Jalan hidup setiap pasangan adalah berbeza cabarannya dengan pelbagai suka dan duka tapi setiap pasangan harus bijak menangani dugaan yang melanda bagi mengekalkan kerukunan rumahtangga. Kahwin bukan komitmen sehari dua. Perkahwinan adalah institusi murni mendambakan perngorbanan. Walau ada pasang surut dan turun naik dalam perhubungan, teruskan tunjuk jiwa romantis pada pasangan masing-masing. Insha Allah, Suami Isteri tidak akan berlaku curang pada pasangan masing-masing.
Perkahwinan Komitmen Bersama
“Jika ia berlaku dalam perkahwinan anda, usah bersedih. Inilah masanya untuk berubah dan perubahan ini tidak boleh hanya dari sebelah pihak. Suami dan isteri mesti sama-sama sanggup melakukan perubahan positif untuk menjadi pasangan yang lebih romantis.
“Usah malu untuk menunjukkan hubungan yang mesra di depan anak kerana mereka juga akan turut rasa bahagia apabila melihat ibu bapa sentiasa bergurau senda. Kita sepatutnya rasa lebih malu jika anak melihat melihat sikap dingin dan acuh tidak acuh kepada pasangan. Hubungan suami isteri yang dingin juga akan membuatkan anak kurang selesa ketika bersama seisi keluarga.
4 Fasa Perkahwinan, 5 Tahun Pertama Paling Menduga.
Pasti ramai yang mengakui pernyataan ini. Lima tahun pertama perkahwinan adalah waktunya suami isteri berdepan banyak konflik rumah tangga, masam muka, merajuk dan sebagainya.
Tapi melalui cara inilah kita mengenali diri pasangan sebenarnya. Fasa seterusnya macam mana pula, apa yang berlaku? Ini info yang perlu anda suami isteri tahu agar dapat buat persediaan.
Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.
Fasa 2- Usia perkahwinan 5- 10 tahun
Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya. Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini. Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.
Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun
Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.
Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan. Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.
Walau fasa perkahwinan anda sekarang satu yang pasti untuk melaluinya anda perlu bersabar dan bertoleransi dengan pasangan. Itulah resipi yang bukan lagi rahsia untuk sesebuah rumah tangga bertahan
17 Tip Tingkatkan Sifat Romantis
Bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga suami isteri perlu sama-sama tahu cara untuk mengukuhkan dan menambah kemanisan dalam hubungan mereka. Sekiranya kasih sayang terasa semakin pudar, cepat-cepatlah pulihkan. Berbincanglah jika dirasakan ada perkara yang tidak kena. Kalau tidak tahu atau tiada ilham untuk menyuntik kemesraan, bertanyalah kepada rakan atau anak. Jangan malu tidak bertempat.
1. Berapa pun usia perkahwinan setiap pasangan harus cari mengekal kemesraan dengan sering bercerita, bertutur dengan nada lembut dan rajin bertanyakan masalah atau bertanya apa yang menarik berlaku di rumah mahupun di pejabat.
2. Bila keluar berjalan, pegang tangan atau sekurang-kurangnya jalan seiringan bukan seorang di depan dan seorang di depan.
3. Cari masa untuk keluar berdua tanpa anak sambil bercerita dan mendengar cerita antara satu sama lain. Kalau tiada masa, mungkin duduk berdua sambil menonton atau makan dan berkongsi cerita.
4. Tidur Berbantal Lengan. Tilam empuk pun tidak sedap berbanding dengan lengan suami sendiri. Sambil-sambbil menunggu mata terlelap, sembang-sembang apa yang patut. Masa inilah isteri boleh bermanja-manja. Cuma bila isteri sudah tertidur dan tangan suami sudah kebas, letak kepala isteri elok-elok janganlah tolak kepala dia atas tilam tanpa beralas.
