Pajak Gadai adalah transaksi bagi mendapatkan wang dengan cara yang lebih mudah dan cepat berbanding dengan mendapatkan pinjaman dari bank. Sejarah kedai pajak gadai di Malaysia wujud sejak tahun 1871 dan ditadbir oleh Akta Pemajak Pajak 1972. Sekinya anda berminat untuk menggadai barangan emas, artikel dibawal boleh membantu
Apakah itu Pajak Gadai ?
Fungsi kedai-kedai pajak gadai ialah memberi pinjaman wang tunai keatas barang gadaian bagi tempoh enam bulan dengan faedah tertentu sebulan.
Adakah Aktiviti Pajak Gadai Sah Di Bawah Undang-Undang?
YA! Akta Pajak Gadai 1972 telah diluluskan untuk menyeragamkan undang-undang mengenai pajak gadai di seluruh negara. Sebelum itu terdapat Enakmen-Enakmen yang berbeza-beza mengawal aktiviti pajak gadai di tiap-tiap negeri di Semenanjung Malaysia.
Barangan Yang Boleh Di Gadai
Barangan kemas seperti emas dan jam tangan emas berjenama serta pen emas adalah antara barangan yang boleh digadai bagi mendapatkan pinjaman.
Tahap Pinjaman Maksimum Dari Kedai Pajak Gadai
Menurut Akta Pemegang Pajak Gadai 1972, pinjaman adalah tidak melebihi RM100,000.00.
4 perkara yang anda wajib tahu bila nak pajak emas
Sebelum membuat pajak gadai, ada beberapa perkara yang anda kena tahu iaitu :
1. Harga emas
2. Kadar pinjaman
3. Kadar upah simpan
4. Tempoh pinjaman
Harga Emas
Harga emas adalah berdasarkan harga semasa dan berbeza mengikut mutu emas. Tapi harga emas tidak sama di setiap tempat Ar-Rahnu manupun di kedai pajak gadai. Ada yang ambil rendah dan ada juga yang ambil tinggi.
Jenis-jenis mutu emas
- emas 999
- emas 950
- emas 916
- emas 875
- emas 835
- emas 750
- emas 585
Semakin tinggi ketulenan emas anda, maka lagi tinggi harga emas yang anda akan dapat.
Kadar pinjaman
Kadar pinjaman adalah jumlah pinjaman yang anda akan dapat daripada jumlah harga emas yang anda pajak. Setiap tempat pajak tidak sama kadar pajakan. Ada yang bagi 60%, ada yang bagi 70%,80%,90%. Bahkan lebih tinggi pun ada. Semakin tinggi kadar pinjaman, makin tinggi jugalah duit dapat dipinjam.
Kadar upah simpan
Ia adalah caj yang dikenakan sebagai upah bagi pihak mereka yang menyimpan emas kita. Kadar upah simpan juga berbeza-beza mengikut tempat pajak mahupun Ar-Rahnu. Kebiasaannya akan dinilai mengikut nilai emas yang kita pajak. yang berbeza adalah kaedah yang digunakan. Ada yang setiap RM100, ada juga yang guna kaedah peratus.
Contohnya sepeti dibawah.
Nilai marhun (barang yang digadai) kadar upah upah simpan bukanan bagi setiap RM100 nilai marhun :
RM2000 pertama kebawah RM0.70
RM2001 hingga RM10000 RM0.75
RM10001 keatas RM0.80
Contoh pengiraan, jika nilai marhun (barang yang dipajak) anda RM2000
RM2000÷RM100=20
20 x RM0.70=RM14
Maka, upah simpan anda ada RM14 untuk sebulan
Tempoh pinjaman
Tempoh pinjaman adalah “masa” yang diberikan untuk anda membuat bayaran balik pinjaman yang telah anda buat termasuk upah simpan. Tempoh waktu pinjaman juga berbeza-beza mengikut tempat kedai pajak gadai
Ada tempoh pinjaman yang 6 bulan, setahun dan ada yang 6 bulan + 6 bulan. Ada juga yang dapat buat 6 bulan + 6 bulan sehingga 5 tahun. Kebiasanya kalau anda mahu + 6 bulan anda perlu membayar terlebih dahulu upah simpan yang asal.
Bagi cara bayaran pula, ada tempat pajak yang anda boleh bayar bila-bila masa sahaja, atau bayar ansur-ansur. Ada yang boleh bayar bulan-bulan. Ada yang perlu bayar terus sekaligus. Dan ada juga yang memberi pilihan pada anda nak bayar macam mana.
