims from around the world to the holy cities of Mecca and Medina.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!