World Stars Celebrations : MATME Management Perkenal Pemenang World Championships Tahun 2006 Hingga 2023

Setiap tahun MATME Management menghantar pasukan ke kejohanan World Championships of Performing Arts di Hollywood, Amerika Syarikat. Kejohanan World Championships ini merupakan ‘Olimpik’ bagi dunia seni persembahan. 


Worldstars Celebration


Oleh itu, sewajarnya  Malaysia menghantar karyawan-karyawan kita bertanding di arena antarabangsa ini. World Championships ini bermula pada tahun 1997 dan kini telah memasuki tahun yang ke-26.

Hampir 70 negara menyertai kejohanan ini setiap tahun. MATME Management mula menghantar Pasukan Malaysia sejak tanun 2005.

Sehingga kini, MATME Management telah membawa 183 artis tempatan ke kejohanan di Hollywood ini. Artis-artis kita bertanding dalam kesemua kategori, iaitu, Vokal, Tarian, Muzik, Peragaan, Lakonan dan Pelbagai Seni.

Setiap peserta akan menyertai sekurang-kurangnya 5 pertandingan atau lebih, mengikut bakat dan kemampuan mereka. 



Artis kita memang hebat sekali. Pasukan Malaysia telah memenangi anugerah Juara Dunia (Grand Champion of the World) sebanyak 7 kali, Champion of the World (juara bahagian) sebanyak 135 kali dan menggondol 185 pingat Emas, 204 pingat Perak dan 95 Gangsa!




Barisan peserta yang akan membuat persembahan malam ini adalah seperti berikut: 

Nama

Tahun

Pencapaian

Emas

Perak

Gangsa

Champion of the World

Farhana Mohamad

2006

1

2

 

 

Ananda Wilson

2009

 

2

 

 

Dr. Sharip Zainal

2010

2

6

 

2

Nisa Addina Taufik

2011

3

1

 

2

 

+ Grand Champion of the World - Instrumental (Jr)

Mohd Nurulazmie

2013

6

2

 

6

Rehana Mohd Yunus

2014

5

4

 

3

Megan Lo Uise

2017

1

3

1

1

Aloysius Susek

2017

 

2

1

 

Pasqueletta Paulus

2018

2

2

2

2

Muhammad Iskandar

2018

1

 

1

1

Dhestiansa Rajeswara

2019

 

1

2

 

Melissa Anne Jude

2020

 

1

 

 

Sarah Qistina Lim

2020

1

 

 

 

Amberly Maidon

2022

 

3

1

 

Chloe Phang

2023

1

2

2

 

Ketty Natalia Rasul

2023

 

1

1

 

Dato’ Wahadaniah

2023

1

5

 

2


Namun, tidak semua nama-nama peserta ini menyerlah di tanahair mereka sendiri. Untuk sekita masa, nama mereka disanjung sekembalinya dari Hollywood. Seterusnya, ramai nama-nama mereka ketinggalan dalam dunia seni tempatan disebabkan oleh komitmen pelajaran atau kerjaya semasa mereka. 


Setelah sekian lamanya, MATME Management ingin memperkenalkan dan menaikkan semula bakat-bakat tempatan ini.


Seharusnya, rakyat kenal dan menghormati karyawan-karyawan tempatan kita yang telah berjaya dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia hiburan antarabangsa terutamanya di Hollywood. Justeru itu.

MATME Management telah mengundang semula karyawan-karyawan hebat ini dari tahun ke tahun, untuk menganjurkan konsert Worldstars Celebration ini. MATME memberi peluang untuk mereka menonjolkan semula bakat mereka dan mengasah bakat mereka di tanahair.

MATME Management amat berterima kasih kepada YB Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan juga kepada Unit Pemerkasaan Industri Kebudayaan diatas sokongan dan tajaan mereka bagi menjayakan konsert Worldstars Celebration ini.

Oleh itu, nikmatilah dan bergembiralah dengan persembahan-persembahan Pasukan Malaysia ke World Championships of Performing Arts dari tahun 2006 hingga kini.


Post a Comment

0 Comments