Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, Tempat Menarik Di Perak Wajar Di Kunjungi

Bulan Julai lepas kami bercuti ke Penang, cuti 3 Hari 2 Malam yang betul-betul cuti macam tourist yang jalan-jalan sekitar Penang sambil cuci mata. Waktu pergi kami guna jalan lama dan masuk ke highway, sama juga bila balik ke KL pun ikut jalan lama. Memang dah jadi keseronokan untuk guna jalan lama sekarang ni sebab kami nak lebih santai dan relax. Selain dapat singgah beli buah-buahan, dapat singgah makan makanan kampung dengan lebih santai dan dapat stop over kat lokasi dan tempat menarik Perak, atau destinasi yang kami kunjungi.


Stopover ke Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5

Seronok lalui jalan lama ni, boleh singgah makan masakan kampung, boleh singgah beli buah dan boleh singgah rehat kat lokasi tarikan seperti Victoria Bridge yang kami kunjungi sebelum ni.


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5


Waktu sampai di Batu Gajah tu, DH tanya nak singgah tak ke Tg Tualang Tin Dredge selepas dia nampak signage kat tepi jalan. Haish, mestilah nak singgah kan. Dah alang-alang lalu kat jalan tu dan kami pun bukan nak kejar apa sangat pun.


Kat Perak ni banyak tempat tinggalan sejarah yang menarik untuk dikunjungi 


Mungkin ramai yang fikir, apa saja dengan kapal korek, mulanya umi fikir yang sama tapi teruja nak tengok lebih dekat sebab dulu waktu kecil dulu, pernah nampak kapal korek dalam lombong berdekatan  rumah lama dulu di Kg Pasir. Dan tapak lombong bijih tu sebahagiannya terdirinya mall Setapak Sentral.


Kalau dulu dapat tengok dari jauh tapi kali ni dapat tengok lebih dekat, dan mungkin dapat masuk ke dalamnya.


Aktiviti Menarik di  Tanjung Tualang Tin Dredge No 5

Kita akan nampak PinPoint besar da jelas di kawasan masuk ke TTN dan banyak kawasan parkir kereta pun lapang, jadi tak perlu risau untuk letak kereta.


Selesai parkir kereta, kita harus ke Visitor Centre yang menempatkan kaunter tiket dan buat mereka yang berminat untuk membeli merchandice sesambil boleh melihat barangan yang digunakan di galeri. Disini juga terletaknya tandas dan surau untuk kita solat.


Tour Dredging

Sewaktu kami sampai di kaunter pembayaran, kumpulan untuk guided tour baru beberapa minit berjalan. Kalau nak kena tunggu jam 1.30 petang, jadi kami pilih untuk self tour yang lebih santai. Memang rasa rugi sebab tak berpeluang masuk ke dalam kapal korek. Mungkin lain kali kalau ada rezeki.



Jadilah dapat tengok kapal korek depan mata pun dah cukup buat teruja sambil kami berjalan melintasi lombong yang menempatkan kapal korek. Kami stop sambil tengok ikan yang banyak sambil menikmati keindahan persekitaran.  

Cantin Diner (Cafe)

Kami stop kat gerai kepala keretapi sambil beli aiskrim dan perut masih kenyang selepas makan tengahari di Ipoh.  




Layan makan aiskrim jer la sebab perut masih kenyang.

Seronok Layan Kambing 

Kami beli makanan dan muncul sekumpulan kambing. Seronok sangat sebab kambing-kambing ni manja. Dalam seronok tu takut juga sebab kambing-kambing ni agak agresif.


Ada juga kambing yang agresif sebab tau kat tangan kami ada makanan.


Cik Meya ni paling suka dengan kambing-kambing dan tak takut pun. Umi bukan takut tapi risau je.


Memang seronok kami terutama Cik Meya dengan kambing-kambing, sempat kejar untuk pegang anak kambing walau pun kambing ni berbau hamis. 



Mini Maze Park

Kami berjalan lagi dan terus ke next atraction iaitu Maze. Mula ingat nak lalui tu sikit jer tapi lepas tu kami jadi seronok nak mencari kotak surat untuk masukkan poskad tapi sampai ke sudah tak jumpa.




Ada Bunny Maze yang sempat kami masuk tapi arnab tidak berapa banyak. 

Menariknya ada satu kawasan yang menempatkan lukisan-lukisan serta informasi tentang bijih timah, pembuatan tin pada setiap gambar yang terdapat disini. 


Maze di sini bukan semata-mata lorong laluan tapi setiap kawasan tu ada kelainannya. Di satu ruangan menempatkan Stone Gallery serta informasi tentang jenis-jenis batuan.



Melalui laluan yang ditanam pokok buluh ni memang menyejukkan dan sejuk mata memandang dengan kehijauannya.



Memang menarik mini maze dalam maze yang mengganung boots pelbagai warna, sarung tangan pelbagai warna dan terdapat pokok bunga Jepun didalamnya. Ada bahangian yang disusun botol kaca yang cukup menarik dan memang tak sah kalau tak ambil gambar bukan!

Bermesra dengan ikan

Bukan anak-anak saja yang teruja dengan ikan, umi pun sama sampai rasa nak pegang ikan-ikan yang nampak jinak. 


Bila ikan-ikan ni nampak kelibat orang, ikan-ikan ini dah siap timbulkan diri sebab dah jadi kebiasaan orang yang lalu lalang akan bagi ikan-ikan ini makan.



Lokasi Buat Peminat Fotografi

Setiap sudut di sini memang cantik untuk dirakam gambar kenangan dan pastinya peminat fotografi dan mereka yang suka bergambar tak akan lepaskan peluang merakam gambar dengan banyak macam kami juga.


