Wang Tak Dituntut (WTD) : Semakan Secara Online Melalui eGUMIS

Pernahkah anda terfikir yang kemungkinan anda mempunyai sejumlah wang tak dituntut,  berada dalam rekod Jabatan Akauntan Negara menanti untuk anda tuntut. Difahamkan sebanyak  RM11bilion (rekod Mac 2023) wang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.


Apa Itu Wang Tak Dituntut?

Bagi anda yang masih tidak mengetahui apakah itu Wang Tak Dituntut, boleh teruskan membaca dan kenalpasti, mungkin tak disangka ada sejumlah wang yang besar menanti untuk dituntut.


Wang Tak Dituntut

Contoh WTD 1

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah :

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier's order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.


Contoh WTD 2

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.


Contoh dibawah kategori ini ialah :

  •  akaun simpanan;
  •  akaun semasa;
  •  simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).


Contoh WTD 3

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.


Contoh dibawah kategori ini ialah :

  •  akaun pemiutang dagangan;
  •  akaun penghutang dagangan berbaki kredit.


Sebelum ini proses semakan dan tuntutan agak melecehkan dan sangat konversional bila  anda perlu ke kaunter di bangunan Jabatan Akauntan Negara atau ke menara Maybank bagi membuat semakan dan memohon pengeluaran wang tersebut.


Bagi memudahkan orang ramai membuat semakan dan tuntutan, pihak Jabatan Akauntan Negara telah membangun sistem www.egumis.gov.my, login secara online yang sangat mudah. 


Di bawah ini dikongsikan cara menuntut wang tak dituntut dengan mudah dan senang.

Semakan Melalui Portal eGUMIS

Bagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS. Anda hanya perlu ikuti beberapa langkah mudah seperti berikut :

Sila klik pautan https://egumis.anm.gov.my untuk membuat semakan WTD secara dalam talian. Orang awam boleh membuat semakan WTD pada bila-bila masa. Untuk kelancaran sistem, orang awam dinasihatkan agar tidak terburu-buru membuat semakan WTD.

Langkah 1 : Layari portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Anda akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal. 




Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Anda perlu menukar kata laluan baharu. 


Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna. 




Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)




Menurut semakan diatas, terdapat sejumlah RM153.07 wang tak dituntut yang boleh dituntut.

Baiklah, anda dah tahu jumlah wang yang ada punya, jadi bolehlah anda membuat permohonan untuk pengkreditan jumlah tersebut.


Langkah 6 : Seterusnya tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.


Makluman

  • Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.
  • fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang dan 


Proses Tuntutan WTD

Jika terdapat jumlah Wang Tak Dituntut, anda boleh buat permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank anda yang terkini.


Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri; 
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan 
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap


Proses tuntutan akan mengambil masa dan kebiasaannya dalam lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.


Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.


Bagi yang tidak arif berkenaan semakan wang tak dituntut secara online, anda masih boleh melakukan semakan dan membuat permohonan tuntutan wang tak dituntut secara manual.


Semakan secara manual

  • Pastikan anda membawa kad pengenalan ke kaunter Jabatan Akauntan Negara sebagai bukti pengenalan diri.
  • Pegawai akan mula melakukan semakan untuk memastikan adan jumlah wang tak dituntut.
  • Sekiranya ada, anda perlu isi dan lengkapkan borang yang diberikan
  • Duit tak dituntut akan anda terima dalam tempoh 30 hari dari tarikh tuntutan
  • Bayaran akan diberikan terus ke akaun bank berdasarkan penyata akaun bank yang telah anda berikan sebelum ini



Post a Comment

0 Comments