Contoh Pengiraan Pinjaman
Anda memajak 10gram jongkong emas anda yang berketulenan 999. Harga emas 999 berdasarkan RM280 untuk 1gram dengan kadar pinjaman 75%
10gram x RM280 = RM2800
RM2800 x 75 = RM210000
RM210000 ÷ 100 = RM2100
Maka, jumlah pinjaman yang anda akan dapat ialah RM2100
Bagi cara pembayaran pula anda kena bayar jumlah pinjaman termasuk upah simpanan. Apabila anda habis membayar, anda akan dapat semula emas anda.
Nak bawa apa ke kedai pajak gadai
Pastikan anda membawa senarai di bawah untuk memastikan segalanya berjalan lancar
- Kad pengenalan. Pihak pajak gadai mungkin akan meminta maklumat waris beserta salinan kad pengenalan.
- Barangan yang ingin digadai.
- Resit asal belian supaya nilai emasn tidak ditolak susut sebanyak 25%.
- Sijil ketulenan bagi mengelak error pada mesin ataupun ditipu.
Prosedur Gadaian Emas
Apabila anda ke kaunter pajak gadai akan menguji ketulenan dan menimbang berat barang kemas anda. Kemudian, emas anda akan dinilai mengikut nilai emas semasa. Anda akan diberikan wang pinjaman sekitar 65% daripada nilai emas anda.
Sebagai contoh, jika barang kemas anda bernilai RM500, anda boleh mendapatkan RM325 daripada pajakan anda. Ada sesetengah kedai pajak gadai yang memberikan sehingga 80% daripada nilai emas. Jadi kami nasihatkan anda untuk survey dahulu nilai gadaian yang ditawarkan di sekitar tempat anda.
Senarai Kedai Ar-Rahnu Malaysia
Terdapat banyak institusi yang menyediakan produk Ar-Rahnu dengan beberapa bilangan cawangan yang memudahkan anda membuat gadaian tanpa rasa ragu antaranya :
- Ar-Rahnu Tekun
- Ar-Rahnu YaPEIM
- Ar-Rahnu AgroBank
- Ar-Rahnu Bank Rakyat
- Ar-Rahnu X’Change
- Ar-Rahnu Bank Islam
- Ar-Rahnu Bank Muamalat
Terkini KOPETRO pun darh rasmikan Ar-RahnuKita dan ada beberapa cawangan untuk kemudahan pajak gadai bagi orang ramai
Kelebihan Pajak Gadai Di ArRahnu Emas
- Kelebihan membuat pinjaman tanpa ada unsur riba. "Jauhi riba, hidup selamat"
- Boleh buat pusingan modal atau besarkan peniagaan bagi peniaga tanpa perlu meminjam dengan bank.
- Kebanyakan orang memajak emas kerana hendak beli sesuatu. Contoh anda nak beli motosikal berharga RM4000. Nak bayar terus RM4000 mungkin tidak mampu atau bajet bulanan anda lari. Cara terbaik, pajak/ ar-rahnu emas anda, wang dari hasil gadaian anda beli motosikal. Bulan-bulan anda hanya perlu bayar di pajak/arrahnu.
- Dapat digunakan pada waktu kecemasan tanpa perlu menyusahkan orang lain.
Anda perlu bijak menilai dan membuat perbandingan di setiap tempat arrahnu berdasarkan 4 perkara utama yang disebukan tadi. Kemudian, anda nilailah sendiri tempat yang mana yang lebih berbaloi untuk anda pajak/arrahnu emas anda.
Maklumat Tambahan
Terdapat beberapa sekatan perniagaan berkenaan penerimaan barangan di dalam Akta Pajak Gadai 1972 menjelaskan dengan jelas tentang sekatan perniagaan iaitu:
- Tidak boleh menerima apa-apa barang antara pukul 6 petang dengan 8 pagi. Tiada boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut.
- Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun.
- Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk atau tidak sempurna akal.
- Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda hakmilik kerajaan ataupun kerajaan negeri.
- Apa-apa barangan disyaki “dicuri daripada pemilik asalnya”
- Ar-Rahnu adalah satu Skim Pajak Gadai Islam yang berlandaskan syariah.
Jadi kalau anda nak buat apa-apa pajakan barang berharga dan bernilai seperti emas bolehlah berurusan dengan institusi-institusi yang menyediakan skim Ar-Rahnu ini.
Semoga artikel yang dikongsikan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan wang daripada hasil milikan emas..
1 Comments
Info yang sangat baik ni Kak Fuzy. Lagi satu ada Ar Rahnu di Pejabat Pos. Elakkan buat Ar Rahnu di bank sebab nanti nama masuk CCRIS dah payah buat loan. Walau kita cagar emas kita tapi dia kata kita ada buat pinjaman. Kalau di Ar Rahnu Pejabat Pos, nama tak masuk CCRIS.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!