Selamat Bertunang Kak Yang! Lega Majlis Pertunangan Nur Amanda Berjalan Lancar Walau Ringkas

Alhamdulillah, rasa lega bila majlis pertunangan puteri sulung kami Nur Amanda berjalan lancar walau ringkas pada hari Sabtu, 30 September 2023 lalu. Cukup ringkas dan sederhana walau nak buat buat persiapan dan susun atur tu tidak semudah walau kedengaran mudah dengan pelbagai kos perlu diambil kira antaranya perbelanjaan dan masa. Ada 3 lagi anak dara kami yang akan 

Perkenalan

Kak Yang dah kenal tunangannya, lebih mesra dipanggil Is ni sejak sama-sama belajar di UMP, jadinya mereka dah kenal lebih kurang +- lebih 4 tahun.

Majlis Tunang


Kami pun pernah berjumpa bakal tunang KY ni masa di Pekan dan Alhamdulillah puashati dengan budi bicara Is ni. Lagipun umi dah DH bukan cerewet pasal jodoh anak-anak, tapi nak yang terbaik dan sebaik-baiknya buat mereka.


Kunjungan perkenalan kedua ibu bapa Is selepas hari raya hari menyampaikan hasrat anaknya menjadi titik permulaan dan kemudian kunjung balas umi dan DH pula ke Bidor selepas DH betul-betul free dari tugasan kerja. 


Perbincangan kami pun lebih santai dan kedua belah pihak pun setuju nak buat majlis simple dan seringkas yang boleh dan lepas perbincangan tu memang KY dah mula start gear dan bersiap apa yang perlu dan beli apa yang perlu untuk hantaran dan majlis.


Lokasi

Awalnya nak sewa dewan konon tak nak rumah semak dan risau sebab keluarga kami besar dengan DH ada 5 beradik dan umi pula 10 beradik termasuk anak Allahyarham abah dan anak bonda yang kami amat rapat. Tapi bila difikir balik, ni baru majlis pertunangan, jadi sebaiknya buat kat rumah jer apatah lagi umi tak boleh skip dari rutin menjaga bonda.


Akhirnya kata putusnya kami buat di teratak kecil kami tapi kalau nak menyambut tetamu ni memang banyak benda kena buat dan tukar. Memang bagus buat kat rumah ni, jadi boleh spring cleaning pada waktu yang sama. Buang yang buruk, sedekah dan hantar pakaian dan barangan yang masih disayangi kat kotak barangan terbuang. 


Fuhh memang jenuh la jugak tapi bagusnya barangan yang jarang digunakan dan tiada keperluan dalam rumah berkurangan. 


Hantaran Pertunangan

Zaman teknologi ni mudah jer, hanya scroll dan tengok apa yang menarik pastu kita terjah kedai barangan kelengkapan. 


Bekas hantaran ni dibeli di Nilai 3, mujur kami tak beli bekas hantaran yang dah dipasang kat satu kedai tu sebab KY ni memang cerewet. Ingat nak cari kat Romantika je tapi waktu nak gerak balik tu ternampak kedai barangan kelengkapan perkahwinan, jadinya kami masuk dan memang rambang mata.


Kalau ikutkan boleh jer guna tepak pahar ada kat rumah bonda tapi sebab nak buat simple, dan KY naik ikut teman estatik dan minimalis, jadi bekas seakan kayu jadi pilihan. 


Inikan majlis KY, jadi Umi ikut apa yang disukainya dan mujur dia boleh drive dan bila dia rasa ada benda yang nak dibeli, diajaknya adik-adik ikut sekali tak kira siang atau malam


Masa berkunjung ke rumah bakal besan tu, kami pun bagitau nak buat majlis yang simple dan hantaran pun nak buat yang semudah yang boleh sebab keluarga belah sana tu bekerja dan umi pun walau tak bekerja memang sibuk dengan rutin menjaga bonda. Jadinya kami dan bersepakat pihak sana bagi 3 dan kami balas dengan 5 bekas. 


Goodies Bag

Rajin sungguh KY buatkan goodies bag untuk tetamu VIP dan non VIP, dan seronoknya adik-adik pun sama saling membantu.


Lupa nak ambil gambar goodies bag dek sebab kesibukan, maka gambar goodies bag yang Kak Lang bagi ni pun jadilah.


Makeup

Memang jimat dan mujur cik Meya boleh menyolek muka si kakak. Tak perlu pening kepala sebab buat test makeup ni pun 2 -3 kali rasanya dan bila masa si kakak free.  



Kalau guna MUA memang jenuh nak tunggu bila KY free dan  si ayah pun approve solekan sebab tak nak nampak over sangat solekan tu.