5. Sambut hari istimewa seperti ulang tahun, hari lahir pasangan dan anak-anak. Kadang kala menjadi orang terawal mengucapkan ulang tahun amat bermakna dan mungkin ada hadiah walau kecil nilai harganya tapi besar nilainya pada pasangan anda.
6. Peluk Isteri Dari Belakang. Cuba tips romantik peluk isteri dari belakang jika sedang masak atau sedang melakukan kerja rumah kerana isteri ini secara diam-diam pasti cair dengan kerenah suami yang romantik.
7. Pujian. Jangan kedekut untuk memuji pasangan anda tidak kira bila-bila masa saja.
8. Peluk pasangan anda sebelum keluar bekerja dan sewaktu tiba di rumah kerana pelukan akan membuat rasa dihargai. Lafazkan kata cinta atau I love you. Isteri Cium Tangan Suami Sebelum Pergi ke Kerja dan cium suami dengan tanda hormat dan redha suami keluar untuk mencari rezeki untuk keluarga. Tidak kira bagi suri rumah atau isteri yang bekerja ciumlah tangan dan pipi sebelum pergi kerja. Lebih intim, peluk pasangan kuat-kuat, setidaknya 10 saat. Tarik nafas dalam-dalam dan bayangkan jika ini ialah pelukan terakhir untuk pasangan anda.
9. Elak dan jangan sekali-kali mengungkit peristiwa lama yang boleh menimbukan perselisihan dan pergaduhan. Elak dari menyentuh isu atau perkara yang tidak disukai pasangan. Belajar untuk ketahui apa yang disukai dan tidak disukai pasangan.
10. Solat Berjemaah Bersama. Mengajak anak dan Isteri solat berjemaah bersama-sama dan lebih bagus lagi jika selepas solat suami berdoa dan yang lain aminkan bersama-sama.
11. Tegurlah pasangan dengan lembut, mulakan dengan kata-kata manis dalam waktu yang tenang dan bukan sewaktu pasangan baru balik dari kerja.
12. Maniskan wajah dengan senyuman walau penat sekali pun kerana wajah yang masam membuat orang yang melihat takut untuk menyapa walau sudah bertahun berkahwin.
13. Temani pasangan ketika dia sedang makan walau sudah kenyang sambil berbual-bual santai.
14. Elak tidur berasingan walau berlaku selisih faham. Tatap muka pasangan sebelum tidur. Bayangkan yang kita tatap pasangan kita malam ini hari esok belom tentu ada lagi. Maafkan segala kesalahannya. Doakan yang terbaik untuk dirinya.
15. Mandi Bersama. Tidak perlu malu dengan pasangan anda bukankah anda sudah jadi pasangan yang sah. Cuma mandilah di dalam bilik air sendiri yang tidak perlu ditunjuk di depan anak anda. Jika belom ada anak boleh mencuba tips dengan kebebasan yang maksimum.
17. Setiap pasangan seharusnya berfikiran yang pasangan kita adalah yang terbaik dan jangan fikirkan kekurangan pasangan anda. Tiada siapa pun yang sempurna kerana kita juga harus sedar yang kita juga ada kekurangan.
Doa Buat Pasangan
Mutiara Kata
Bahagia itu pilihan. Pasangan yang kita pilih adalah jodoh kita dan terimalah kebaikan dan keburuakn kita. Hargailah.
Kalau pasangan kita kuat membebel bersyukurlah kerana ada orang pasangan langsung tak boleh bercakap. Kalau pasangan kita malas, tegurlah dengan penuh berhemah.
Pada masa sama, sekiranya kedinginan hubungan itu dibiarkan, ia bakal mendatangkan masalah yang boleh meruntuhkan bahtera perkahwinan itu.
Hubungan manis ibu bapa juga boleh memberikan kesan positif kepada anak yang sedang membesar kerana secara tidak langsung akan melahirkan generasi penyayang dan penuh dengan sifat positif.
1 Comments
Keyword: Kompromi dan give and take
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!