Memang banyak gambar yang kami ambil sampai rasa nak kongsi kesemuanya tapi jenuh pulak sahabat serta pembaca pening dengan gambar yang banyak ini. 


Jadi umi akan kongsi pengalaman kami di youtube dan ada sebahagian di instagram dan facebook habibi


Fasiliti

Surau yang bersih dan tandas serta kawasan mainan kanak-kanak


Informasi

Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) merujuk kepada nombor kapal korek terakhir yang berada Tanjung Tualang dan kini adalah warisan kapal korek terakhir. 

Malaysia adalah pengeluar bijih timah terbesar dunia dan sektor perlombongan dihentikan operasinya pada 1982 berikutan kejatuhan harga komoditi bijih timah.



Bayaran Masuk & Jadual Guided Tour

Pemegang MyKad

RM8/orang - Kanak-Kanak / Wargaemas 

Dredge Guided Tour - +RM10/Dewasa | +RM5/Kanak-Kanak / Wargaemas


Non-MyKad

RM8/orang - Kanak-Kanak / Wargaemas 

Dredge Guided Tour - +RM20/Dewasa | +RM10/Kanak-Kanak / Wargaemas


TTS Guide Tour

0930 | 1030 | 1130| 1230 |1330 | 1430 | 1530 | 1630


Waktu Operasi 

0900 pagi hingga 6 petang


Lokasi

Muzium Warisan Kapal Korek merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak. Muzium Warisan Kapal Korek terletak di Batu Gajah, Perak. 

Alamat: 9th KM, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah



70++ Tempat Menarik di Negeri Perak 

Memang banyak tempat menarik di Perak, yang pernah kami singgah dan senarai dibawah  mungkin dapat membantu anda dan untuk kami rujuk untuk lokasi persinggahan kami nanti. 


  1. Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 - checked
  2. Pulau Pangkor  - checked
  3. Taman Tasik Taiping - checked
  4. Sunway Lost World of Tambun - checked
  5. Sungai Klah Hotspring
  6. Masjid Diraja Ubudiah - checked
  7. Zoo Taiping - checked
  8. Taman Rekreasi Gunung Lang - checked
  9. Night Safari Zoo Taiping
  10. Teluk Senangin
  11. Menara Condong Teluk Intan
  12. Pantai Teluk Batik
  13. Bukit Larut ( Maxwell Hill) - checked
  14. Belum Rainforest Resort
  15. Muzium Perak Taiping
  16. Kellie’s Castle - checked
  17. Sultan Azlan Shah Galery
  18. Bukit Merah Lake Town Resort
  19. Tasik Banding & Hutan Simpan Belum
  20. Pulau Orang Utan
  21. Ladang Anggur Saloma
  22. Kuala Sepetang - checked
  23. Muzium Geologi Ipoh
  24. Gua Tempurung
  25. Kledang Saiong Forest Eco Park
  26. Lata Ulu Chepor
  27. Pasar Karat Ipoh (Memory Lane Ipoh)  - checked
  28. Muzium Arkeologi Lenggong
  29. The Banjaran Hotsprings Retreat  - checked
  30. Kek Long Tong Cave Temple & Zen Garden
  31. Tasik Cermin Gunung Rapat
  32. Masjid Sutan Idris Shah II
  33. Masjid Muhammadiyah Ipoh
  34.  Air Terjun Lata Iskandar
  35. Bukit Kledang
  36. Ladang Limau Tambun GOChin
  37. Air Terjun Ulu Kenas
  38. Air Terjun Lata Kinjang
  39. Taman Eko Rimba Lata Kekabu
  40. Riverside Camp Gopeng
  41. Pusat Rekreasi Hotsprings Lubuk Timah
  42. Kubu Belanda, Pulau Pangkor  - checked
  43. Lata Tebing Tinggi
  44. Ulu River Lodge
  45. Trong Hot Spring
  46. Ipoh Mural Art Trail
  47. Kem As Salam
  48. Kem Ayer Hitam, Batu Kurau
  49. Spritzer Eco Park
  50. Perak Agrotourism Resort
  51. Kompleks Sejarah Pasir Salak
  52. Pusat Konservasi Penyu Segari
  53. Refarm
  54. Victoria Bridgechecked
  55. Sam Paoh Tong Temple
  56. Perak Cave Temple
  57. Concubine Lane -  - checked
  58. Matang Mangrove Forest Reserve
  59. Tasik Temenggor
  60. Funtasy House Trick Art
  61. Gunung Irau
  62. Gunung Yong Belar
  63. HOGA, Gaharu Tea Valley Gopeng
  64. Charcoal Factory Kuala Sepetang
  65. Tasik Raban - checked
  66. Coral Beach
  67. Pantai Peranginan Teluk Senangin
  68. Gopeng Heritage House
  69. Tasik Chenderoh
  70. Tambun Pomelo GoChin Agro Farm
  71. Pantai Pasir Panjang Manjung
  72. Kuil Kallumalai Arulmigu Subramaniyar


Memang banyak tempat yang menarik di Perak yang masih belum umi singgah walau Perak tu kampunb bonda dan Allahyarham abah. So lepas ni kita jengah dan singgah mana yang sempat.

Post a Comment

1 Comments

  1. Laa, rugi tak pergi spritzer eco park. Tempat ke 73. Terowong Bukit Berapit. Jalan kaki dari taiping akan tembus kat padang rengas, dekat dengan Perak Hanjoong simen.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!