Pakaian

Bab pakaian memang mudah sekarang ni apatah lagi badan KY pun tak terlalu berisi dan agak tinggi jadi nak cari pakaian pun mudah dengan membeli secara online dengan harga RM4XX selepas diskaun. Pilihan tema pulak KY yang tentukan dan sebagai ibu bapa, kami ikut saja asalkan tidak keterlaluan dan melebihi batas


Pelamin

Tidak seperti dulu, kalau bertunang si gadis duduk di dalam bilik dan wakil dari pihak lelaki akan masuk ke bilik untuk sarungkan cincin tapi sekarang ni jarang dah yang guna bilik untuk acara sarung cincin dan begitu juga dengan KY buat pelamin di luar sebab ruangan bilik yang kecil.


Kelengkapan pelamin tu KY sewa dan kerusi pula guna yang sedia ada di rumah sebab nakkan yang ringkas memandangkan ruang di teratak kami yang kecil. Tekun sungguh anak-anak umi membantu siapkan pelamin.


Jamuan

Majlis pertunangan tu dibuat selepas Zohor, maka hidangan tu semestinya lauk makan tengahari sebab kalau buat di sebelah petang, takut pulak sebabnya sekarang ni musim hujan.


Makanan pula kami tempah makanan dari mak kawan KC Iman dan memang puashati dengan lauk lauknya yang buat ramai makan bertambah. Memang puashati dengan makan yang sedap-sedap dan harganya pun cukup murah sebab kata dia, ni harga adik beradik. Alhamdulillah


Awalnya KY nak umi masak tempoyak daun kayu tapi dah pujuk KY cakap memang tak sempat walau umi pun dah lama tak masak tempoyak daun kayu. Jadinya umi bodek KY untuk buatkan bubur pulut hitam tapi KY kata Is suka bubur kacang hijau, jadi kita tukar jer


Pagi Sabtu tu sempat umi dan DH ke pasar untuk belikan roti boom untuk breakfast dan buah tembikai dan tembikai susu untuk jamuan. Saja tak beli nasi lemak sebab dah order roti dari Chef Ross dan tengahari nanti kan makan nasi jugak.



Menu Hidangan Makan Tengahari

Nasi Putih

Masak Lemak Cili Api Nenas dan ikan masin

Daging Masak Hitam

Ayam Goreng Berempah

Sambal Belacan dan ulaman

Minuman - teh tarik dan kordial ni umi yang buat.


Dessert Dan Makanan Sampingan

KC Iman dah awal lagi nak buatkan dessert special untuk majlis maka, jadilah Choux dan Strawberry tartlet, sementara Cik Meya pula buatkan Panacota yang cukup laku.



Selain tu ada KY tempah roti jala dari kawan sekolahnya, kek pisang sedap, kek marbel dari anak buah, apam pisang dan apam red velvet yang umi tempah dari kawan blogger. 


Minuman

Teh tarik dan kordial sirap oren tu umi yang buatkan sebab DH beria-ria nak tetatmu rasa teh tarik umi yang jadi favorite dia. Alhamdulillah, ramai yang puji dan siap ada yang tapau dan minum berkali-kali teh tarik special tu.

Sebenarnya cuak juga nak buat teh tarik takut tak menepati citarasa sebab selalunya buat teh tarik hanya untuk keluarga dalam jag kecil je.


Memang sukses! Alhamdulillah


Aturcara

Mujur kami bukan orang Melaka atau orang yang masih terikat dengan adat berpantun bagai 


Awalnya ada ura-ura nak minta adik bongsu jadi wakil tapi DH tukar fikir lepas anak-anak kata biar ayah jer yang cakap sebab nak bila nikah nanti dia yang akan nikahkan anak-anak. So cancel la rancangan tu, pastu katanya abang sulung DH akan turun, jadi dia ingat nak suruh si abang tapi sehari sebelum majlis si abang bagi tahu tak dapat turun KL. 


Jadi, tanggungjawab tu kembali pada DH dan kami ni tak sabar nak tengok sebab DH ni bukan peramah sangat dan siapalah nak ambil tanggungjawab pada anak-anak sendiri kan.




Balik dari pasar tu DH cakap yang abang dia dah dalam perjalanan ke rumah. Alamak, pasti urusan akan DH serah pada abangnya, maklumlah orang yang lebih tua dan anak-anak pulak dah habis berrumah tangga.




Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan kerisauan tentang makanan dan keselesaan tetamu pun berjalan lancar.


Next step

Dah selesai majlis, kita kena fikir lokasi untuk majlis walimatulurus, bilangan jemputan, hantaran, cenderamata dan banyak lagi. 



Sementara tu  kita chill dulu ya sesambil scroll socmedia untuk cari venue dan bajet.

Post a Comment

2 Comments

  1. Selamat bertunang kak yang! Tahniah jugak kak tak lama lagi nak sambut menantu pulak :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kak Yang.. xlambat dah nak bermenantu..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!